07 Penutup






Untitled Document



BERAKHIRNYA Ramadhan disambut dengan Syawal. Bulan Ramadhan dan Syawal beriringan membawa rahmat dan kebaikan buat manusia yang mahu bersyukur. Kemenangan mukmin ialah beijaya menghayati puasa sebulan Ramadhan.

Kejayaan Ramadhan Dan Syawal

Tanda-tanda orang yang dapat menghayati bulan Ramadhan dan Syawal dapat dilihat daripada akhlak, sikap dan tingkah lakunya. Di antara sifat atau kebaikan perubahan pada dirinya ialah:

1. Akhlak yang semakin baik kepada Allah.

Berakhlak kepada Allah ialah melakukan ketaatan iaitu melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, beribadah dengan rela hati. Di antara bentuk-bentuk ketaatan atau ibadah seorang hamba kepada Allah ialah solat, puasa, meninggalkan dosa dan seumpamanya. Berakhlak dengan akhlak yang baik kepada Allah. Contohnya semakin khusyuk dalam solat, semakin takut berbuat dosa dan sebagainya.

2. Akhlak kepada manusia bertambah baik.

Berakhlak kepada manusia ialah baik hubungan dengan manusia. Di antara sifat atau akhlak yang baik dilakukan kepada manusia lain ialah menolong orang yang susah, bersikap tolak ansur, bertanggungjawab, berkasih sayang sesama manusia dan lain-lain. Akhlak yang bertambah baik ertinya memiliki akhlak yang mulia. Semakin berhalus dalam segala perbuatannya. Ketika berhadapan dengan manusia, contohnya, semakin menghormati orang lain, mudah bertolak ansur, semakin merendah diri dan lain-lain.

Jika akhlak dan sikap tetap tidak berubah, sama seperti sebelum Ramadhan, bermakna puasa kita itu tidak memberi kesan apa-apa pada kita.

3. Fikirannya dapat dibersihkan oleh bacaan-bacaan Al-Quran dari sebarang bentuk khurafat, tahyul, isma-isma atau ideologi buatan manusia. Dalam kata, lain, dia memiliki fikiran Islam yang benar-benar bersih.

4. Nafsu mereka dapat dididik dan dikawal sehingga ia dapat tunduk kepada segala perintah Allah dan Rasulullah SAW walaupun ia sangat menekan kehendak nafsu mereka. Allah SWT telah berfirman:

Ertinya: "Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan nafsunya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotori nafsu dan hatinya. " (As-Syams: 9-10)

5. Mereka dapat membuang sifat-sifat mazmumah (keji) dari hati mereka seperti ego, sombong, riyak, sum'ah, tamak, cinta dunia, pemarah, penakut, pentingkan diri sendiri dan sebagainya, dan mengisinya pula dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti pemurah, sabar, redha, qana'ah, zuhud, tawakal, cinta Allah, kasih sesama manusia dan lain-lain lagi.

6. Mereka dapat menghadapi ujian dengan sabar selepas Ramadhan nanti. Peperiksaan Ramadhan sepertilah peperiksaan akhir tahun. Kalau mereka berjaya peperiksaan yang besar, Insya Allah mereka akan berjaya menghadapi peperiksaan bulanan yang lebih kecil.

Orang yang berjaya menempuh Ramadhan dan beroleh kemenangan akan menyambut Syawal dengan gembira. Kedatangan Syawal disambut dengan kesyukuran. Buktinya pada malam Syayval dia akan membanyakkan takbir membesarkan Allah SWT. Zakat fitrah dikeluarkan dengan rela hati kerana mengharap keredhaan Allah.

Seterusnya pada awal pagi sudah bersiap untuk ke masjid menunaikan sembahyang sunat hari raya. Ketika khutbah disampaikan dia akan mendengar dengan teliti dan mengambil peringatan serta pengajaran yang disampaikan. Selepas itu dia akan mengambil peluang bermaaf-maafan dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan serta siapa sahaja yang ditemui. Hari raya dimeriahkan dengan memberi jarnuan makan (bagi yang mampu), menziarahi anak-anak yatim dan orang yang susah sambil menghulurkan bantuan untuk menggembirakan mereka. Menziarahi sanak saudara dan kenalan serta perkuburan saudara atau kenalan juga diziarahi dan mendoakan kesejahteraan buat mereka.

Begitulah istimewanya bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia. Bulan yang di dalamnya terdapat amalan istimewa dan janji-janji Allah buat yang berjaya menghayatinya.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer