Apabila Hilang Sifat Malu
Apabila Hilang Sifat Malu
Orang yang sudah hilang malunya maruah lahir batinnya sudah hilang begitu sahaja
Perasaan rasa terhina sudah tercabut dari jiwanya
Fitrahnya yang murni, sudah punah dan musnah sama sekali
Perkara yang menjatuhkan maruahnya sudah tidak terasa apa-apa
Sepatutnya dia malu, tapi dia terasa bangga dan mulia pula
Bercakap kotor yang memalukan dia tidak terasa malu lagi bahkan bangga pula
Didedahkan aurat di hadapan ramai malu bertukar bangga
Orang yang fitrahnya masih murni melihat rasa jijik, dia rasa tidak apa-apa, biasa sahaja
Sudah macam binatang yang memang tidak ada akalnya, malunya tidak ada
Gelak ketawa berdekah-dekah, terbahak-bahak, hilang sopannya dia tidak terasa apa-apa
Orang lain melihat sangatlah meluatnya
Berpeluk-peluk di antara lelaki dan perempuan di khalayak ramai sepatutnya malu
Tapi dia rasa bangga pula
Bahkan megah pula, ditunjuk di hadapan ramai biarlah orang tercicir air liurnya
Walaupun nafsu suka melihat namun orang yang ada perasaan malu merasa hinanya
Perbuatan yang memalukan itu kalau ada orang mengata dan mencercanya
dia selamba sahaja tidak terasa apa-apa
Perasaan malunya sudah sungguh punah
Di dalam Hadis dikatakan orang yang hilang malu kerana sudah hilang imannya
Bila hilang imannya memanglah hilang pulalah malunya
Dua sifat ini lazim-melazimi
Bila hilang yang satu hilang yang lainnya
Bila hilang imannya hilang malunya
Bila hilang malu hilanglah imannya
Ia ada kait-mengait satu sama lain
Rupanya sifat malu itu amat mahalnya
Malulah yang dapat mempertahankan maruah seseorang atau bangsa
Tidak ada malu maruah dikorbankan, bangsa dialatkan
Padahal maruah adalah sangat mahal
Orang kerana pertahankan maruah sanggup berkorban dan terkorban
Kerana maruah diri dan bangsanya tercela
7.9.2004 – 3
Menjelang tidur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1101 reads
Post new comment