04 Amalan Istimewa Di Bulan Ramadhan






Untitled Document



BULAN Ramadhan merupakan bulan ibadah. Ibadah yang khususiah dilakukan di bulan ini tidak dilakukan pada bulan bulan yang lain. Walaupun ibadah tersebut merupakan amalan sunat tetapi ianya satu program yang istimewa di bulan Ramadhan. Antara amalan dan peristiwa yang istimewa di bulan Ramadhan ialah:

1. Solat tarawih

2. Bertadarus

3. Menanti lailatul qadar

4. Iktikaf di masjid

5. Bersedekah

 

SOLAT TARAWIH

Solat sunat tarawih hanya dilakukan di bulan Ramadhan sahaja. Hukumnya sunat muakad (sunat yang dituntut). Biasanya ia dilakukan sebanyak 20 rakaat dan disunatkan memberi salam bagi setiap dua rakaat. Masanya ialah sesudah solat Isyak hingga terbit fajar.

Rasulullah SAW sendiri ketika bulan Ramadhan tiba, berkata kepada para sahabatnya dengan ucapan:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, iaitu penghulu segala bulan. Maka hendaklah kita semua mengucapkan selamat datang kepadanya. Telah datang bulan puasa memberi segala rupa keberkatan. Maka alangkah mulianya tetamu kita yang datang itu."

Daripada Abdul Rahman Ibnu Auf r.a., Nabi SAW bersabda, maksudnya:

"Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan, dan saya telah mensunnahkan berdiri pada malamnya (bersolat tarawih), kerana mengharapkan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan sembahyang (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya. "

Cara-Cara Solat Tarawih

Sebelum solat tarawih dilakukan, bilal dan parajemaah memulakan majlis dengan zikir ini:

 

Ertinya: "Maha Suci Allah,dan segala pujian untuk Allah, dan tiada Tuhan yang lain selain Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya upaya dan tidak juga kekuatan melainkan dengan izin Allah, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Agung. "

Bilal membaca tiga kali selawat ke atas Nabi SAW. Setiap selawat dijawab oleh parajemaah seperti berikut:

a) Selawat pertama oleh bilal:

 

Ertinya: "Wahai Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas Muhammad"

 

Jemaah menjawab:

 

Ertinya: "Limpahkanlah ya Allah kesejahteraan ke atasnya. "

b) Selawat kedua oleh bilal:

 

Ertinya: "Wahai Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas penghulu kami Muhammad."

Jemaah:

 

c) Selawat ketiga oleh bilal:

 

Ertinya: "Wahai Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas junjungan kami, Nabi kami, kekasih kami, orang yang kelak memberi pertolongan kepada kami, dan pertaruhan kami serta pemimpin kami, iaitu Muhammad SAW"

Jemaah:

 

Setelah jemaah menjawab selawat ketiga, bilal berseru:

 

Ertinya: "Dirikanlah solat Tarawih pada bulan Ramadhan semoga Allah memberi balasan pahala pada kamu. "

Makmum menjawab:

 

Setelah itu semua berdiri melurus dan merapatkan saf untuk memulakan solat. Mulakan solat dengan niat, lafaz niatnya ialah:

 

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat (menjadi imam/mengikut imam) kerana Allah Taala. "

Lakukan solat tarawih berjemaah pada 1 hingga 15 Ramadhan, dengan rakaat pertama selepas Al-Fatihah, dibaca surah At-Takasur hingga surah Al-Lahab (satu surah untuk satu salam) dan rakaat kedua Al-Ikhlas. Pada 16 hingga 30 Ramadhan rakaat pertama surah Al-Qadar dan rakaat kedua satu surah dari surah At-Takasur hingga Al-Lahab.


1. Tarawih Pertama - rakaat pertama dan kedua

Bacaan rakaat pertama: Surah At-Takasur

Bacaan rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Memberi salam.

Kemudian Bilal membaca:

 

Ertinya: "Kurnia dan nikmat itu adalah dari Allah juga. "

Para jemaah menyambung:

 

Kemudian bilal membaca selawat:

 

Ertinya: "Wahai Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas junjungan kaini, Nabi kami, kekasih kami, orang yang kelak memberi pertolongan kepada kami, dan pertaruhan kami serta pemimpin kami iaitu baginda Muhammad SAW. "

Makmum:

 

2. Tarawih Kedua — Solat kedua, rakaat ketiga dan keempat

Bacaan selepas Fatihah rakaat ketiga - (Al-Asr)

Rakaat keempat - (Al-Ikhlas)

Setelah memberi salam bilal terus membaca:

 

Disambut oleh jemaah dengan membaca:

 

Ertinya: "Maha Suci Raja (Tuhan) yang disembah, Maha Suci Tuhan yang maujud, Maha Suci Tuhan yang hidup, yang tidak tidur dan tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus Tuhan kami dan Tuhan malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian untuk Allah, dan tiada Tuhan yang lain selain Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya upaya dan tidak juga kekuatan melainkan dengan izin Allah, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Agung. "

Kemudian, bilal berselawat:

Ertinya: "Wahai Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas Muhammad "

 

Jemaah menjawab:

 

Ertinya: "Limpahkanlah ya Allah kesejahteraan ke atasnya. "

Selawat kedua oleh bilal:

 

Ertinya: "Wahai Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas penghulu kami Muhammad."

 

Jemaah:.

 

Selawat ketiga oleh bilal:


Ertinya: "Wahai Allah limpahkanlah rahmat-Mu ke atas junjungan kami, Nabi kami, kekasih kami, orang yang kelak memberi pertolongan kepada kami, dan pertaruhan kami serta pemimpin kami, iaitu Muhammad SAW"

Jemaah:

 

Selepas itu Imam membaca doa berikut:

 

Ertinya: "Wahai Allah. sesungguhnya kami memohonkan keredhaan Engkau dan syurga; sebaliknya kami berlindung kepada Engkau dari kemurkaan Engkau dan api Neraka. Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menggemari kepada memberi pengampunan. Maka oleh itu, ampunilah kami dan ibu bapa kami serta sekalian kaum muslimin dan muslimat berdasarkan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "

Kemudian Bilal menyambung:

 

Ertinya: "Khalifah pertama selepas Rasulullah SAW, pemerintah bagi orang-orang mukmin, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq (yang diredai Tuhan kepadanya). "

Para jemaah menjawab:


Ertinya: "Mudah-mudahan Allah meredhai akan dia."

Imam terus berdiri untuk solat tarawih selanjutnya.

 

3. Tarawih Ketiga — Solat rakaat kelima dan keenam

Bacaan selepas Fatihah, rakaat Kelima - (Al-Humazah)

Rakaat keenam - (Al- Ikhlas)

Selepas memberi salam, bilal dan jemaah membaca seperti selepas tarawih pertama.

 

4. Tarawih Keempat — Solat rakaat ketujuh dan kelapan

Bacaan selepas Fatihah; rakaat ketujuh - (Al-Fiil)

Rakaat kelapan - (Al-Ikhlas)

Selepas memberi salam, bilal dan jemaah membaca sama seperu selepas tarawih kedua, cuma yang lain ialah:

Bilal berseru:

 

Jemaah akan menjawab:

 

5. Tarawih Kelima — Solat rakaat kesembilan dan kesepuluh

Bacaan selepas Fatihah; rakaat kesembilan - (Al-Quraisy)

Rakaat kesepuluh - (Al-Ikhlas)

Setelah memberi salam, sama seperti pada tarawih pertama.

 

6. Tarawih keenam — Solat rakaat kesebelas dan kedua belas:

Bacaan selepas Fatihah; rakaat kesebelas - (Al-Ma'un)

Rakaat kedua belas - (Al-Ikhlas)

Selepas memberi salam sama seperti tarawih kedua, cuma tukar: Bilal berseru:

Makmum:

 

7. Tarawih Ketujuh — Solat ketiga belas dan keempat belas

Bacaan selepas Fatihah; rakaat ketiga belas - (Al-Kausar)

Rakaat keempat belas - (Al-Ikhlas)

Selepas memberi salam, lakukan seperti pada tarawih pertama.

 

8. Tarawih Kelapan — Solat rakaat yang kelima belas dan keenam belas

Bacaan selepas Fatihah; rakaat kelima belas - (Al-Kafirun)

Rakaat keenam belas - (Al-Ikhlas)

Selepas memberi salam sama seperti pada tarawih kedua, cuma yang lain adalah ucapan berikut:

Bilal mengucapkan:

 

Makmum menyambut:

 

9. Tarawih kesembilan — Solat rakaat ketujuh belas dan kelapan belas

Bacaan selepas Fatihah; rakaat ketujuh belas - (An-Nasr)

Rakaat kelapan belas - (Al-Ikhlas)

Selepas memberi salam, sama seperti pada tarawih pertama.

 

10. Tarawih kesepuluh - Solat rakaat kesembilan belas dan kedua puluh

Bacaan selepas Fatihah: rakaat kesembilan belas - (Al-Lahab)

Rakaat kedua puluh - (Al-Ikhlas) ,

Selepas memberi salam, bacaan seperti pada tarawih kedua, cuma selepas selawat ketiga, imam terus membaca doa:

 

Ertinya: "Segala puji bagi Tuhan seru sekelian alam. Ya Allah cucurilah rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhamad dan atas keluarga serta sahabat-sahabatnya sekalian.

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk golongan orang yang sempurna imannya, mengerjakan apa yang telah Engkau wajibkan, memelihara solat, menunaikan zakat, mencari anugerah yang ada di sisi-Mu yang mengharapkan keampunan-Mu, berpegang teguh dengan petunjuk-Mu, berpaling dari kesenangan yang menyesatkan, tidak tergila-gila kepada dunia tetapi sangat senang dengan Akhirat, rela terhadap kepastian-Mu, bersyukur atas nikmat-nikmat-Mu, bersabar atas berbagai dugaan (musibah), pada hari Kiamat berjalan di bawah panji-panji junjungan Nabi Muhammad SAW, kemudian menuju telaga dan menuju Syurga, duduk di atas kursi-kursi kehormatan, beristerikan para bidadari yang cantik jelita, mengenakan pakaian sutera yang tipis dan tebal serta berbagai pakaian dari bahan yang serba indah, makan hidangan Syurga, minum susu dan madu asli lagi jernih dengan gelas kendi dan tempat lain dari mata air yang tidak pernah terhenti bersama-sama mereka yang telah mendapatkan kenikmatan Allah dari para nabi, siddiqin, para syuhada dan para solehin. Maka mereka itulah sebaik-baiknya teman sebagai sahabat. Dan itulah anugerah daripada Allah serta cukuplah Dia (Allah) Maha Mengetahuinya.

Ya Allah pada malam yang mengandungi berkat ini semoga Engkau jadikan kami termasuk golongan orang-orang yang berbahagia dan diterima amalnya yang baik, dan janganlah Engkau jadikan kami termasuk golongan orang-orang yang celaka, yang ditolak amal perbuatannya. Ya Allah Tuhan kami selamatkanlah kami, ampunilah kami. Ya Allah ampunilah kami, orang tua kami, para guru kami, saudara-saudara kami, isteri-isteri kami, anak cucu kami, anak-anak kami, keluarga kami dan semua kaum muslimin dan muslimat, kaum mukminin dan mukminat yang masih hidup mahupun yang telah mati dengan rahmat-Mu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dan mudah-mudahan Allah melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kepada keluarganya dan para sahabatnya."

Pada 16 hingga 30 Ramadhan, rakaat pertama selepas Fauhah dibaca surah Al-Qadar. Pada rakaat kedua sesudah Fauhah dibaca surah At-Takasur sehingga Al-Lahab, satu surah untuk satu salam.

Walau bagaimana pun, boleh juga membaca surah daripada Al-Quran secara bersambung atau seumpamanya yang mudah dihafal.

Setelah itu lakukan solat witir tiga rakaat.

 

Solat Witir Berjemaah

Untuk menyambung solat witir berjemaah, Bilal berkata:

 

Ertinya: "Bersolat witirlah kamu, mulia dan besarkanlah Tuhan kamu pada bulan Ramadhan ini semoga Allah mengurniakan rahmat."

Jemaah menjawab:

 

Bilal melafazkan:

 

Bilal melafaz lagi:

 

Ertinya: "Dirikanlah sembahyang witir dengan berjemaah mudah-mudahan kamu semua dilimpahi rahmat oleh Allah. "

Lakukan solat itu seperti biasa dua rakaat dahulu, setelah salam bangun untuk satu rakaat lagi. Lafaz niat dua rakaatnya:

 

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala."

Selepas Fatihah: Bacaan surah rakaat pertama: Al-A'la

Bacaan surah rakaat kedua: Al-Kaafirun

Lafaz niat solat witir kedua:

 

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala. "

Rakaat ketiga selepas membaca Surah Al-Fatihah, baca surah berikut Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sekali tiap-tiap satu.

Selepas tahiyat dan salam rakaat ketiga, baca:

(2 kali)

 

(1 kali)

 

(33 atau 100)

 

Setelah .selesai membaca zikir-zikr di atas, imam membacakan doa seperu berikut:

Ertinya: "Ya Allah, ya Tuhan yang memperkenankan permintaan orang yang bertaubat dan ya Tuhan yang mengasihani orang-orang yang daif, orang-orang fakir dan miskin. Ya Allah, lepaskanlah diri kami, bapa kami, ibu kami, anak-anak kami dan saudara-saudara kami serta muslimin dan muslimat dari Neraka. Ya Allah, ampunilah kami dengan kemurahan-Mu semuanya, dan terimalah taubat kami dan bersihkanlah, maafkanlah kami dari orang yang berkata-kata, amin, amin. Semoga Allah mensejahterakan dan selamatkan Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan yang memiliki seluruh alam."

Seterusnya membaca Fatihah dan Imam membaca doa:


Ertinya: "Ya Allah ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu (mohon diberi) iman yang berkekalan, dan kami mohon kepada-Mu hati kami yang khusyuk, dan kami mohon kepada-Mu supaya diberi ilmu yang bermanfaat, dan kami mohon ditetapkan keyakinan yang benar, dan kami mohon (dapat melaksanakan) amal yang soleh, dan kami mohon tetap dalam agama Islam, dan kami mohon diberi kebaikan yang melimpah-limpah, dan kami mohon mensyukuri atas kesihatan, dan kami mohon kesihatan yang sempurna, dan kami mohon mensyukuri atas kesihatan kami, dan kami mohon kecukupan.

Ya Allah, ya Tuhan kami, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, dan khusyuk kami, dan pengabdian kami, dan sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah ya Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Dan semoga selamat Allah sentiasa melimpah alas sebaik-baik makhluk-Nya, iaitu Muhammad SAW dan atas segenap keluarga dan sahabat-sahabatnya semua dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. "

Boleh juga kalau tidak mengerjakan witir kerana hendak solat witir di akhir malam selepas solat tahajud.

Peringatan:

Menghayati ibadah lebih utama daripada memperbanyakkan ibadah tetapi tidak ada penghayatan. Ini kerana ibadah yang tidak dihayati bukan sahaja tidak dapat mengubah perangai seseorang tetapi ia juga tertolak.

Tujuan ibadah adalah untuk mendapat rasa takut dan cinta kepada Tuhan, rasa malu, rasa hina dan rasa mengharap kepada Tuhan di samping merasai Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya, Maha Besarnya yang sentiasa melihat, memerhati kita setiap masa. Semakin banyak bertarawih dan berpuasa, maka semakin halus akhlak kita sama ada akhlak terhadap Tuhan atau akhlak kepada sesama manusia.

Oleh itu, ibadah solat Tarawih ini tidak boleh dilakukan sekadar untuk mengejar fadhilat. Apa yang lebih penting ialah solat itu dapat membaiki diri kita, membersihkan mazmumah-mazmumah yang bersarang dalam hati seterusnya menyuburkan sifat-sifat mahmudah, yang baik dalam diri:

Sekarang ini kita lihat rata-rata umat Islam walaupun mengerjakan solat, tapi hatinya masih penuh dengan mazmumah. Inilah akibatnya bila beribadah kerana mengejar fadhilat, untuk mendapat pahala, masuk Syurga atau kerana takut Neraka. Akhirnya ibadah menjadi ideologi, sebab tidak dikaitkan dengan Tuhan. Walau ibadah meriah, masjid penuh, tetapi kebanyakan masyarakat masih jahat, yang beribadah masih jahat, yang tidak beribadah juga jahat.

Kita mesti membezakan antara orang yang beribadah dengan tujuan mencari fadhilat dengan orang yang beribadah atas dasar ubudiah - mencari redha dan cinta Tuhan. Orang yang beribadah atas dasar ubudiah kerana Zat Allah, walaupun ibadahnya sedikit tetapi sangat berkesan pada hati. Dia akan terdorong untuk membuat perubahan pada hatinya, membuang berbagai sifat mazmumah (jahat) dari dalam hati dan berusaha menyuburkan sifat-sifat baik dan menjaga hubungan hatinya dengan Allah agar tidak cacat.

Tetapi yang beribadah atas dasar selain itu walaupun banyak, ibadahnya tidak akan memberi kesan pada hati. Mereka mudah terjebak ke dalam maksiat lahir dan maksiat batin. Sebab itu di hari ini seluruh dunia umat Islam sibuk membangun masjid, tetapi makin banyak masjid makin rosak umat Islam. Masjid jadi tempat berpolitik, tempat mengumpat, tempat berkelahi, tempat membuat fitnah, tempat cari makan, tempat berebut kuasa. Orang yang beribadah kerana fadhilat akhirnya rosak dan akan merosakkan orang lain.

Kita diperintahkan mengerjakan sembahyang dengan tujuan hendak melahirkan berbagai rasa kehambaan, kerana kita adalah hamba. Rasa-rasa kehambaan itu adalah seperti rasa hina, rasa takut, malu, gementar, rendah diri, harap dan bimbang. Rasa kehambaan itu akan menghilangkan sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat jahat yang sangat merosakkan kehidupan manusia. Sembahyang yang benar-benar dihayati dapat membakar dan memusnahkan sifat-sifat ini. Oleh kerana itu kalau di dalam sembahyang tidak dapat melahirkan rasa kehambahan kepada Tuhan maka di luar sembahyang mustahil dapat merasakan sifat kehambaan itu. Apabila sifat kehambaan tidak wujud di hati, maka yang akan mengisi had manusia atau jiwa manusia ialah sifat mazmumah seperti sombong, pemarah, hasad, tamak, dendam, riyak dan lain-lain lagi.

