Al Quran Telah Diterjemah Sesuka Hati
Al-Quran Telah Diterjemah Sesuka Hati
Al Quran telah diterjemah sesuka hati
Apabila diterjemah sesuka hati dihurai pun dengan sesuka hati
Ia dilakukan mengikut selera seseorang yang menghurainya
Adakalanya dia ada niat tersembunyi dari yang membaca dan menghurainya
Mungkin ada maksud tersembunyi untuk ditujukan kepada orang yang tertentu
Mungkin musuh politiknya atau musuh perjuangannya
Akhirnya ayat Al Quran telah tidak menepati tujuan asalnya mengapa ia diturunkan
Ia dijadikan peluru untuk menembak orang yang tertentu
Padahal ayat Al Quran ditujukan kepada umum manusia termasuk yang membacanya
Adakalanya ia juga ada mengenai diri kita sendiri
Al Quran adalah untuk umum bukan orang yang tertentu
Kalau ada sifat-sifat di dalam ayat Al Quran buat orang tertentu ia juga untuknya
Ia bukan untuk orang itu tanpa kecuali
Mungkin juga sifat-sifat atau kriteria-kriteria yang ada di dalam ayat itu
untuk yang membacanya juga
Al Quran adalah ubat, terutama ubat hati untuk semua manusia (umum manusia)
Ubat hati tidak kira siapa terutama yang membacanya
Kerana itulah siapa membaca ayat Al Quran amalkanlah yang terutamanya untuk dirinya
Cara itulah sebaik-baiknya membaca Al Quran untuk diri yang membacanya lebih dahulu
Kemudian untuk orang lain yang penyakitnya atau keperluannya sama
Jadi kalau ayat Al Quran dibaca mengikut maksud yang dinyatakan
Barulah ayat Al Quran itu dapat dihuraikan dengan tepat dan adilnya
Kalau tidak huraian Al Quran akan tersasar dari yang dikehendaki
oleh Tuhan yang empunya
Kita telah menyalahgunakan Al Quran namanya
Nabi pernah bersabda yang bermaksud:
“Siapa tafsirkan Al Quran dengan fikirannya maka hendaklah disediakan tempatnya di dalam Neraka.”
Berhati-hatilah mentafsirkan Al Quran
Al Quran adalah untuk umum manusia
Bukan golongan yang tertentu sahaja
Kalau sifat-sifat atau cerita itu sama dengan satu golongan yang kita tahu,
ia termasuk di dalam umum ayat
Mungkin juga pada diri kita yang membacanya maka termasuklah juga
12.10.2004 – 1
Menjelang Zuhur
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1054 reads
Post new comment