Penyakit Ego
Penyakit Ego
13.6.2004 – 3
Menjelang Maghrib
Penyakit ego salah satu mazmumah yang amat bahaya
Jika penyakit ini ada, pecah-belahkan sesama manusia
Dari penyakit ini suka marah-marah, dan keras kepala
Juga hasad dengki lahir daripada sifat ego ini juga
Hasad dengki pula melahirkan dendam kesumat sesama
Ada peluang sifat ini akan bertindak merosakkan manusia
Lahirlah dendam-mendendam dan balas-membalas sesama
Semakin haru-birulah masyarakat manusia dibuatnya
Penyakit ego jika ada kuasa menzalim pula
Jika menjadi pengikut tidak mahu mengikut kata
Lahirlah kata-mengata di belakang pengikut dan ketua
Semakin pecah-belah dan permusuhan sesama
Penyakit ego payah menerima kebenaran dari orang lain
Pandangannya sahaja yang hendak minta diterima
Sekalipun pandangannya salah namun mesti diterima
Orang lain mana boleh terima bulat-bulat tanpa ada hujah-hujahnya
Penyakit ego payah hendak berkasih sayang sesama
Tidak ada kasih sayang persatuan dan perpaduan tidak akan ada
Tidak ada kasih sayang tidak ada kerjasama
Kekuatan bangsa lemah membangunkan kemajuan payah
Buanglah ego ia penyakit masyarakat yang utama
Ego satu sama lain tidak boleh bekerjasama
Akibatnya hidup masyarakat yang nafsi-nafsi jadi budaya
Ramai pun tidak guna ia tidak akan jadi kekuatan bangsa
13.6.2004 – 3
Menjelang Maghrib
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi |
- 1127 reads
Post new comment