Ampunkan Kami Wahai Tuhan
Ampunkan Kami Wahai Tuhan
Ampunkan dosa kami Tuhan !
Kami selalu membuat dosa,
Maafkan kami Tuhan !
Agar selamat kami dari neraka.
Anugerahkan kami taubat Tuhan !
Engkau adalah penerima taubat,
Kami tidak mampu masuk nerakaMu,
Kerana azabnya gerun dan dahsyat tidak terperikan.
Dengan rahmatMu ampunkanlah kami,
Atau dengan kemaafanMu ampunkanlah kami,
Kalau Engkau azab kami,
Kamikan hamba Mu jua, Tuhan.
Engkau ampunkan kami, kebesaranMu tidak jejas,
Engkau ampunkan kami, keagunganMu tetap tidak tergugat,
Kerana tiada siapa yang boleh menggugat,
Kerana siapa itu adalah ciptaanMu.
Kami senantiasa mengharap, kami senantiasa meminta,
Kami tidak akan putus asa denganMu selama-lamanya,
Kami tidak jemu-jemu meminta,
Hinggalah dengan rahmatMu
Dosa kami Engkau ampunkan
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1029 reads
Post new comment