Perkara-perkara Yang Mesti Dijaga Ketika di Luar Rumah
Submitted by admin on Tue, 2007-12-18 11:30 Perkara-perkara Yang Mesti Dijaga Ketika di Luar Rumah
- Perut: Jauhi dari makanan yang syubahat dan haram. Makanan
yang haram
merusakkan hati. Hati adalah raja yang memerintah segala anggota. - Lidah: Perlu dijaga dari perkataan yang keji. Banyak
berkata-kata banyaklah
salahnya dan akan bertambah dosa. - Mata: Pandanglah perkara yang halal sahaja. Elakkan dari
memandang wanita
yang ajnabi dan tempat-tempat maksiat kerana itu adalah panah syaitan yang
membunuh jiwa manusia. - Telinga: Elakkan dari mendengar perkara yang diharamkan
seperti
bunyi-bunyian muzik, umpatan orang lain, perkataan lucah dan sebagainya.
Telinga akan menjadi saksi yang boleh berkata-kata di Akhirat nanti. - Tangan: Gunakanlah ia dalam menjadi menyempurnakan keperluan hidup.
- Kaki: Bawalah kaki ke tempat yang mulia dan hindari dari menyalahgunakannya.
- Kemaluan: Hendaklah dipelihara daripada perbuatan terkutuk. Tujuh anggota ini merupakan amanah Allah, satu pengkhianatan besar bila ia disalahgunakan. Inilah yang dikatakan kufur nikmat.
- 1788 reads
Post new comment