Perkara-perkara Yang Mesti Dijaga oleh Pedagang


Perkara-perkara Yang Mesti Dijaga oleh Pedagang
1. Menimbang dengan betul dan rapat
Perniagaan hendaklah menjauhi perbuatan menipu dengan mengurangi timbangan kerana ia adalah perbuatan yang terkutuk.
2. Tidak mengambil keuntungan yang berlipat ganda
Dalam Hadis dinyatakan bahawa seseorang yang mementingkan keuntungan besar adalah musuh Allah.
3. Tidak mengumpul barang dan menanti saat harga tinggi
Perbuatan ini adalah dengan tujuan mendapat keuntungan besar di saat orang memerlukan barang berkenaan. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:" Sesungguhnya para penimbun itu akan dikumpulkan bersama para pembunuh manusia."
4. Jangan ada sebarang penipuan
a. Berdusta terhadap orang lain.
Peniaga hendaklah menjelaskan kecacatan barang yang dijual sekiranya ada. Rasulullah pernah memarahi seorang peniaga yang menyembunyikan barang yang rosak di bawah tompokan barang itu.
b. Ucapan yang tidak benar.
Seperti ia berkata: " Saya dapat untung dari barang ini terlalu sikit." Padahal ia mengaut banyak keuntungan. Rasulullah bersabda:
Maksudnya:" Bersumpah itu menjadikan laris barang dagangan seseorang itu tetapi ianya menghapuskan keberkatan."
5. Tidak memuji barang yang dijual dengan apa yang tidak sebenarnya.
6. Berkata benar mengenai harga barang.
7. Segera dalam menjelaskan hutang-piutang.
8. Menepati janji kerana janji sebahagian dari hutang.
9. Membayar segera harga upah setelah mengupah sesuatu benda kepada orang lain.
10. Memberi layanan yang baik sesama mulim tanpa menyakitkan hati mereka.

 

KEHALUSAN BUDI DALAM PERNIAGAAN

1. Memberi layanan yang baik sesama muslim tanpa menyakiti hati mereka.
2. Bertolak ansur dalam urusan tawar menawar.
3. Berbicara dengan lemah lembut dan perkataan yang baik.
4. Menyabarkan pembeli yang mahu segera.
5. Bertindak dengan lemah lembut terhadap kanak-kanak dan kaum wanita.
6. Membantu mengurangkan bebanan.
7. Mengucapkan terima kasih dan mendoakan mereka.
8. Mnejual secara murah kepada mereka yang tidak mampu.
9. Berlapang dada sewaktu memberi hutang dan waktu minta hutang dari pembeli.
10. Bermudah dalam urusan jual beli.

 

AHLI PERNIAGAAN DENGAN WAKTU IBADAHNYA

1. Menepati waktu ibadah yang fardhu
2. Menutup gedung perniagaan ketika mendengar azan.
3. Jangan sekali-kali mengakhirkan waktu sembahyang.
4. Sembahyang hendaklah dilakukan dengan tenang. Tidak boleh melaksanakan dengan tergesa-gesa.
5. Menyempurnakan tuntutan-tuntutan sembahyang tanpa meninggalkan solat sunat, doa dan istighfar.
6. Istiqamahkan sembahyang secara berjemaah.
7. Dianjurkan juga untuk mengambil masa diketika tidak sibuk membaca Al Quran dan membaca wirid yang lain.
8. Katakan kesibukan di siang hari maka ambil peluang untuk menambah ibadah di malam harinya.

 

SISTEM PERNIAGAAN YANG DILARANG

Muamalah yang paling terkutuk dan dipandang hina oleh Allah ialah: Muamalah yang menggunakan amalan riba.
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman takutilah kamu kepada Allah dan jauhilah dari sisa-sisa riba sekiranya kamu beriman. Sekiranya kamu tidak berbuat( menjauhi riba itu) ketahuilah Allah mengisytiharkan perang dan Rasul-Nya juga mengisytiharkan perang ke atas mereka. (Al Baqarah:278)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksudnya :" Riba itu tujuh puluh cabang, yang paling rendah dosanya ialah seperti seorang pemuda yang melakukan zina dengan ibunya."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Laknatlah untuk orang yang memakan riba, orang yang memberi riba, dua orang yang menulis urusan riba, dua orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaannya adalah sama sahaja."

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer