Alangkah Lemahnya Aku
Alangkah Lemahnya Aku
Selepas Isyak
Alangkah lemahnya aku
Tidak ada sedikit pun kuasa yang ada padaku
Nasib harianku dari tarik nafas ke tarik nafas aku pun tidak tahu apa akan berlaku
Apa yang aku akan pandang, berapa banyak yang aku akan pandang, apa benda yang aku
pandang aku pun tidak tahu
Apa yang aku akan cakapkan, berapa banyak yang aku cakapkan, baikkah atau burukkah yang
aku akan cakapkan itu pun tidak aku tahu
Di saat mana aku akan sakit atau sihat, di ketika mana aku akan dapat bencana, bencana bentuk
apa, sekadar mana, manalah aku tahu
Apatah lagi apa yang aku akan dengar, suara apa yang aku akan dengar, sebanyak mana yang aku
akan dengar aku pun tidak tahu juga
Aduh sungguh lemahnya aku, manalah ada kuasa padaku
Belum lagi siapa yang aku akan jumpa? Sebanyak mana? Cara mana? Waktu mana? Manalah
aku tahu
Begitu juga apa yang aku akan makan dan minum, sebanyak mana, lauk apa, siapa yang
memasaknya, siapa yang menghidangnya itu pun aku tidak tahu
Belum lagi untuk esok harinya, lusanya, selepas lusanya apa yang akan berlaku kepadaku lebih-
lebih lagi aku tidak tahu
Sama ada di segi penglihatan, pendengaran, percakapan, sentuhan,……. apa yang dimakan,
diminum lebih sulit lagi untuk tahu
Habis dimanakah kuasa aku, apalah hebatnya aku, dimanalah kemampuan aku?!
Belum lagi seminggu lagi, sebulan, setahun lebih lagi mustahil untuk aku tahu
Sungguh lemahnya aku, Allah siapalah aku ini? Hamba yang sepenuhnya dikuasai
oleh Tuhanku
Sebegitu lemahnya aku kadang-kadang sombong juga aku
Di setengah-setengah waktu aku rasa aku orang luar biasa, megah, ujub, memuji diri
Sungguh tidak sedar diri aku ini
Begitulah aku tidak mahu menyuluh diri sendiri, maka tidak sedar dirilah aku
Aku tidak tahulah orang lain apakah macam aku?!
Tidak sedar diri juga, tidak ada kuasa apa-apa tapi rasa luar biasa?
Aku tidak mahu jahat sangka dengan mereka
Kalau aku tidak sedar diri, tidak semestinya mereka juga tidak sedar diri macam aku
Mungkin mereka terlepas daripada penyakit ini
Bilakah aku hendak sedar diri?
Bahawa sedar diri tidak ada kuasa apa-apa
Kuasa sepenuhnya adalah di tangan Tuhanku
Moga-moga aku sedar diri
Tuhan insafkan aku, sedarkan aku bahawa kuasa sepenuhnya ada pada-Mu
Agar aku menyerah diri sepenuhnya kepada-Mu yang mempunyai kuasa sepenuhnya
Alangkah Lemahnya Aku
17.2.2004
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1557 reads
Post new comment