Agungkan Tuhan Kita
Agungkan Tuhan Kita
Agungkanlah Allah Tuhan kita
Sembahlahlah Dia tanda kita hamba
Menyembahnya adalah kebahagiaan manusia
Menyembahnya adalah satu rahmat dan nikmatNya
Sucikanlah Dia daripada sebarang penyerupaan
Kerana itulah Tuhan tidak boleh dibayangkan
Tidak dapat dibayangkan macamana dan bagaimana
Itulah pegangan kita yang sebenarnya
Jangan lupa bersyukurlah kepadaNya
Dengan cara menggunakan nikmatNya untuk kebajikan
Disamping mengucapkan Alhamdulillah oleh lidah
Sempurnalah sudah erti bersyukur kepada Allah
Rasa bertuhan kita bawa kemana-mana
Agar kita takut membuat dosa
Rasa bertuhan selalunya menyelamatkan kita
Daripada membuat kesalahan dan noda
Berdoa selalulah dengan Allah
Memintalah apa-apa kepadaNya mana yang munasabah
Kalau tidak dikabulkan janganlah kecewa
Yang sebenarnya Tuhan hendak simpan di syurga untuk kita
Menjelang Tidur,
15/12/02
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1162 reads
Post new comment