Anugerah Nikmat Dan Rahmat Tuhan
Anugerah Nikmat Dan Rahmat Tuhan
Anugerah Tuhan ada rahmat bercampur nikmat
Ada juga anugerahnya hanya semata-mata nikmat
Kalau nikmat sahaja tidak semestinya bersama rahmat
Jika rahmat sudah pasti bersama nikmat
Nikmat yang besar itu bukan kekayaan dan bukan pangkat
Tidak juga nikmat yang besar itu kesihatan badan, pengaruh dan nama
Nikmat yang lahir ini kecil sahaja lebih-lebih lagi kalau tidak bersama rahmat
Rahmat dan nikmat yang besar itu selalunya bersifat batin atau bersifat maknawi dan bersifat rohani
Di antara yang besar-besarnya ialah nikmat iman, Islam dan ibadah
Termasuk nikmat yang besar itu takut dan cintakan Allah
Termasuk juga nikmat yang besar itu mengutamakan Akhirat
Keseluruhan nikmat yang besar itu ialah sifat taqwa
Nikmat yang besar tidak nampak oleh mata
Lebih-lebih lagi kemegahannya tidak nampak oleh mata
Nikmat itu hanya dapat dirasa oleh jiwa
Balasan nikmat itu hanya dapat di Syurga
Sebab itulah nikmat dunia atau nikmat yang lahir nampak di mata
jangan pula menipu daya kita
Kalaupun ia nikmat hanya sementara di dunia
Boleh jadi juga lahir nikmat di situ ada bala yang tersirat
Sebagai contoh dapat kekayaan orang bunuh kita pula
Dapat pangkat, nama dan glamor orang hasad dengki pula, menyusahkan kita
Cantiknya muka adakalanya jadi bala
Atau sedap suara orang hasad dengki pula
Adakalanya orang sihir menderita dibuatnya
Begitulah kalau nikmat tidak berserta rahmat
Nikmatnya sedikit, balanya tidak mampu kita menanggungnya
Jadi nikmat sudah tidak jadi nikmat lagi ia jadi bala pula
24.7.2004 – 1
Menjelang Maghrib
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1143 reads
Post new comment