Rahsia Kejayaan Pendidikan Rasulullah(2)


10/03/2006

Kegagalan Sistem Pendidikan
Sekarang Sistem pendidikan sekarang ini telah gagal dan hanya berhasil menghaiwankan manusia sehingga menjadi manusia yang sombong, ego, kejam, pemarah, hasad dengki, gila kuasa, gila dunia, menggunakan kekuatan fizikal, akal dan segala cara untuk mencapai tujuannya. Dunia sudah menjadi rimba yang dihuni oleh haiwan-haiwan yang berupa manusia. Hasilnya semakin terbangun akal dan material manusia, semakin huru-hara dan kacau-bilau dunia. Tiada kasih sayang, keamanan, kedamaian dan keharmonian. Jauh sekali daripada keampunan Tuhan.

Padahal kejayaan besar seorang pendidik atau pemimpin ialah dapat melakukan pembangunan insaniah manusia sehingga mereka mengalami perubahan jiwa, fikiran dan fizikal. Insaniahnya dibangunkan sehingga mempunyai ciri-ciri malaikat, akalnya dibangunkan dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, selamat dan menyelamatkan dan fizikalnya dibangunkan sehingga menjadi sihat dan kuat untuk beribadah kepada Allah dan berkhidmat kepada sesama manusia.

Sistem pendidikan yang ada sekarang melahirkan dua jenis manusia yang ekstrim:

  1. Sistem pendidikan tradisional melalui pondok melahirkan manusia yang hanya berfikir kepada feqah, halal haram dan kurang mempedulikan kemajuan pembangunan material.
  2. Sistem pendidikan Barat yang telah melahirkan manusia yang pandai membuat kemajuan material tetapi memisahkan Islam dengan pembangunan. Aktiviti profesional seharian mereka tidak dikaitkan dengan Tuhan.

Pendidikan Islam sudah diselenggarakan dengan tatacara yang tidak Islam, iaitu mengikut cara Barat dan Yahudi. Padahal Barat memang hendak mematikan akal dan jiwa umat Islam sejak zaman penjajahan. Penekanan bukan pada perubahan insan tetapi pada perpindahan ilmu dan kepakaran yang dibuktikan dengan sekeping ijazah atau diploma yang begitu diagung-agungkan dan dijadikan tujuan. Sekeping ijazah itulah yang akan menentukan jawatan dan gaji seseorang.

Sepatutnya orang yang faham khazanah agama Islam, Al Quran atau Hadis, dia akan menjadi orang yang tahu dan faham dengan ilmu dunia akhirat. Tetapi sistem pendidikan Islam sekarang ini menghasilkan orang-orang yang lemah jiwa walaupun mereka banyak mengetahui ilmu Islam, hafal Quran dan hafal Hadis. Sudah ribuan orang di negara kita yang lulus universiti Islam, hafal Quran, tetapi susah untuk mencari seorang pun yang menjadi tokoh yang bertaqwa dalam bidang ekonomi, politik, teknologi, kemasyarakatan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain. Susah mencari sarjana dan orang hafal Quran yang begitu berwibawa sehingga disegani oleh Barat. Disegani bukan kerana aksi-aksi kekerasannya tetapi kerana taqwanya. Padahal dalam Quran itu ada bermacam-macam khazanah ilmu dan didikan yang akan menguatkan jiwa dan menaikkan wibawa.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer