Rahmat Dan Nikmat Tuhan
Rahmat Dan Nikmat Tuhan
Mendapat pangkat dan kekayaan ia adalah salah satu nikmat tapi belum tentu rahmat
Badan sihat, ilmu banyak belum tentu rahmat,
nikmat memanglah orang tahu itu adalah nikmat
Badan sihat, berilmu, sudah tentulah nikmat
Semua orang tahu badan sihat dan berilmu adalah nikmat, orang tidak boleh nafikannya
Kalau Tuhan memberi rahmat itu sudah tentu bersama nikmat
Jika nikmat sahaja belum tentu bersama rahmat
Kita perlu rahmat Tuhan bukan sekadar nikmat
Jika nikmat sahaja boleh membawa kecelakaan samada di dunia mahupun di Akhirat Mendapat rahmat biasanya bersifat rohaniah, ia menyelamatkan
Seperti takutkan Tuhan, cintakan-Nya itu adalah rahmat
Kerana ia ada hubungannya dengan iman
Ia ada kaitannya dengan kebahagiaan di Akhirat
Menjadi pemurah, pemaaf, merendah diri, mengutamakan orang lain itu adalah rahmat
Nikmatnya didapati atau diperolehi oleh orang lain sama
Ramai orang tidak sedar bahawa pemurah, pemaaf, merendah diri,
mengutamakan orang lain itu adalah rahmat
Menjadi sabar, tawakkal, redha, berkasih sayang itu juga adalah rahmat
Tapi ramai orang tidak merasa itu adalah rahmat
Ramai orang menganggap pandai, kaya, berpangkat itu adalah rahmat
Ia belum tentu menjadi rahmat tapi nikmat sudah pasti
Kalau pandai sombong, kaya bakhil dan bangga, berpangkat menjadi megah dan ego
itu adalah bala
Boleh jadi juga ia akan menjadi rahmat Tuhan, hanya itu kemungkinan sahaja
Di sini baru kita faham nikmat rohani selalunya adalah bersama rahmat
Nikmat lahir biasanya belum tentu bersama rahmat
Ramai orang mendapat nikmat lahir menjadi bala pula
Bukan sahaja bala kepada dirinya bahkan bala kepada orang lain juga
Kita perpanjang lagi tentang memperkatakan nikmat ini
supaya lebih global lagi dan nyata
Seperti kecantikan, memang semua orang mahu cantik
Di sini adakalanya ada bala yang tersirat
Muka cantik kalau megah, bangga, sombong ia sudah jadi bala pula
Gunakan kecantikan untuk komersial lebih lagi bala
Sikap ini orang lain pula sakit hati dan benci, lagi bertambah bala
Kalau cantik didedahkan aurat pula, ramai orang yang rosak imannya,
ini adalah bala yang lebih besar
Ia akan membawa kepada laknat Tuhan kerana rosaknya merata dan global
Oleh itu mintalah rahmat Tuhan, kalau diberi sudah tentu bersama nikmat
Jangan semata-mata meminta nikmat kerana belum tentu bersama rahmat
Biasanya nikmat lahir itu membawa kecelakaan dunia Akhirat jika disalahguna
Diharap ambillah perhatian agar kita selamat
9.7.2004 – 1
Selepas Subuh
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1079 reads
Post new comment