Aku Tidak Jemu Perjuangkan Tuhan
Aku Tidak Jemu Perjuangkan Tuhan
Aku tidak jemu-jemu perjuangkan Engkau wahai Tuhan
Aku tidak jemu-jemu dan tidak tahu rehat, mengenalkan Engkau
Aku sudah gadaikan nyawaku agar Engkau dikenali oleh hamba-hamba-Mu
Aku mahu satu hari nanti Engkau dikenali dunia
Hingga Engkau disembah di mana-mana dan waktu apa pun
Cita-citaku agar engkau dijadikan idola
Disanjung dan dipuja
Moga-moga Engkau sahaja yang akan diagungkan dan dibesarkan
Aku sedang berjuang bersama kawan-kawanku
Mengenalkan Engkau kepada manusia
Selagi ada nyawa di badan
Aku tidak akan berhenti berusaha dan berjuang
Selagi aku ada tenaga
Selama itulah aku tetap memperjuangkan Engkau
Aku merasa bangga kalau Engkau disembah orang
Aku rasa gembira kalau Engkau dicintai dan disanjung
Aku mahu di mana sahaja nama-nama-Mu disebut-sebut orang
Sebutan nama-Mu bergema di mana-mana
Engkau dipuji, Engkau dipuja, Engkau disanjung
Engkaulah tempat rujuk orang segala perkara
Tempat bertanya, tempat meminta
Tempat mengadu semua masalah
Tempat harapan, tempat munajat
Tempat bermanja
Engkau adalah tempat meluahkan segala kehendak dan perasaan
Moga-moga perjuanganku berjaya dan cita-cita sampai
Selepas Isyak
9.11.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1456 reads
Post new comment