03 Kewajipan Berpuasa Sebulan Ramadhan






Untitled Document



PUASA sebulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga. Setiap orang Islam wajib menunaikan puasa di bulan Ramadhan apabila cukup syarat-syaratnya. Kewajiban berpuasa jelas disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT:

 

Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa (terpelihara dari kejahatan). " (Al-Baqarah: 183)

Semua umat Islam diwajibkan berpuasa dan untuk memulakan berpuasa, keputusan itu hendaklah berpandu kepada kelihatannya anak bulan Ramadhan atau melalui kiraan sahaja. Sabda Rasulullah SAWyang bermaksud:

"Berpuasalah semasa kamu melihatnya dan berbukalah semasa melihatnya. Apabila bulan dilindungi awan hendaklah sempurnakan Syaban 30 hari."

 

PENGERTIAN PUASA

Puasa di dalam bahasa Arab disebut: 'Asy-Syiyaam'atau 'Asy-Syaum' sebagaimana diungkapkan di dalam firman Allah SWT:

 

Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa (terpelihara dari kejahatan). " (Al-Baqarah: 183)

Puasa disebut juga al-imsak yang ertinya iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu. Pokoknya puasa itu menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari. Dalam tafsiran Al-Manaar II: 143, bermaksud:

"Menahan diri dari makan, minum dan bersetubuh, mulai dari terbit fajar hingga masuk waktu Maghrib kerana mengharap redha Allah dan untuk mempersiapkan diri agar bertaqwa kepada Allah dan mendidik kemahuan meninggalkan rangsangan syahwat, supaya kuat peribadinya meninggalkan segala yang mudarat dan yang diharamkan. "

Imam Ash-Shan'aniy dalam kitab Subulus Salaam II: 151 menjelaskan:

"Menahan diri dari makan, minum, jimak dan lain-lain yang telah datang perintah (untuk menahan diri daripadanya) pada siang hari menurut cara yang disyariatkan. Disertai pula menahan diri dari perkataan yang tidak berguna, perkataan yang kotor dan perkataan-perkataan yang diharamkan dan yang dimakruhkan pada waktu tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu."

Puasa juga dianggap sebagai amalan meningkatkan taqwa kerana ia bermaksud; 'ketaatan yang timbul daripada rasa takut kepada Allah yang akan membantu menghindarkan kejahatan'.

Berpuasa ertinya menahan keinginan nafsu untuk makan, minum dan nafsu syahwat. Perbuatan ini boleh mendidik manusia menjadi seorang yang sabar dan redha. Manusia boleh menahan kemahuan-kemahuan nafsunya daripada melakukan tegahan-tegahan Allah.

Ibadah puasa tergolong kepada ibadah badaniyah dan maliyah. Bahkan merupakan ibadah yang berfungsi mendidik jasmani supaya menjadi jasmani yang sihat dan kuat. Juga mendidik rohani supaya menjadi rohani dan jiwa yang suci dan bersih. Di samping itu juga ibadah puasa berhajat kepada benda, terutama bagi yang tidak mampu berpuasa, dituntut menggantinya dengan membayar fidyah.

Berbeza dengan sembahyang yang hanya didirikan dalam waktu yang singkat, puasa waktunya cukup lama dari terbit fajar sehingga terbenam matahari (lebih kurang 14 jam). Berbeza dengan zakat yang diwajibkan ke atas orang yang kaya dan memiliki harta yang cukup nisab dan cukup haul (setahun). Berbeza dengan ibadah haji yang hanya diwajibkan bagi orang yang berkemampuan dan sekali seumur hidup.

Puasa diwajibkan kepada setiap orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, kaya atau miskin, orang berpangkat atau rakyat biasa, Pemimpin Negara atau rakyat jelata, dan sesiapa sahaja yang cukup syarat-syaratnya. Semuanya diwajibkan berpuasa, kecuali yang dapat keringanan dan kelonggaran (rukhsah) kerana sakit, musafir dan seumpamanya. Lantaran itulah puasa dinamakan ibadah yang ... baik perlaksanaannya mahupun hikmah yang dihasilkannya.

Kesempurnaan berpuasa pada zahirnya diukur pada cukupnya syarat wajib berpuasa, melaksanakan rukun, melakukan sunat, menjauhi yang makruh, meninggalkan perkara yang membatalkan, mengikuti adab-adab berpuasa. Seterusnya menghidupkan roh berpuasa dengan menjaga tatasusila berpuasa di sudut hati dan jiwa.

 

HIKMAH BERPUASA

1. Menyihatkan Badan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Berpuasalah kamu nescaya kamu sihat."

Dari segi kesihatan puasa dapat mengurangkan berat badan yang membawa pelbagai penyakit yang berbahaya kepada kesihatan. Rasulullah SAW bersabda:

"Perut besar merupakan gedung penyakit."

Oleh itu puasa mempunyai dua keistimewaan yang utama; iaitu keredhaan Allah Taala dan kesihatan jasmani dan rohani. Orang yang banyak berpuasa tidaklah perlu kepada berjoging atau mengadakan gerak badan khas bagi mengurangkan atau mengawal berat badannya.

Nikmat kesihatan hanya terbukti apabila kita berpuasa dengan ertikata yang sebenar. Ketika berbuka makan sekadarnya dan tidak makan terlalu kenyang dan banyak jenis. Begitu juga makan sahur makan sekadarnya dan tidak terlalu kenyang atau makan makanan yang memudaratkan.

2. Mendapat keampunan daripada Allah SWT

Berpuasa dapat menjaga diri daripada jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat. Rasulullah SAW ada menyebutnya di dalam hadis yang bermaksud:

"Orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana didorong oleh rasa keimanan kepada Allah dan dengan penuh kesedaran diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu. "

Dari Ibnu Mas'ud diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud:

"Manakala tiba hari raya, Allah membebaskan dari dosa enam puluh ribu orang sebanyak tiga puluh kali seperti yang dia lakukan pada seluruh bulan."

3. Dapat mengendalikan syahwat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Hai golongan pemuda, siapa di antara kamu yang mempunyai kesanggupan hendaklah dia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan. Dan siapa yang tidak mampu hendaklah ia berpuasa, kerana puasa dapat mengendurkan syahwat." (Riwayat Syaikhaan)

4. Melahirkan persamaan taraf

Dari sudut kemasyarakatan puasa itu melahirkan persamaan antara orang yang kaya dan yang miskin, antara raja, penguasa, pemimpin negara dan rakyat biasa. Persamaan ini dapat dirasai kerana sarna-sarna berpuasa, menahan lapar, haus dan sebagainya.

5. Melatih berdisiplin dalam kehidupan

Suasana berpuasa yang berbuka pada waktu yang sama, tidak ada yang mencepatkan atau menangguhkannya mendisiplinkan kehidupan individu dan masyarakat.

6. Melatih beribadah semata-mata kerana mengharap redha Allah SWT

Berpuasa ialah amalan yang dibuat semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Sanggup menanggung kesusahan menahan lapar dan dahaga serta menahan nafsu syahwat semata-mata kerana Allah.

7. Melatih hidup hemat dan sederhana

Berpuasa yang sebenar mengikut sunnah Rasullah SAW ialah supaya bersederhana. Ketika berbuka disuruh berbuka dengan makanan dan minuman yang sederhana. Cukup dengan beberapa butir kurma dan segelas air. Semasa sahur juga disuruh bersederhana tidak boleh makan berlebih-lebihan. Jika saranan Rasulullah SAW diikuti bererti puasa berjaya mendidik orang hidup hemat dan sederhana.

8. Mendatangkan rasa insaf

Mendatangkan rasa insaf dan belas kasihan orang-orang kaya atau berada terhadap golongan melarat dan miskin yang sentiasa menderita lapar dan dahaga. Menginsafkan diri, bahawa kita ini adalah hamba Allah dan lemah di sisi-Nya.

9. Dijauhkan dari api Neraka

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah berpuasa searang hamba satu hari fisabilillah,melainkan Allah akan menjauhkan diri orang itu dari api neraka selama tujuh puluh tahun. " (Riwayat Jamaah kecuali Abu Daud)

10. Mendapat syafaat

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Puasa dan Al-Quran itu akan memberi syafaat bagi seorang hamba di hari Kiamat. Berkata puasa: 'Ya Tuhan, aku menyebabkan dia menahan makan dan syahwatnya di siang hari, maka berilah izin untuk memberi syafaat untuknya.' Dan berkata Al-Quran: Aku mencegahnya tidur di malam hari, sebab itu izinkanlah aku memberi syafaat untuknya.' Maka syafaat keduanya diterima oleh Allah. " (Riwayat Ahmad dengan sanad yang sahih)

 

SYARAT WAJIB PUASA

Syarat-syarat yang mewajibkan seseorang itu berpuasa ialah:

1. Orang Islam - tiada wajib ke atas orang bukan Islam.

2. Baligh - tidak wajib ke atas kanak-kanak.

3. Berakal tidak wajib ke atas orang gila.

4. Suci daripada haid dan nifas.

5. Tahan berpuasa - bukan orang yang terlampau sakit, atau terlampau tua yang tidak tahan berpuasa.

6. Menetap (tidak musaftr).

Syarat Sah Puasa

1. Islam

2. Suci daripada haid dan nifas.

3. Mumaiyiz (dapat membezakan mana yang baik dan buruk)

4. Berpuasa pada masanya.

Wajib Mula Berpuasa Apabila:

a. Melihat anak bulan Ramadhan iaitu secara rukyah.

b. Mendengar dari orang yang adil tentang anak bulan sudah kelihatan.

c. Dengan mencukupkan 30 hari pada bulan Sya'ban.

d. Dengan hisab ahli falak.

 

RUKUN PUASA

1. Niat untuk berpuasa. Ianya harus dilakukan di malam hari. Dari Ibnu Umar r.a. Nabi bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum Jajar maka tidak ada puasa sama sekali baginya (tidak sah puasanya). "

Berniat pada malam hari untuk mengerjakan puasa pada esok harinya.

Lafaz niat malam pertama:

 

Ertinya: "Sahaja aku puasa esok hari sebulan Ramadhan bagi tahun ini ktrana Allah Taala."

Lafaz niat setiap malam:

 

Ertinya: "Sahaja aku puasa esok hari, pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."

2. Menahan diri dari makan, minum, bersetubuh dan muntah, serta menjauhi segala perkara yang membatalkan puasa, mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Adab-Adab Ketika Berpuasa

a) Menjaga anggota lahir seperti mulut daripada mengumpat, mencaci dan segala perkataan yang kotor.

b) Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman ketika berbuka dan bersahur.

c) Menjauhi tidur berlebihan di siang harinya.

d) Mengawal hati dan akal fikiran dari memikirkan keinginan yang hina dan kotor.

e) Berharap agar segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan itu diterima Allah.

Amalan-amalan Sunat Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Amalan-amalan sunat ketika di bulan Ramadhan sangat istimewa, hanya ketika itulah digalakkan kita melakukan amalan tersebut. Pahala melakukan amalan sunat ketika itu berlipatganda dan mendapat ganjaran yang istimewa. Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Salman Al-Farisi r.a. berkata:

Rasulullah SAW berkhutbah pada akhir bulan Sya'ban dan bersabda baginda:

"Hai semua manusia, telah tiba kepadamu bulan yang besar dan berkat, bulan yang mengandungi lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang diwajibkan oleh Allah kepada hamba-Nya supaya berpuasa dengan bangun malam hanya sunat, maka siapa yang mengerjakan yang sunat dalam bulan itu, maka sama dengan orang yang mengerjakan fardu di lain bulan dan siapa yang mengerjakan fardu di bulan itu bagaikan tujuh puluh fardu di lain-lain bulan. Dan ia bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah Syurga dan ia sebagai bulan bantuan dan pertolongan dan bulan yang ditambahkan padanya rezeki orang mukmin, sesiapa yang memberi buka puasa kepada orang-orang yang berpuasa mendapat pahala bagaikan memerdekakan budak dan menjadi pengampunan bagi dosa-dosanya. "

1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu Maghrib. Sunat berbuka dengan buah kurma dan segelas air. Hadis Qudsi yang bermaksud:

"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka. " (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmizi)

2. Bacalah doa ketika berbuka:

Ertinya: "Ya Allah, untuk Engkaulah puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih. "

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh. Jabir r.a. menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

"Barangsiapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit. " (Riwayat Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan. Solat Tarawih pada setiap malam Ramadhan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadhan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada sepuluh hari terakhir Ramadhan. Hadis Riwayat Imam Ahmad yang maksudnya:

"Pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan), Rasulullah lebih tekun mendirikan sembahyang melebihi hari-hari yang lain."

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Dalam suatu hadis yang bermaksud:

"Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, baginda selalu melakukan sembahyang malam, membangunkan keluarganya dan dengan mengencangkan kainnya (sarung)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Memperbanyakkan sedekah. Bersumber dari Ibnu Abbas r.a. sebagaimana yang tersebut dalam sahih Bukhari dan Muslim dikatakan:

"Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan, lebih dermawan lagi jika baginda berada di bulan Ramadhan, iaitu manakala baginda bertemu dengan Jibril untuk membacakan (mengajari) A l-Qxiran, Jibril menemui baginda setiap malam Ramadhan lalu Jibril membacakan (mengajar) Al-Quran. Maka sesungguhnya Rasulullah SAW di kala ditemui Jibril adalah termasuk orang yang paling dermawan dalam soal kebajikan, lebih dermawan dibandingkan angin yang dilepas."

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikitpun. "

12. Menjauhi perkataan yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila para malaikat beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadhan kerana mengharap keredhaan Allah SWT. Hadis riwayat Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadhan kerana iman dan mencari reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lewat akan diampuni. "

BERBUKA PUASA

Setelah berpuasa sepanjang hari, kita disuruh berbuka apabila masuk waktu Maghrib (terbenam matahari). Allah SWT menyukai mereka yang segera berbuka berdasarkan antaranya:

a) Hadis Qudsi:

"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka. " (Riwayat Imam Ahmad den Tarmizi)

b) Dari Ibnu Abbas r.a., katanya bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Kami golongan para nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur kami. "

c) Berdoa ketika berbuka. Doa lain ketika berbuka puasa ialah:

 

Ertinya: "Wahai Allah, untuk Engkaulah aku berpuasa dan atas rezeki Engkau aku berbuka. Telah hilang dahaga dun telah basah urat-urat dan semoga tetaplah pahala, Insya-Allah Taala."

d) Tentang makanan untuk berbuka, Anas r.a. berkata:

"Rasulullah SAW suka berbuka dengan tiga buah kurma atau dengan sesuatu yang tidak dimasak dengan api. "

Sabda Nabi SAW lagi yang bermaksud:

"Apabila salah seorang di antara kamu berbuka, maka hendaklah ia berbuka dengan lamar (kurma kering). Jika tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berbuka dengan air, kerana sesungguhnya air itu suci dan mensucikan. " (Riwayat: Imam Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

Pernah Rasulullah SAW berbuka dengan minum seteguk air, dua kali atau tiga kali teguk. Baginda tidak minum sampai habis. Khasiat buah kurma ialah ia mempunyai rasa manis, sangat sesuai untuk orang yang berbuka. Ia mengingatkan perut masih dalam keadaan kosong. Kurma termasuk makanan yang mudah dicerna. Makanan yang tidak disentuh api lebih disukai kerana ia bukan termasuk daripada jenis makanan penghuni Syurga kelak.

e) Sunat berbuka sebelum sembahyang Maghrib. Dari Anas r.a. Nabi bersabda yang maksudnya:

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW melakukan sembahyang Maghrib terlebih dahulu sebelum berbuka, sekalipun hanya seteguk air."

Sunat Ketika Berbuka

1. Elakkan makan terlalu banyak sehingga perut sesak dan sukar bernafas.

2. Jauhi menyediakan beraneka makanan sehingga membazir.

3. Makanan tidak terlalu pedas kerana mungkin mudarat kepada perut.

4. Elakkan selalu makan makanan yang berdaging kerana sistem penghadaman yang tidak sesuai pada waktu malam.. Sebaliknya makan makanan yang senang hancur.

5. Berbuka alakadar selepas sembahyang Maghrib. Sambung makan semula sesudah solat.

6. Hentikan makan sebelum terlalu kenyang.

 

BERSAHUR

Bersahur ertinya memakan makanan sebelum menjelang fajar. Masa yang tepat untuk bersahur ialah dua jam yang terakhir. Makan pada masa yang terlewat ganjarannya adalah lebih besar daripada bersahur terlalu awal. Sabda Rasulullah SAW yang ertinya:

"Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu terdapat berkah. " (Muttafaq alaih)

Bersumber dari Abi Said. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

"Setiap makan sahur adalah mengandung barkah, maka janganlah kamu tinggalkan sahur. Sekalipun hanya dengan meminum seteguk air hendaknya itu lakukan oleh salah seorang di antara kamu. Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung dan malaikat-Nya sama membaca selawat atas orang-orang yang makan sahur. " (Riwayat Imam Ahmad)

Maksud hadis yang lain:

"Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah dengan buah kurma. "

Bersumber dari Anas, Nabi SAW bersabda:

"Makanlah sahur walaupun hanya dengan seteguk air. "

Hikmah Bersahur

Mengikut Ibnu Hajar di dalam ulasannya terhadap Sahih Bukhari iaitu dengan bersahur:

a) Kita dapat melaksanakan salah satu daripada sunnah Nabi SAW iaitu bersahur.

b) Dapat memberi kekuatan untuk kita beribadah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bersahurlah kamu dan kuatkanlah puasamu. Dan tidurlah kamu selepas tengah hari supaya memperolehi keampunan untuk bangun di bahagian akhir malam untuk beribadah. "

c) Mendapat berkat yang sangat besar. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Inilah perkara (bersahur) yang penuh dengan keberkatan di mana Allah telah mengurniakannya ke atasmu. "

d) Membantu menghilangkan kemarahan yang biasanya terjadi hasil daripada berlapar (berpuasa).

e) Doa-doa diperkenankan pada waktu bersahur.

f) Ketika bersahur inilah berpeluang untuk mengingati Allah, berzikir dan berdoa.

Sunat Ketika Bersahur

a) Elakkan makan terlalu banyak hingga sendat perut. Kononnya untuk mengekalkan rasa kenyang.

b) Elakkan serta-merta makan sahur sesudah bangun tidur.

c) Elakkkan serta-merta tidur setelah selesai makan sahur.

d) Perlu ada masa rehat, antara bangun tidur dengan makan sahur. Juga perlu ada masa rehat antara makan sahur dengan tidur semula.

e) Peliharalah waktu makan sahur jangan sampai terlajak.

f) Hendaklah disediakan hidangan makanan untuk bersahur.

 

PERKARA YANG DIMAAFKAN KETIKA BERPUASA

1. Makan, minum atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga kerana terlupa.

Barangsiapa makan kerana lupa atau menyangka belum fajar atau menyangka matahari telah terbenam, puasanya tetap sempurna. Diriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa lupa padahal ia berpuasa, lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya. Hanyasanya Allah telah memberi makan kepadanya dan telah memberi minumnya."

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"Bahawasanya Allah tiada menyalahkan umatku kerana mengerjakan sesuatu kerana kesalahan (kesilapan) kerana lupa dan kerana dipaksa. "

Berdasarkan hadis ini, orang yang dipaksa berbuka, perempuan yang disetubuhi dalam tidur atau dipaksa atau dalam keadaan tidak sedarkan diri (pengsan) dan orang yang dicurahkan air ke dalam halqumnya ketika tidur, puasanya tetap sah. Kesalahan itu dimaatkan kerana ia dilakukan tidak sengaja dan bukan dengan niat bahkan dengan keadaan tidak rela.

2. Memasukkan satu benda ke dalam rongga dengan sebab tidak tahu perkara itu boleh membatalkan puasa.

3. Menelan air liur kerana teringin kepada makanan.

Tiada dalil yang sahih yang melarang seseorang yang berpuasa itu untuk menelan air liurnya. Sebenarnya air liur adalah kelenjar bagi kerongkong. Jika terus menerus dibuang, akan keringlah kerongkong dan akan mendatangkan masalah dalam melaksanakan puasa.

Ada pula pendapat yang mengatakan boleh mengunyah makanan untuk anak tanpa menelannya. Hasan biasa memamahkan kelapa untuk cucunya. Sedang Ibrahim menganggapnya sebagai suatu kelonggaran (rukhsah).

4. Masuk debu atau tepung yang halus ke dalam rongga.

Menelan debu jalanan atau tepung yang halus atau lainnya dengan tidak sengaja dimaafkan kerana perkara tersebut tidak dapat dielakkan.

5. Masuk lalat atau nyamuk ke dalam rongga dengan sendirinya.

Perkara Yang Mengurangkan Pahala Puasa

1. Bercakap dusta, bohong dan sia-sia.

2. Mengumpat, mengata-ngata orang di atas perkara-perkara yang dibenci oleh orang itu atau menceritakan hal ehwal orang lain.

3. Mengadu domba.

4. Bersumpah bohong.

5. Melihat kepada perempuan atau khunsa dengan syahwat.

6. Marah, bertengkar, bergaduh dan seumpamanya.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Jika berniat hendak berbuka puasa.

2. Makan, minum dan melakukan persetubuhan dengan sengaja.

3. Memasukkan sesuatu ke dalam salah satu rongga seperti hidung, mulut, dubur dan qubul.

4. Muntah dengan sengaja seperti menjolok anak tekak.

5. Datang haid ketika berpuasa.

6. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.

7. Bersalin ketika berpuasa.

8. Hilang akal sebab gila atau mabuk.

9. Murtad atau keluar dari agama Islam.

 

PERKARA YANG MAKRUH KETIKA BERPUASA

1. Berkumur-kumur dan menggosok gigi selepas sahaja tengahari.

2. Memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan.

3. Menghidu wangi-wangi atau sesuatu yang menyelerakan.

4. Merasa makanan dengan lidah walaupun tidak ditelan. Dibolehkan merasa makanan di hujung lidah dan meluahkannya semula, tetapi makruh hukumnya.

Berkata Ibnu Abbas r.a.: "Tidak mengapa jika ia merasai makanan yang asam atau sesuatu yang hendak dibelinya."

5. Mengunyah benda keras yang tidak boleh hancur seperu getah dan sebagainya.

Orang Yang Dimakruhkan Berpuasa

1. Orang yang sangat sakit yang boleh membawa mudarat.

2. Orang yang sangat tua yang boleh membawa mudarat.

3. Orang yang ada baginya qada (dibolehkan qada) tetapi dikerjakan puasa.

4. Perempuan yang mengandung dan boleh membawa mudarat pada dirinya.

Orang Yang Tidak Diwajibkan Berpuasa

1. Orang bukan Islam. Kalau memeluk agama Islam, baharu wajib berpuasa, tetapi tidak wajib qada atas puasa yang ditinggalkannya sebelum Islam.

2. Orang murtad, setelah bertaubat baharu wajib berpuasa dan wajib qada puasa yang ditinggalkannya semasa murtad.

3. Orang sakit yang tidak tahan berpuasa, dibolehkan tidak berpuasa tetapi wajib qada selepas sembuh. Jika sakit yang tiada harapan sembuh, tidak wajib qada, tetapi wajib membayar fidyah atas puasa yang ditinggalkannya.

4. Orang yang lemah badannya, dibolehkan tidak berpuasa dan wajib qada setelah pulih.Jika keadaannya berterusan sepanjang tahun, tidak wajib qada tetapi wajib bayar fidyah.

5. Orang musafir bukan untuk maksiat, tetapi wajib qada setelah menetap di tempatnya.

6. Orang yang tersangat tua, dibolehkan tidak berpuasa dan tidak wajib qada, tetapi wajib membayar fidyah atas puasa yang ditinggalkannya.

7. Perempuan yang sedang haid dan nifas, tidak wajib puasa tetapi wajib qada atas puasa yang ditinggalkannya.

8. Perempuan yang hamil dan sedang menyusukan anak, dibolehkan tidak berpuasa, tetapi wajib qada sesudah tidak menyusukan atau tidak hamil. Jika sepanjang tahun masih dalam keadaan hamil atau menyusukan anak, tidak wajib qada, tetapi wajib fidyah atas puasa yang ditinggalkannya.

9. Orang yang menyelamatkan nyawa seperti orang lemas, terbakar, rumah runtuh dan sebagainya, boleh tidak puasa, tetapi wajib qada atas puasa yang ditinggalkan itu dan membayar fidyah.

WAJIB IMSAK

Imsak ertinya menahan diri dari makan dan minum dan apa juga perkara-perkara yang, menyedapkan pada siang hari Ramadhan, sedangkan ia tidak berpuasa. Imsak itu wajib bagi:

1. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja.

2. Orang yang terlupa niat pada malam hari.

3. Orang yang menyangkakan telah masuk matahari lalu ia berbuka kemudian nyata masih siang lagi.

4. Orang yang syak pada hari 30 Sya'ba-i kemudian nyata kepadanya hari itu 1 Ramadhan.

5. Orang yang berlebih-lebihan berkumur hingga terteguk.

Gugur Fardu Puasa Dan Imsak

1. Kanak-kanak yang belum baligh.

2. Orang yang gila pada ketika sembuhnya.

3. Orang yang (sebelumnya) kafir, pada ketika ia masuk Islam.

4. Orang yang di dalam pelayaran; ketika ia sampai ke tempatnya.

5. Orang yang sakit apabila ia baik dari sakitnya.

 

CARA MENGQADA PUASA

Golongan yang dibenarkan berbuka puasa kerana sesuatu sebab atau keringanan yang diberi (rukhsah) wajib mengqada puasanya. Misalnya orang yang sakit, wajib qada bila sembuh dari sakitnya. Orang yang bermusafir wajib mengqada puasanya bila ia kembali ke tempatnya. Cara mengqadanya ada disebut di dalam Al-Quran, firman Allah SWT:

Ertinya: "Maka jika ada di antara kamu sakit atau dalam perjalahan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain." (Al-Baqarah: 18.4)

Mengqada puasa boleh berturut-turut atau secara terpisah (beransur-ansur). Jika melambatkan qada sehingga tiba Ramadhan berikutnya ada dua pendapat. Pendapat Mazhab Hanafi dan Hasan Basri, puasa Ramadhan dahulu kemudian baru diqada puasa tersebut dan tidak perlu membayar fidyah.

Menurut pendapat Imam Malik, Syafie, Ishak sepakat dengan golongan Hanafi, hanya mengqada puasa yang tinggal jika tidak dapat diqada kerana ada halangan. Sebaliknya mereka sepakat mengatakan wajib mengqada puasa yang tinggal dan membayar fidyah jika menangguhkan qada tanpa sebab.

Mengqada Puasa Orang Yang Sudah Mati

Orang yang meninggal dunia dan tidak sempat mengqada puasanya, menjadi tanggungjawab orang yang hidup untuk mengqadakannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang mati sedang atasnya ada puasa (yang ditinggalkannya), dipuasakan untuknya oleh walinya. " (Muttafaq 'Alaih)

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis 'ain yang maksudnya:

"Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, .sedang dia wajib rnengqada puasa satu bulan, apakah boleh saya mengqadanya atas namanya?"

Jawab Rasulullah SAW "Seandainya ibumu mempunyai hutang, apakah akan engkau bayar, hutangnya itu ? "

Jawab lelaki itu: "Tentu. " Sabda Rasulullah: "Maka hutang kepada Allah lebih patut untuk dibayar. "(Riwayat Ahmad dan Ashhabus Sunnah)

Berdasarkan hadis-hadis tersebut terjadilah perbezaan. Di antaranya ialah:

1. Golongan ahli hadis dan sekelompok ahli hadis dari kalangan Syafieyah, Abu Tsaur menyalakan; "Bahawa wali dapat membayarkan puasa si mati dengan berpuasa, baik puasa yang tinggal itu puasa Ramadhan, nazar atau bukan." Shadiq, Nashir, Muayyid billah, Auza'i, Ahmad bin Hanbal dan Syafie dalam, salah-satu pendapatnya berpendapat demikian juga.

Berkata Baihaqi: "Ini adalah sunnah yang tsabit, tidak saya ketahui adanya perbezaan pendapat dalam hal ini antara ahli hadis dan tentang kesahihan hadis tersebut."

2. Jumhurul ulama berpendapat bahawa mengqadakan puasa si mati atas wali hukumnya tidak wajib. Imam Haramain dan para pengikutnya menyatakan, telah ijmak para ulama atas hal yang demikian.

3. Ahluz Zahir berpendirian, wajib hukumnya atas wali membayarkan puasa si mati itu.

4. Abu Hanifah, Malik dan Syafie dalam qaulul jadidnya, bahawa tidak boleh dipuasakan sama sekali oleh walinya. Pendapat ini dipegang oleh Zaid bin Ali dan Al-Hadi dan Al-Qasim. Golongan ini berpegang kepada hadis dari Ibnu Abbas r.a. ujarnya:

"Tidak boleh orang mendirikan sembahyang atas nama orang lain, dan tidak boleh orang berpuasa atas nama orang lain. " (Riwayat An-Nasai dengan isnad yang sahih)

5. Al-Laits, Ahmad, Ishak, Abu Ubaid menyatakan bahawa tidak boleh dipuasakan oleh wali kecuali puasa nazar.

Hadis dalam hal ini berserta hadis tambahan lainnya menunjukkan bahawa boleh seorang wali mempuasakan puasa. Orang yang telah mati dan meninggalkan puasa, puasa apapun namanya. Berkata Nawawi r.a.: Terjadi perbezaan faham para ulama tentang orang yang mati dan meninggalkan puasa yahg wajib (puasa Ramadhan), puasa qada atau nazar atau lainnya, apakah boleh diqada atau dibayar oleh orang lain."

Membayar Fidyah Orang Yang Sudah Meninggal Dunia

Mengenai orang yang meninggal dunia dan tidak sempat mengqada puasanya, adakah wajib dibayar fidyah oleh orang yang hidup, ada dua pendapat:

1. Pendapat yang mengatakan wajib dibayarkan fidyahnya. Pendapat ini berdasarkan hadis dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Siapa yang meninggal dunia sedang ia wajib puasa Ramadhan (yang ditinggalkannya), maka hendaklah diberi makan alas namanya setiap hari seorang miskin. " (Riwayat Tarmizi)

Pada hadis lainnya dari Ibnu Abbas r.a. ujarnya:

"Apabila sakit seorang lelaki dalam bulan Ramadhan, kemudian dia meninggal dunia padahal dia tidak berpuasa, diberi makanlah (orang miskin) atas namanya. Dan tidak . wajib qada. Dan jika puasa nazar hendaklah diqadakan oleh walinya. " (Riwayat Abu Daud)

Cara Membayar Fidyah

Orang-orang yang dibolehkan berbuka puasa, kerana tidak mampu lagi untuk melakukannya, ialah:

1. Lelaki atau perempuan yang sudah sangat tua yang tidak mampu berpuasa.

2. Orang yang sakit berterusan, yang tiada harapan sembuh lagi.

S. Orang-orang yang bekerja berat, seperu orang-orang yang bekerja di kuari batu atau orang hukuman yang dihukum kerja paksa.

4. Wanita hamil.

5. Wanita yang menyusukan anak.

Mereka dibenarkan berbuka puasa dan sebagai gantinya mereka diwajibkan membayar fidyah. Hal ini disebut di dalam Al-Quran:

Ertinya: "Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankan (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah (iaitu) memberi makan seorang miskin." (AL-Baqarah: 184)

Ayal di atas hanya menyebut "memberi makan seorang miskin", tidak dijelaskan sukatannya. Oleh itu terjadi perbezaan pendapat, ada yang mengatakan satu sha' (4 kati), ada setengah sha' (2 kati) dan ada yang mengatakan satu mud (kira-kira 0.5kg). Ianya bergantung kepada makanan seorang miskin menurut keadaan setempat setiap harinya.

Pembayaran fidyah ini dapat dilakukan sekaligus di dalam bulan Ramadhan ataupun di luar Ramadhan, menurut kesanggupan dan kemampuan orang tersebut. Namun demikian oleh kerana membayar fidyah itu adalah hutang dan wajib dibayar, eloklah dibayar secepatnya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi esoknya dan bila kita akan mau. Firman Allah SWT:

 

Ertinya: "Dan tidak seorangpun yang mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tidak seorang-pun yang mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguh-nya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenai " (Surah Luqman: 34),

Sebaiknya sebelum kita mati, kita telah dapat membayar hutang, sarna ada hutang dengan Allah atau manusia. Hutang dengan Allah dengan mengqada sembahyang atau puasa yang ditinggalkan, membayar zakat dan menunaikan haji jika cukup syaratnya. Hutang dengan manusia berupa wang atau harta dikembalikan dan meminta maaf jika menyakitinya.

PERINGKAT PUASA

Untuk mengetahui sejauh manakah kita telah sampai kepada peringkat kesempurnaan puasa sebagaimana yang Allah kehendaki, kita perlu tahu peringkat-peringkat puasa. Puasa menuntut kita bersabar sebagaimana sabda Rasulullah SAWyang bermaksud:

"Puasa itu separuh dari kesabaran. "

Firman Allah SWT:

 

Ertinya: "Hanyasanya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan. " (Az-Zumar: 10)

Menghadapi Puasa

Bagi orang-orang mukmin sejak dari dulu sampai sekarang mereka berhadapan dengan Ramadhan tak sama. Mereka ada perasaan-perasaan tersendiri. Maksudnya perasaan itu datang berbezat dengan bulan-bulan yang lain. Jadi rasa yang berbeza dari bulan yang lain itu mesti ada kerana istimewanya Ramadhan itu. Mungkin setengah orang dia rasa terhibur dengan Ramadhan. Bulan Ramadhan inilah aku hendak raih pahala sebanyak-banyaknya, mungkin ada orang rasa begitu. Bukankah ia berbeza dengan bulan yang lain. Ada sesetengah orang dia susah hati pada bulan Ramadhan.

Mereka susah hati sebab ada dua perkara:

1. Kerana dia benci dengan Ramadhan, tidak mahu beribadah.
Perasaan seperti ini adalah tertolak. Tetapi inikan satu bukti memang berbeza perasaan manusia dibandingkan bulan yang lain. Perasaan seumpama itu dibenci Allah.

2. Ada pula sesetengah orang dia rasa bukan dia benci dengan ibadah itu, bukan dia benci dengan soal pahala yang akan dapat dibandingkan dengan bulan lain. Dia bukan susah hati terhadap hal tadi tapi dia susah hati macam mana hendak berhadapan dengan Ramadhan yang datang, apakah dia boleh berpuasa dengan betul atau tidak. Soal fadilat dan pahala dia tidak fikir. Yang dia fikir ialah bagaimana dia hendak berhadapan dengan bulan Ramadhan yang menjelang tiba, sedangkan dia lemah, takut apa yang dia buat tidak sebagaimana yang dikehendaki. Dia tahu hati dan fikirannya bukannya betul, masih banyak yang tidak kena. Dengan itu, apakah puasa dan tarawihnya diterima Tuhan. Dia bukan risaukan sama ada dia dapat fadilat atau todak tetapi dia risau yang dia tidak dapat menghayati Ramadhan. "Apa yang aku buat ini sesuai ke tidak dengan kehendak Tuhan pada bulan Ramadhan ini?" Itulah yang menghantui fikirannya. Berfikiran begitu itu satu penghayatan Ramadhan.

Orang yang menghadapi bulan Ramadhan umpama orang yang hendak masuk medan perang atau diwajibkan pergi berperang. Bila arahan wajib masuk perang dikeluarkan, maka ada yang merasa takut, cemas dan bimbang. Apakah aku layak masuk ke medan perang ini." "Apakah sudah cukup persediaan aku menghadapi musuh-musuhku. Apakah aku menang, atau kalah nanti. Atau mungkin aku jadi mangsa dalam peperangan ini." Itulah persoalan yang timbul.

Tetapi ada pula golongan yang kedua, bila diperintahkan masuk medan peperangan, terbayang di kepala mereka harta ghanimah yang bakal mereka kaut nanti. Banyaknya harta yang boleh dibawa balik. Golongan ini seolah-olah yakin boleh menang dalam peperangan dan mendapat habuan dalam peperangan itu. Golongan ini yang sentiasa mengira-ngira berapa banyak pahala puasa yang Allah hendak beri pada mereka, pahala sembahyang tarawih, tadarus Quran, iktiqaf, zakat, sembahyang malam dan sebagainva. Tapi apakah jaminan kita yang kita boleh menang dalam peperangan? Apa kata kalau kita kalah, puasa kita tidak diterima Tuhan? Sebab itulah ada orang yang cemas, takut dan bimbang untuk bertempur di medan perang.

Peringkat Puasa

1) Puasa orang awam

2) Puasa orang soleh

3) Puasa golongan muqarrobin

Puasa orang awam

Berpuasa bagi orang awam ialah tidak makan, tidak minum dan tidak melakukan hubungan suami isteri pada siang hari dengan niat puasanya kerana Allah. Tetapi mulutnya tidak berpuasa kerana masih mengumpat, menyakiti hati orang, menyindir-nyindir orang, memaki hamun orang dan sebagainya. Telinga tidak berpuasa kerana mendengar umpat keji orang dan seronok mendengar perkara-perkara yang sia-sia dan melalaikan. Fikirannya masih tidak dijaga, memikirkan perkara yang tidak menepati syariat. Hatinya juga tidak berpuasa kerana lalai dari mengingati Allah.

Begitulah seterusnya kaki, tangan, mata dan semua anggotanya yang lain tidak berpuasa. Sementara menghilangkan rasa jemu menunggu waktu berbuka puasa, biasanya masa yang tertuang diisi dengan tidur, menonton televisyen, main terup, main catur atau bersiar-siar sambil membeli belah. Supaya dia dapat melalai-lalaikan waktu supaya tidak terasa letih berpuasa. Akhirnya tanpa disedari, masa untuk berbuka puasa pun tiba. Inilah puasa orang awam yang tidak ada nilai di sisi Allah.

Jadi kalau mata tidak puasa, telinga tidak puasa, tangan, kaki, mulut tidak puasa, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga sahaja. Rugilah mereka sedangkan Tuhan tidak menilai amal ibadah mereka. Tambahan pula kalau tiba waktu berbuka, golongan ini akan melipatgandakan lagi makannya. Lauk pauk ditambah menjadi beberapa jenis bagi menambahkan selera. Diiringi pula dengan berbagai jenis kuih muih serta air minuman yang bermacam-macam jenis.

Inilah tahap puasa orang awam yang hanya sanggup menahan daripada makan dan minum serta tidak mendekati isteri di waktu siang hari. Hanya sedikit pantang larang puasa yang ditinggalkan dan banyak lagi yang masih dilakukan. Justeru itulah puasa mereka ini tidak dapat mengubah tabiat diri yang buruk itu. Ia tidak boleh mengubah akhlak daripada yang jahat kepada yang baik. Ia tidak boleh mengikis mazmumah bahkan perangai-perangainya itu makin bertambah jahat.

Sebab itu puasa orang awam ini tidak ada nilai di sisi Allah. Ia tidak ada harga apa-apa berdasarkan sepotong sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Banyak sekali orang yang berpuasa itu tetapi tidak ada yang diperolehinya dari masanya itu kecuali lapar dan dahaga saja. " (Riwayat Nasai dan Ibnu Majali)

Puasa orang soleh

Kategori ini sudah meningkat sedikit dari golongan yang pertama tadi. Golongan ini bukan setakat menahan diri dari makan, minum dan berjimak dengan isteri, tetapi berusaha menjaga seluruh anggota yang lain turut sama berpuasa. Mereka akan pastikan dan menahan mulut dari melakukan perkara yang dilarang oleh Tuhan seperti mengumpat, mengadu domba, menyakiti hati orang lain, mencerca, menghina, memaki hamun, marah-marah dan sebagainya.

Begitu juga dengan anggota yang lain seperti mata jangan melihat sesuatu yang diharamkan, tangan jangan memegang atau melakukan perkara yang dilarang, kaki jangan melangkah ke tempat-tempat maksiat, telinga jangan mendengar sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah dan hidung jangan menghidu sesuatu yang dibenci Tuhan. Semuanya diusahakan agar tidak melakukan perkara yang mungkar dan dilarang oleh syariat.

Cuma hati dan akal fikirannya sahaja yang tidak boleh berpuasa. Iaitu hati dan akal fikirannya masih mahu lagi mengenang-ngenangkan perkara-perkara yang diharuskan oleh Allah SWT tetapi tidak sampai mengenang dan memikirkan perkara-perkara yang dilarang dan yang diharamkan oleh Allah. Antara perkara-perkara harus yang difikirkan ialah memikirkan hendak membuat rumah, hendak memiliki kereta, hendak membeli pakaian baru, serta sempat juga terkenang-kenang tentang makanan yang hendak dimakan dan sebagainya. Setakat itu sahajalah puasa orang soleh dapat dilakukan.

Namun demikian, puasa orang soleh ini sudah dipuji oleh Allah. Ertinya, puasa orang soleh ini dapat ganjaran daripada Allah SWT. Ia terselamat daripada api neraka. Tidak seperti orang awam yang tidak selamat dari api Neraka. Cuma, puasa orang soleh ini kena hisab di Akhirat tetapi hisabnya lepas sebab tidak ada perkara haram yang dilakukannya. Hanya perkara-perkara yang harus sahaja dilakukan.

Tetapi tidak semudah .itu untuk meningkatkan diri dari tahap puasa orang awam kepada puasa orang soleh. Sekadar menghindarkan diri dari makan, minum dan berjimak dengan isteri di siang hari mudah. Tetapi tidak mudah untuk mengelakkan mata dari melihat maksiat, menahan telinga dari mendengar perkara yang haram. Tidak mudah menahan mulut dari berkata perkara yang haram, mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan memaki hamun. Begitu juga dengan anggota yang lain.

Ini adalah kerana kemungkaran dan kedurjanaan telah begitu banyak di zaman ini. Ia ditabur oleh media massa yang amat berleluasa dan tidak terkawal. Ke mana sahaja kita pergi, tidak terlepas dari maksiat dan kemungkaran, masyarakat kita sudah rosak, di tempat kerja kita juga tidak selamat, bahkan di tempat kita belajar juga sudah rosak. Contohnya surat khabar, di situlah ada berbagai kisah orang dirogol dan merogol, kisah orang berzina, kisah orang menipu, mencuri, membunuh, kisah skandal seks bahkan semua keaiban dibongkar dari golongan bawahan hingga skandal golongan atasan. Itu baru satu contoh kecil pun susah untuk dijaga daripada terlibat sama dengan maksiat itu.

Puasa orang muqarrobrin

Golongan ini adalah golongan puasa para rasul dan nabi-nabi. Untuk benar-benar mendapatkan kesempurnaan dalam ibadah puasa, mereka bukan sekadar memastikan sedap anggota badan mereka berpuasa, tetapi hati mereka juga dikawal supaya jangan mengingati selain daripada Allah hatta mengingati perkara-perkara yang diharuskan sekalipun. Akal dan hatinya hanya memikirkan kebesaran Allah, perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat serta perkara yang mendampingkan dirinya kepada Allah SWT.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer