Aku Tetap Hamba Yang Hina
Aku Tetap Hamba Yang Hina
Engkau sanjunglah aku
Aku tetap hamba yang hina
Engkau puji-puji aku, aku tetap hamba yang lemah dan tidak sempurna
Sanjungan tidak akan boleh menukar sifat kehambaan
Ia hamba tetap hina, ia hamba tetap lemah
Engkau muliakan aku
Mungkin engkau dapat pahala
Kerana baiknya sangka engkau terhadapku
Aku hamba, salah dan silap pasti berlaku
Aku memohon maaf kepada Tuhan terhadap kata-katamu
Kerana puji dan puja yang tidak sepatutnya kuterima
Tapi aku tidak boleh menghalang siapa sahaja yang hendak memujiku
Seperti jugalah aku tidak dapat menghalang siapa yang hendak menghinaku
Tuhan, aku memohon ampun terhadap pujian dan sanjungan ini
Aku bukan mahu pujian ini
Bahkan aku terseksa mendengarnya
Engkau lebih maklum tentang diriku
Ada yang suka dia pujilah
Tapi aku tetap hamba yang hina
Tidak kurang ada orang yang tidak suka, dia menghinalah
Hina itu sifat hamba, aku terimalah
Aku boleh menerimanya, kerana itulah aku tidak membalasnya
Jagalah hatiku Tuhan
Puji dan puja aku tidak dapat elakkan
Moga-moga hatiku tidak cacat oleh sanjungan
Lepas Zuhur
5.10.99
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1211 reads
Post new comment