Solat kalau setakat boleh faham rukun dan hafal makna bacaan-bacaannya, itu baru sekadar ilmu sedangkan hikmahnya belum dapat lagi. Belum lahir perasaan-perasaan yang patut ada dalam solat. Kalau solat kita masih di peringkat akal, belum di peringkat perasaan, ia susah untuk mengubah perangai kita.

Bagaimanakah seseorang itu boleh khusyuk dalam solat sampai boleh mendapatkan rasa dan ilmu hikmah melalui solat?

Khusyuk dalam solat itu bukan hanya terjadi di waktu solat sahaja, tetapi ia bermula di luar solat lagi. Di luar solat, asas-asas khusyuk itu sudah ada dalam kehidupan kita. Manakala sewaktu solat, itu hanya menambah sedikit saja perasaan khusyuk yang sudah ada di luar solat. Tetapi kalau di luar solat manusia tidak merasa kewujudan dan kehebatan Allah, maka di dalam solat walau pejam-pejam mata untuk khusyuk, insya-Allah tidak akan dapat khusyuk itu.

BERTADARUS

Bertadarus ertinya membaca Al-Quran beramai-ramai hingga tamat terutama dalam bulan Ramadhan. Hukumnya adalah sunat. Keutamaan bertadarus ialah:

1. Setiap huruf daripada ayat Al-Quran yang dibaca, Allah beri satu kebajikan.

2. Ayat-ayat di dalam Al-Quran banyak berisi ayat memohon keampunan, memohon kebajikan, memohon dijauhi seksaan Neraka dan sebagainya.

Dengan membaca Al-Quran, secara tidak langsung kita berdoa dan memohon dari Allah. Allah akan memberikan sebaik-baik pemberian kepada orang-orang yang meminta.

3. Orang yang berpuasa dan bertadarus, mendapat syafaat dari puasa dan AI-Quran.

Adab Bertadarus

a) Berniat mengerjakan tadarus di bulan puasa adalah kerana Allah.

b) Tumpukan perhatian dan fikiran kepada ayat-ayat yang dibaca.

c) Fahami dan rasailah kebesaran dan kehebatan Allah.

d) Fahamilah kandungan atau ayat yang dibaca.

e) Jauhilah ingatan kepada permasalahan lain.

f) Anggaplah setiap ayat yang dibaca ditujukan kepada diri sendiri.

g) Apa yang dibaca biarlah terkesan di hati. Contohnya ayat yang menyentuh tentang seksaan Neraka, datangkan rasa gerun dan takut di hati akan seksaan Neraka itu dan sebagainya.

h) Bacalah dengan jelas, teratur dan jika boleh dengan tajwid yang betul.

Bagi Yang Tidak Mampu Bertadarus

Orang yang tidak mampu bertadarus atau membaca keseluruhan isi Al-Quran, biasakan membaca surah-surah berikut:

1. Surah Yaasiin yang menjadi jantung Al-Quran.

2. Surah Ar-Rahman yang menjadi gadis pengantin Al-Quran.

3. Surah Al-A'la yang dicintai Rasulullah SAW.

4. Surah Al-Fatihah yang paling mulia dari antara semua surah.

5. Surah Al-Baqarah dan surah Ah Imran yang menjadi penaung di hari kiamat bagi yang membacanya.

6. Surah Al-Kahfi yang pembacanya akan dinaungi malaikat.

7 Surah Al-Mulk yang memberi syafaat kepada pembacanya.

8. Surah "Alif Lam Tanzil" dan Tabarakallazi"yang selalu menjadi bacaan Nabi sebelum tidur.

9. SurahAl-Falaq dan surah An-Nas yang menjadi tempat berlindung diri kepada Allah.

10. Ayat Kursi yang menjadi seutama-utama ayat.

11. Surah Al-Zalzalah yang dipandang separuh dari Al-Quran.

12. Surah Al-Kafirun yang dipandang seperempat dari Al-Quran.

13. Surah Al-Ikhlas yang dipandang sepertiga dari Al-Quran.

LAILATUL OADAR

Erti Al-Qadar ialah kemuliaan atau tempat yang tinggi. Ia merupakan tempat untuk menentukan segala urusan dalam setiap tahun.

Sejarah Lailatul Qadar

Rasulullah SAW apabila memikirkan umur umatnya yang pendek tidak seperti umat-umat terdahulu, baginda menjadi berdukacita. Jika umat ini ingin bertanding dengan umat-umat terdahulu dari segi melakukan amalan-amalan soleh, sudah tentu tidak dapat menandingi amalan-amalan kesolehan mereka. Ini disebabkan umur umat Muhammad begitu pendek, mustahil untuk mengatasi mereka. Oleh itu Allah dengan Rahmat-Nya telah mengurniakan malam Lailatul Qadar kepada umat Muhammad.

Ayat Yang Berkaitan Dengannya

a) Firman Allah:

 

Ertinya: "Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dibandingkan seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Al-Qadar: 1-5)

b) Sabda Rasulullah SAW:

"Barangsiapa melakukan ibadah pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. "

 

Bagaimana Mencarinya

Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Carilah Lailatul Qadarpada malam-malam yang ganjil di dalam sepuluh hari yang terakhir daripada bulan Ramadhan. "

Maksudnya seseorang itu carilah malam Lailatul Qadar pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29. Oleh kerana kita tidak tahu mana satukah malam yang tepat, sebaik-baiknya berjaga malam untuk beribadah dengan harapan supaya bertemu pada salah satu malam. Ini berdasarkan Hadis bersumber dari Abu Dzar r.a.:

"Kami (para sahabat) berpuasa Ramadhan bersama Rasulullah SAV^ sampai malam kedua puluh dua baginda tidak melakukan sembahyang malam bersamaku. Baru malam kedua puluh tiga baginda melakukan sembahyang malam bersamaku hingga sepertiga malam. Pada malam yang kedua puluh empat, baginda tidak melakukannya. Pada malam yang kedua puluh lima baginda melakukannya bersamaku sampai setengah malam. Baginda bersabda: "Sesungguhnya seseorang yang melakukan sembahyang malam bersama imam hingga selesai, maka akan dicatat untuknya malam-malamnya yang lain. " Kemudian pada malam yang kedua puluh enam, baginda tidak melakukannya. Dan pada malam yang kedua puluh tujuh itulah baginda melakukannya, bahkan sampai menyuruh keluarga dan ramai orang berkumpul (solat jemaah) selama hampir semalam suntuk, sampai-sampai kami semua bimbang terlambat makan sahur."

Tanda-Tanda Berlaku Lailatul Qadar

Ubadah bin Samit r.a. pernah bertanyakan Rasulullah SAW mengenai Lailatul Qadar. Antara jawapan baginda:

"Di antara tanda-tanda pada malam itu ialah ianya mempunyai suasana ketenangan dan sedikit kecerahan, tidak kepanasan, tidak kesejukan. Bulan berkeadaan terang tanpa memancar hingga ke Subuh. Tiada panah-panah api yang dilontarkan ke arah syaitan. Tanda yang lain pula ialah matahari di pagi itu akan naik tanpa cahaya yang bersinar kuat, muncul seolah-olah seperti bulan purnama (penuh). Pada hari itu Allah mengharamkan syaitan untuk naik bersama-sama dengan matahari."

Bertemu Lailatul Qadar

Jika tejumpa malam Lailatul Qadar, bacalah doa berikut seperti sabda Rasulullah yang maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku. "

Keutamaan Lailatul Qadar

a) Kata Al-lmam Ar-Razy:

Ketika fajar telah menyinsing pada Qadar, maka malaikat Jibril a. s. berseru: "Hai para malaikat, berangkatlah, berangkatlah!" Mereka sama berkata: "Hai malaikat Jibril, apakah yang diperlakukan oleh Allah terhadap orang-orang Islam dari umat Muhammad pada malam ini?" Kata Jibril: "Sesungguhnya Allah memerhatikan mereka dengan kasih sayang dan telah memaafkan mereka serta mengampuni mereka, kecuali empat orang, iaitu peminum arak, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang memutuskan tali persaudaraan dan orang yang gemar bermusuhan, yakni orang yang selalu suka bertengkar yang tidak mahu berbicara dengan saudaranya lebih dari tiga hari."

b) Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah:

"Tuhanku, aku ingin dekat dengan Engkau. "Firman Allah: "Aku dekat dengan orang yang bangun di malam Qadar. "Kata Nabi Musa a.s.: "Tuhanku, aku ingin rahmat-Mu. " Firman Allah: "Rahmat-Ku bagi orang yang berkasih sayang kepada si miskin pada malam Qadar. " Kata Nabi Musa lagi: "Tuhanku, aku ingin supaya dapat melintasi Siratulmustaaim dengan cepat laksana halilintar. "Firman Allah menjawab: "Yang demikian itu bagi orang yang bersedekah pada malam Qadar."Nabi Musa bermunajat lagi: "Aku mahu duduk teduh di bawah pohon-pohon Syurga serta makan buah-buahannya. " Firman Allah: "Yang demikian itu bagi orang yang bertasbih dengan sungguh-sungguh pada malam Qadar." "Wahai Tuhanku, aku ingin selamat dari neraka. "Firman Allah: "Yang demikian itu bagi orang yang beristighfar atau memohon ampunan kepada Allah pada malam Qadar sampai subuh. "Kata Nabi Musa lagi: "Aku ingin keredhaan-Mu." Allah berfirman: "Keredaan-Ku bagi orang yang mengerjakan solat dua rakaat pada malam Qadar."

c) Nabi SAW bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya setiap saat di malam hari dan di siang hari pada bulan Ramadhan sampai malam Lailatul Qadar, Allah membebaskan para hamba-Nya sebanyak 600,000 dari Neraka, mereka itu dari orang-orang yang seharusnya mendapat seksa. Di malam Lailatul Qadar Dia (Allah) membebaskan hamba-Nya sebanyak jumlah hamba yang dibebaskan dari awal bulan Ramadhan, dan pada Hari Raya, Dia (Allah) membebaskan sebanyak jumlah hamba yang dibebaskan sebulan (Ramadhan) ditambah di malam Lailatul Qadar. "

(Tanbighul Ghofilin)

BERIKTIKAF

Iktikaf dari segi bahasa ialah menahan diri dalam sesuatu atau berketetapan atas sesuatu, baik perbuatan, kebaikan atau kejahatan.

Iktikaf pada istilah syarak ialah: "Tetap berada dalam masjid, berkhalwat di dalam masjid dengan niat mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat."

Dengan ibarat yang lain ialah: "Duduk berhenti sesaat atau lebih di malam hari atau di siang hari sahaja di dalam masjid dengan niat beribadah mentaqarubkan diri kepada Allah."

Ibnu Rajab berkata: "Iktikaf ialah memutuskan hubungan dengan makhluk, untuk menghubungkan diri dengan Khalik (Allah) dengan jalan perkhidmatan atau pengabdian."

Rasulullah SAW berikukaf di sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadar. Baginda menghentikan kegiatan-kegiatan yang lain. Baginda mengosongkan hari dari aneka rupa flkiran dan baginda bertakhalli (berkhalwat) di dalam masjid untuk bermunajat kepada Tuhannya, berzikir dan berdoa.

Rasulullah SAW membuat sebuah khemah kecil dari tikar daun kurma. Di dalamnya baginda berkhalwat dari masyarakat ramai. Kerananya baginda tidak menggauli masyarakat dan tidak berbimbang dengan urusan mereka.

Lantaran itu Imam Ahmad berpendapat; bahawa para muktakif tidak menggauli manusia selama beriktikaf, walau untuk mengajar sesuatu ilmu atau mengajar Al-Quran.

Iktikaf yang dikehendaki syarak ialah dilakukan di dalam masjid, agar tidak tertinggal solat jemaah dan jumaat kerana sesungguhnya khalwat yang menyebabkan tidak dapat menghadiri solat jemaah dan jumaat dilarang.

Pernah ditanyakan kepada Ibnu Abbas tentang orang yang berpuasa di siang hari, berqiam di malam hari, tetapi tidak menghadiri solat Jumaat dan jemaah, Ibnu Abbas menjawab: "Orang itu dalam Neraka."

Khalwat yang disyariatkan Islam ialah iktikaf dalam masjid, istimewa di bulan Ramadhan, terutama di sepuluh hari yang akhir. Kerana itu pengertian yang hakiki dari iktikaf ialah; "Memutuskan hubungan dengan orang ramai untuk mengadakan hubungan langsung dengan jiwa dan raga kepada Allah SWT."

Hukum Iktikaf

Pada dasarnya iktikaf hukumnya sunat dilakukan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meniru perbuatan Rasulullah SAW. Iktikaf sangat dianjurkan kita melaksanakannya terutama pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Pada sepuluh malam yang akhir itulah kemungkinan datangnya malam Lailatul Qadar, yang mempunyai nilai amal lebih dari 1000 bulan.

Iktikaf menjadi wajib jika manusia itu bernazar. Misalnya seseorang bernazar: 'Jika saya disembuhkan Allah dari penyakit ini, saya akan beriktikaf di masjid selama tiga hari."

Nazar ini wajib ditunaikan, sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Siapayang bernazar akan mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaati-Nya. Sesiapa yang bernazar akan berbuat maksiat, maka janganlah dilakukan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ertinya jika bernazar untuk mentaati Allah atau beribadah, nazar tersebut wajib dilaksanakan. Sebaliknya nazar berbuat maksiat tidak boleh dilakukan. Dalam satu hadis lain dari Umar bin Khattab r.a. katanya:

"Ya Rasulullah SAW saya bernazar beriktikaf satu malam di Masjidil Haram." Maka Nabi SAW bersabda: "Tunaikanlah nazarmu itu." (Riwayat Bukhari)

Iktikaf itu suatu Sunnah yang sangat tinggi nilainya. Dari amalan Rasulullah dapat difahami bahawa iktikaf itu suatu ibadah yang disyariatkan. Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap bulan Ramadhan 10 hari yang akhir. Pada tahun baginda wafat. Nabi beriktikaf selama 20 hari yang akhir dari bulan Ramadhan. Para sahabat dan isteri Nabi selalu beriktikaf di bulan Ramadhan, baik di masa Rasulullah masih hidup, mahupun sesudah Rasulullah wafat.

Allah SWT telah menerangkan bahawa Lailatul Qadar ada di bulan Ramadhan sejak dari terbenam matabari sehingga terbit fajar. Di antara jalan untuk mencapai Lailatul Qadar, ialah beriktikaf di malam hari. Rasulullah SAW selalu menanti atau menyambutnya dengan ibadah atau mewujudkan suasana kejiwaan yang sesuai dengan saat turunnya para Malaikat untuk mengunjungi hamba Allah di muka bumi ini.

Rasulullah selalu beriktikaf pada 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Baginda masuk masjid sebelum terbenam matahari menjelang malam 20 atau 21 Ramadhan.

Iktikaf di dalam masjid benar-bertar menyiapkan diri, menumpukan flkiran kepada ibadah untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar. Masalah iktikaf ini diterangkan Allah dalam Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 187. Sebenarnya iktikaf ini syariat yang lama telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s.

Syarat-syarat Iktikaf

Orang yang beriktikaf itu seharusnya seorang muslim, mumayyiz (dapat bezakan yang baik dengan yang buruk, yang hak dengan yang batil), suci dari hadas besar (junub, haid dan nifas). Ertinya tidak sah beriktikaf orang kafir, anak kecil yang belum mumayyiz, orang yang berjunub, wanita yang dalam haid dan bernifas.

Rukun-rukun Iktikaf Rukun iktikaf ialah:

1. Niat kerana Allah Taala.

Oleh kerana iktikaf di dalam masjid adalah merupakan ibadah, hendaklah dilakukan dengan niat beribadah kerana Allah. Firman Allah:

 

Ertinya: "Dan tidaklah mereka disuruh melainkan untuk menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang lurus. " (Al-Bayyinah: 5)

2. Beriktikaf di dalam masjid

Hakikat iktikaf ialah berdiam menetap di dalam masjid dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika berdiam menetap itu tidak di dalam masjid dan tidak disertai dengan niat, bukanlah iktikaf namanya. Hal ini bersandarkan hadis dari Aisyah r.a. yang sangat panjang, yang antara lain disebutkan:

"Dan sunnah bagi seorang yang melakukan iktikaf untuk tidak keluar dari masjid, kecuali untuk keperluan yang bersifat manusiawi (terbatas pada buang air kecil atau besar), dan tidaklah dikatakan iktikaf kecuali bila dilakukan dalam masjid secara berjemaah."

BERSEDEKAH

Bersedekah di dalam bulan Ramaqan amat dituntut dan mendapat ganjaran berlipat ganda. Amalan bersedekah boleh dilakukan dengan menjamu orang berbuka puasa, jamuan selepas solat tarawih, memberi makanan untuk bersahur dan seumpamanya.

Bersedekah dengan wang ringgit dan harta kepada mereka yang memerlukan akan meringankan bebanan mereka untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Selain daripada itu bersedekah untuk persiapan hari raya juga suatu amalan yang mulia, iaitu dengan memberi pakaian yang baru, kuih-muih, wang ringgit dan apa sahaja yang mereka perlukan untuk menyambut hari raya.

Bulan Ramadhan memberi kita banyak peluang untuk bersedekah dan berderma. Seterusnya memberi peluang kita menjadi seorang yang pemurah, dan berakhlak mulia.

=== sekian ===

Hootoh Salam Ramadhan

Salam Ramadhan,
Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan. Kata Mutiara Islam dan Ucapan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan. Demi Penghayatan Kelebihan Bulan Ramadhan yang Mulia. Beberapa ungkapan indah sempena bulan puasa ini merujuk laman Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan.
Setitis Embun di Pagi hari, Jatuh di atas Bunga Melati. Inilah waktunya untuk perbaiki diri. Di Bulan yang suci, Taqwa dan Taubat sentiasa di hati. Ucapan dan Kata Mutiara Bulan Ramadhan, Selamat menjalankan Ibadah Puasa, semoga kita semua diberkati di Bulan yang penuh Mahrifah ini.
Penuh Ukhwah — Hootoh Blog Tudia™

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer