06 Amalan Utama Di Bulan Syawal






Untitled Document



SYAWAL merupakan bulan kemenangan bagi orang yang berjaya menghayati Ramadhan. Hari kemenangan atau hari raya, itu adalah anugerah Allah buat hamba-Nya yang bersyukur. Seterusnya orang yang berjaya, akan menerima anugerah daripada Allah SWT di Akhirat kelak.

Apakah augerah-anugerah tersebut? Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

"Hendaklah kamu bersungguh-sungguh pada hari raya Fitri ini melakukan sedekah, melakukan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti melakukan sembahyang, berzakat, bertasbih, bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah SWT melihat pada kamu dengan rahmat."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila tiba hari raya Fitrah, Allah SWT telah mengutuskan para malaikat, maka mereka pun turun di seluruh negeri, di seluruh pelusuk dunia. Maka mereka pun berkata: Wahai umat Muhammad hendaklah kamu keluar kepada Tuhan yang Maha Pemurah. Maka apabila mereka umat-umat Muhammad itu keluar kepada tempat solat mereka, lantas Allah SWT berfirman: Hendaklah kamu saksikan wahai para malaikat-Ku. Sesungguhnya Aku telah jadikan pahala mereka itu di atas puasa mereka sebagai keredhaan-Ku dan keampunan dari-Ku."

Daripada dua hadis ini, kita dapat tahu bahawa anugerah Allah kepada mereka yang beijaya menempuh peperiksaan Ramadhan ialah kedatangan Syawal yang membawa beberapa manfaat di antaranya:

1. Dapat keampunan dari Allah SWT.

2. Doanya diterima Allah SWT.

3. Allah memberi rahmat kepadanya.

4. Dia mendapat keredhaan Allah SWT.

Anugerah-anugerah ini adalah anugerah yang paling besar untuk seseorang mukmin. Apabila mereka mendapat anugerah-anugerah ini bermakna mereka mendapat jaminan segala amalannya diterima oleh Allah, jaminan kebahagiaan di dunia dan di Akhirat, keselamatan di dunia dan Akhirat, dan bantuan Allah di dunia dan di Akhirat. Merekalah orang-orang yang bertaqwa.

AMALAN UTAMA DI BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan bagi mukmin yang berjaya menghidupkan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT. Syawal juga merupakan roh bulan berkat yang dituntut melakukan sunat dan amalan istimewa yang tidak terdapat pada bulan yang lain. Setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah SWT.

Orang mukmin menyambut Syawal dengan rasa kesyukuran dan terus melakukan amal ibadah dan amal kebaikan demi mengharap keredhaan Allah. Di antara amalan yang disyariatkan pada bulan Syawal ialah:

1. Membayar zakat fitrah.

2. Bertakbir dan bertahmid.

3. Mendirikan sembahyang Idilfltri.

4. Menyambut Hari Raya mengikut syariat.

5. Membantu orang susah / melayan anak yatim.

6. Puasa enam.

MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Saat akan berakhirnya bulan Ramadhan ada pula ibadah yang diwajibkan mengiringinya, iaitu zakat fitrah. Sabda Rasulullah:

"Amalan puasa Ramadhan itu digantungkan antara langit dan bumi, dan baru diangkat setelah dikeluarkan zakat fitrah. "

Zakat fitrah ini diwajibkan kepada semua yang berkemampuan. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Umar:

"Rasulullah SAVV mewajibkan zakai fitrah pada bulan Ramadhan kepada manusia sebanyak satu sha' kurma kering atau satu sha' gandum berlaku jika bagi orang yang berstatus hamba (budak), orang yang merdeka, laki-laki, perempuan, anak-anak dan orang dewasa dari kaum muslimin. "

Tujuannya ialah membantu orang-orang yang susah dan miskin supaya dapat berhari raya dengan gembira. Baginda bersabda:

"Dengan zakat fitrah, menjadikan mereka (orang-orang miskin) tidak meminta pada hari raya itu. "

Kewajipan zakat fitrah dihuraikan sebagai berikut:

a) Setiap muslim, laki-laki atau perempuan, besar atau kecil, budak atau orang yang merdeka wajib membayar zakat fitrah, bila telah selesai berpuasa Ramadhan.

b) Banyaknya zakat fitrah itu ialah 1 sha' = (kira-kira) 4 kati = 2.5kg beras.

c) Mesti dibayar sebelum menunaikan solat Idil Fitri.

d) Batas waktu boleh mulai membayar zakat fitrah sebaiknya beberapa hari sebelum berakhirnya bulan Ramadhan.

e) Saat wajibnya terdapat perbezaan pendapat: kepada manusia sebanyak satu sha' kurma kering atau satu sha' gandum berlaku jika bagi orang yang berstatus hamba (budak), orang yang merdeka, laki-laki, perempuan, anak-anak dan orang dewasa dari kaum muslimin.

Peringatan:

Menurut faham yang pertama orang yang lahir sesudah terbenam matahari, tidak wajib zakat fitrah. Manakala menurut faham yang kedua, orang yang lahir setelah terbenam matahari menjelang terbit fajar, wajib zakat.

f) Orang yang membayar zakat fitrah sesudah selesai solat Idil Fitri dikira sama dengan sedekah biasa, bukan lagi zakat namanya.

Keutamaan zakat fitrah disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadis:

"Barangsiapa memberikan zakat fitrah, maka baginya sepuluh macam kebaikan:

1. Badannya bersih dari segala macam dosa.

2. Dibebaskan dari Neraka.

3. Puasanya diterima.

Sebagaimana telah dikatakan oleh Hasan Basri: "Sesungguhnya zakat fitrah terhadap puasa itu seperti sujud sahwi (sujud kerana lupa) terhadap solat. Sebagaimana sujud sahwi mencukupi tiap-tiap yang terjadi kekurangan di dalam solat, demikian juga puasa dicukupi dengan zakat fitrah apa yang terjadi kekurangan di dalam puasa itu dan dengan mengerjakan solat tarawih, kerana sesungguhnya kebaikan itu boleh menghapuskan semua kejahatan."

4. Memastikan dirinya masuk Syurga.

5. Keluar dari kuburnya dengan selamat.

6. Diterima kebaikan yang diperbuat dalam tahun itu.

7. Pasti mendapat syafaat (pertolongan di hari Kiamat)

8. Dia akan melewati/menyeberangi Siratul Mustakim / jambatan laksana halilintar yang menyambar.

9. Timbangannya akan menjadi berat dengan kebaikan yang banyak.

10. Allah Taala menghapuskan namanya dari buku catatan orang-orang yang sengsara."

(Syaikhun Zaadah) Sabda Rasulullah SAW dalam Misykaatul Anwaari:

"Barangsiapa memberikan zakat fitrah, baginya dari tiap-tiap butir yang diberikan dibalas dengan tujuh puluh ribu istana yang panjang tiap-tiap istana itu sejauh antara timur dan barat."

BERTAKBIR DAN BERTAHMID

Setelah berakhirnya bulan Ramadhan, pada malam 1 Syawal disunatkan kita banyak bertakbir dan bertahmid. Imam Syafie dalam Al-Uram 1: 231 menjelaskan:

"Maka apabila mereka telah melihat awal bulan Syawal aku sangat menyukai manusia bertakbir secara berjemaah atau sendirian di masjid, di rumah, di jalanan tidak kira di mana mereka berada. Hendaklah mereka menguatkan, suara takbir itu dan terus-menerus bertakbir hingga mereka pergi ke tempat solat. Bertakbir terus sampai imam menyerukan untuk mengerjakan solat sunat Idil Fitri."

Sangat utama atau digalakkan bertakbir ketika keluar dari rumah masing-masing menuju ke tempat solat. Ini didasarkan dari hadis dari Nafi' Maula Ibnu Umar yang bermaksud:

"Bahawa Ibnu Umar bila dia pergi ke lapangan tempat sembahyang dia bertakbir, maka dia menguatkan suaranya bertakbir. " (Riwayat Syajie)

Lafaz takbir itu banyak corak ragamnya. Tetapi yang paling sahih dalilnya ialah yang diriwayatkan oleh Abdul Razzaq dari Salman dengan sanad yang sahih:

"Bertakbirlah kamu: Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar Kabiiraa (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sungguh-sungguh Besar). "

Dari Umar dan Ibnu Masud pula mengatakan lafaz takbir dan tahmid itu ialah:

 

Ertinya: 'Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha

Takbir yang panjang-panjang seperti yang dilakukan sekarang merupakan tambah-tambahan. Lafaz takbir yang panjang itu seperti berikut:

 

MENDIRIKAN SOLAT SUNAT IDILFITRI

Menurut Sunnah Rasulullah SAW solat Idil Fitri itu didirikan di lapangan terbuka. Sebaik-baik perjalanan ke tempat solat melalui jalan dekat dan pulangnya melalui jalan lain. Sepanjang perjalanan ke tempat solat laungkan takbir dan tahmid.

Solat Idil Fitri boleh didirikan bermula dari terbit matahari sehingga menjelang tergelincir matahari. Waktu yang afdal atau sebaik-baiknya ialah ketika matahari sudah setinggi dua galah (lebih kurang pukul 8.00 pagi waktu Malaysia).

Solat sunat Hari Raya dilakukan terlebih dahulu sebelum khutbah. Imam dan khatib adalah orang yang sama. Rasulullah SAW dan para Khulafaur Rasyidin, beliau menjadi imam dan beliau juga yang menjadi khatib.

Solat didirikan tanpa azan dan tanpa iqamah. Tidak ada sembahyang sebelumnya dan sesudahnya. Solat Idil Fitri berdiri sendiri (ddak bersandar pada mana-mana solat yang lain).

Solat Idil Fitri adalah dua rakaat, sama dengan solat sunat lain yang juga dua rakaat. Perbezaannya terletak pada niat dan sesudah takbiratul-ihram ada takbir (rakaat pertama 7 takbir, rakaat kedua 5 takbir).

Cara Mendirikan Solat Idil Fitri

Sunat melewatkan sedikit solat hari raya Idil Fitri kerana memberikan ruang waktu untuk orang mengeluarkan zakat fitrah. Sunat makan dan minum sebelum solat Hari Raya Idil Fitri.

Hukum solat sunat Idil Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah sunat muakad; boleh dikerjakan bersendirian dan yang afdalnya berjemaah di masjid, surau atau padang. Waktu solat ini mulai naik matahari pagi Syawal sebaik-baiknya ketika matahari tinggi segalah hingga gelincir matahari (seperti waktu solat sunat Dhuha).

Cara mendirikan solat sunat Idil Fitri ialah:

a) Sebagai ganti qamat biasa sunat membaca ash-solaatuljaami'ah.

b) Memasang niat solat sunat hari raya Idil Fitri:

 

Ertinya: "Sahaja aku solat sunat Idil Fitri dua rakaat imam/makmum kerana Allah Taala. "

c) Selepas mengangkat takbiratul-ihram, baca doa iftitah.

d) Selepas baca doa iftitah baca takbir dan tasbih:

 

Maksudnya: "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah dan segala puji hanya bagi Allah dan tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar dan tiada daya upaya dan tidak juga kekuatan melainkan dengan izin Allah, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Agung. "

e) Sunat membaca tasbih dengan perlahan.

f) Kemudian angkat takbir Allahu Akbar dengan tangan diangkat ke atas seperti takbiratul-ihram.

g) Baca lagi kalimah tasbih seperti di atas dan ulangi takbir. Sunat lakukan ini sehingga tujuh kali takbir (selain daripada takbiratul-ihram).

h) Sunat meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di bawah dada setiap antara satu takbir.

i) Sunat bagi makmum menyesuaikan jumlah takbirnya dengan takbir imam.

- Kalau imam bertakbir hanya tiga kalif makmum hendaklah ikut tiga kali sahaja. Kalau imam takbir enam kali, begitu juga makmum. Bilangan takbir makmum jangan lebih atau kurang dari bilangan takbir imam.

 

- Kalau makmum masbuk (lambat masuk solat), ikuti sahaja bilangan takbir yang tinggal. Contohnya, kalau makmum masuk apabila imam sudah bertakbir sebanyak lima kali, maka makmum ikut sahaja dua lagi takbir yang tinggal menuruti imam. Tidak perlu cukupkan takbir sehingga tujuh kali.

j) Setelah selesai takbir yang ketujuh, baca ta'awuz (a'uzubillahiminashsyaitaanirajim) dan surah Al-Fatihah.

- Kalau takbir yang tujuh ini dilakukan selepas ta'awuz masih dapat pahala sunat.

- Kalau sudah mula baca surah Fatihah, jangan patah balik untuk bertakbir. Takbir dikira sudah luput dan hendaklah diteruskan membaca Fatihah seperti biasa.

k) Sunat membaca surah AJ-Qaf atau surah Al-A'la sesudah Fatihah pada rakaat yang pertama.

l) Lakukan seperti biasa - rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dan sebagainya sehingga naik semula untuk rakaat yang kedua sambil bertakbir seperti biasa yang dilakukan,

m) Selain daripada takbir sewaktu hendak berdiri ini, ulangi lagi takbir dan baca tasbih seperu dalam rakaat pertama tadi sebanyak lima kali lagi.

n) Selepas takbir yang kelima baca surah Al-Fatihah.

o) Selepas Fatihah, sunat baca surah Ai-Qamar (jika pada rakaat pertama baca surah Al-Qaf) atau surah Al-Ghasyiah (jika pada rakaat pertama baca surah Al-A'la).

p) Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua dan beri salam. Setelah selesai solat dan berdoa disunatkan mendengar khutbah hari raya. Khutbah pertama dimulai dengan takbir sembilan kali. Khutbah kedua dimulai dengan takbir tujuh kali.

Mendengar khutbah dapat menghiburkan hati orang-orang mukmin. Mendengar khutbah seolah-olah satu siraman ubat yang mujarab serta menghidupkan akal dan roh.

Kandungan khutbah memberi pengajaran hukum-hukum zakat fitrah, pengertian dan natijah berpuasa sebulan Ramadhan, pengertian sambutan hari raya menurut Islam dan lain-lain pengajaran.

Pada orang mukmin, menjaga kesihatan dan perkembangan pikiran dan hati adalah yang mesti diutamakan. Kerana akal dan roh juga memerlukan makanan sebagaimana anggota-anggota fizikal yang lain. Bahkan memberi makanan, pakaian, minuman, rawatan kesihatan dan perhiasan-perhiasan kepada akal dan roh adalah lebih utama daripada memenuhi keperluan fizikal.

Kalau akal dan roh terbiar, sakit, kotor, kelaparan dan kehausan, akibatnya cukup dahsyat dibandingkan dengan kalau fizikal yang tidak terurus. Walaupun kedua-duanya penting tetapi keutamaannya ialah pada anggota batin. Umpama kulit dengan isi buah. Kedua-duanya penting tetapi tumpuan ialah pada isinya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada diri kamu dan gambaran (amalan lahir) kamu, tetapi Allah memandang hati-hati kamu."

Rasulullah memerintahkan supaya semua kaum muslimin keluar ke tempat-tempat yang akan dibacakan khutbah, sekalipun bagi perempuan-perempuan yang uzur (yang cuti solat), untuk bersama-sama mendengar khutbah. Supaya umat Islam seluruhnya menjadikan hari raya mereka itu, hari untuk menghidupkan syiar Islam dan bukannya hari menegakkan budaya jahiliyah.

MENYAMBUT HARI RAYA MENGIKUT SYARIAT

Allah menyuruh umat Islam menyambut Hari Raya Idil Fitri sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan kerana berjaya melaksanakan perintah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Allah juga memberi garis panduan supaya menyambut hari raya di dalam batasan syariat dan tidak melakukan dosa. Hari raya disambut dengan penuh adab dan sopan sebagai orang Islam. Di antara perkara yang sunat dilakukan ketika hari raya ialah:

a) Mengucapkan tahniah

Pada Hari Raya Idil Fitri atau Idil Adha disunatkan mengucapkan tahniah, (ucapan selamat) dengan lafaz:

 

Ertinya: "Semoga diterima Allah amal kami dan amalmu. "

b) Bermaaf-maafan di antara satu sama lain.

Anak mencium tangan ibu bapa dan meminta maaf. Isteri bersalam dan mencium tangan suami memohon ampun di atas segala kesalahan. Begitu juga rakan taulan, jiran tetangga, sanak saudara, apabila bertemu saling bersalaman dan bermaafan.

c) Menziarahi kubur

Menziarahi kubur kaum keluarga di pagi hari raya dilakukan sebagai mengingati mereka yang sudah pergi. Di sana dibaca surah Fatihah atau Yasin atau tahlil serta doa selamat.

d) Ziarah-menziarahi

Ziarah-menziarahi kaum keluarga, rakan-rakan jiran dan orang yang dikenali untuk mengeratkan tali silaturrahim. Berziarah bukan dengan niat hendak makan kuih raya atau dapatkan duit raya anak tetapi sebagai menghubungkan kasih sayang.

e) Menjamu makan

Membuat jamuan dan menjemput orang ramai datang untuk menjamu selera dengan niat bersedekah dan menghubungkan kasih sayang sesama keluarga, rakan, jiran dan orang yang susah.

MELAYANI ANAK YATIM DAN ORANG SUSAH

Di hari raya ini, anak-anak yatim dan orang-orang miskin tidak dapat bergembira sebagaimana orang lain. Ini adalah kerana kesempitan hidup ynng mereka alami tidak membolehkan mereka membuat persediaan untuk menyambut hari raya sebagaimana orang yang punya ibu bapa dan yang berkemampuan. Lantaran itu menjadi tanggungjawab kita membantu dan menggembirakan mereka. Inilah yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW:

"Bahama sesungguhnya baginda telah keluar untuk menunaikan solal hari raya, sedangkan anak-anak tengah bermain. Di antara antik-antik itu terdapat seorang anak yang duduk tli hadapan mereka dan dia memakai pakaian bekas sambil menangis.

Baginda bersabda kepada anak itu: "Hai anak, mengapa engkau menangis dan tidak bermain bersama-sama mereka ?" Anak itu tidak mengenali baginda. Anak kecil itu menjawab: "Wahai pak cik, ayah saya telah meninggal dunia di hadapan Rasulullah dalam peperangan, lalu ibu saya berkahwin lagi dan memakan harta saya, sedangkan suaminya (ayah tiri) mengusir saya dari rumah saya sendiri, maka saya tidak mempunyai makanan, minuman, pakaian dan rumah. Dan ketika saya melihat kawan-kawan pada hari ini, sedangkan mereka semua mempunyai ayah, maka saya teringat ayah saya, oleh sebab itulah saya menangis. "

Lalu Rasulullah SA W memegang anak itu dengan tangannya, seraya berkata kepadanya: "Hai anak, mahukah engkau, aku sebagai ayahmu, Aisyah sebagai ibumu, Ali sebagai pamanmu., Hasan dan Husain sebagai saudara laki-lakimu dan Fatimah sebagai saudara perempuanmu?" Anak kecil itu menjadi maklum, 'bahawa baginda adalah Rasulullah, maka dia berkata: "Mengapa saya tidak mahu, ya Rasulullah ?"

Maka dia dibawa oleh Nabi SAW ke rumah, lalu diberikan pakaian yang bagus, diberi makan sehingga kenyang dan dihiasi dan diberi wangi-wangian.

Maka anak itu keluar dengan tertawa gembira. Ketika kawan-kawannya melihat, maka mereka berkata kepadanya: "Sebelum ini kamu selalu menangis, mengapa sekarang kamu gembira?"' Dia menjawab: "Saya sebelum ini lapar sekarang sudah kenyang, saya tadi tidak berpakaian, sekarang berpakaian, saya tadinya anak yatim sekarang Rasulullah sebagai ayahku, Siti Aisyah ibuku, Hasan dan Husain menjadi saudara lelakiku, Ali menjadi pamanku dan Siti Fatimah menjadi saudara perempuanku, bagaimana saya tidak gembira ?"

Kawan-kawannya berkata: "Seandainya ayah kami terbunuh di jalan Allah dalam peperangan nescaya kami menjadi seperti dia. " Ketika Nabi SAWwafat maka anak itu turut keluar, sambil menaburkan debu di atas kepalanya untuk memperlihatkan kesusahan dan kesedihan hatinya. Dia berkata: "Sekarang saya menjadi anak yatim kembali. " Maka dia diambil oleh Sayidina Abu Bakar r.a. sebagai anak angkat.

PUASA ENAM

Puasa Enam ialah puasa enam hari di bulan Syawal, berpuasa setelah sehari menyambut hari raya puasa. Puasa ini boleh dikerjakan secara berturut-turut enam hari atau tidak asalkan dalam bulan Syawal. Banyak keistimewaannya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Siapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan enam hari bulan Syawal, maka seolah-olah ia telah berpuasa sepanjang masa. " (Riwayat Jamaah kecuali Bukhari dan An-Nasa 'i juga diriwayatkan oleh Ahmad dari hadisJabir)

Pendapat ulama dalam menentukan masa mengerjakan puasa enam ini, ada tiga cara iaitu:

a) Mengerjakan terus sesudah hari raya, dengan berturut-turut sehingga enam hari.

b) Mengerjakan beriring-iring, atau bercerai-cerai dalam bulan Syawal

c) Tidak dikerjakan terus sesudah hari raya hanya dikerjakan pada hari Ketiga sebelum hari putih (hari ke 10, ke11, dan ke 12 dari bulan Syawal) dan pada hari putih (hari ke 13, ke 14 dan ke 15 dari bulan Syawal). Atau hari sesudah hari putih (hari ke 16, ke 17 dan ke 18)

Mengenai keutamaan puasa enam disebut dalam Zubdatul Waa'iziina:

"Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikut sertakan enam hari dari bulan Syawal, maka baginya pahala seperti puasa setahun seluruhnya."

Di dalam riwayat lain:

"Allah SWT memberikan kepadanya pahala enam Nabi, pertama; Nabi Adam a.s., kedua Nabi Yusuf a.s., ketiga Nabi Yaakub a.s., keempat Nabi Musa a.s., kelima Nabi Isa a.s, dan keenam Nabi Muhammad S AW. "

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer