01 Pengenalan






Untitled Document



RAMADHAN DAN SYAWAL

RAMADHAN dan Syawal adalah dua daripada bulan-bulan Islam. Ramadhan dan Syawal dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut diwajibkan amalan berpuasa sebulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat diakhir Ramadhan dan menjelang Syawal.

Kedua bulan tersebut adalah bulan yang istimewa dan mulia di sisi Allah dan para hamba-Nya. Sebagai umat Islam kita perlu memuliakan,dan menghayati Ramadhan dan Syawal untuk mendapat keberkatannya.

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Ramadhan ertinya bulan imtihan atau bulan ujian. Bulan Ramadhan juga disebut bulan puasa kerana pada bulan itu diwajibkan berpuasa sebulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ialah bulan ibadah, bulan yang disebut dalam Al-Quran. Allah memilih bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya bulan yang utama. Allah memilih Ramadhan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya kepada para hamba-Nya dengan menurunkan Al-Quran.

Firman Allah Taala:


Ertinya: "(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk, antara yang benar dengan yang batil. " (Al-Baqarah: 185)

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki kesucian dan keistimewaan yang banyak. Di antara keistimewaan-keistimewaan bulan Ramadhan ialah:

1. Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah SWT:

 

Terjemahannya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan puasa atas kamu sebagaimana telah difardhukan atas umat-umat yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa. " (Al-Baqarah: 183)

2. bulan yang telah dipilih oleh Allah SWT diadakan suatu malam yang sangat tinggi nilainya, iaitu malam lailatul qadar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka di dalamnya segala pintu Syurga, dikunci di dalamnya segala pintu Neraka dan dibelenggu di dalamnya segala syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya. " (Riwayat Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi dan Abu Hurairah)

3. Bulan yang dipilih untuk sembahyang tarawih pada malamnya. Sembahyang tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan. Sepanjang malam bulan Ramadhan disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih secara berjemaah.

4. Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, membanyakkan sedekah, sembahyang sunat dan sebagainya.

5. Bulan yang berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaabah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

6. Berlakunya Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan yang disambut setiap tahun sebagai memperingati kesempurnaan Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW.

7. Dipelihara daripada dosa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan di antaranya, asal sahaja dijauhi segala dosa besar. " (Riwayat Muslim dari A buHurairah)

8. Dibuka pintu Syurga, ditutup pintu Neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Pada suatu, hari aku berada di sisi Utbah bin Farqad sedang dia menceritakan tentang hal Ramadhan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki dari Sahabat Rasul. Setelah orang itu dilihat oleh Utbah, diapun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang itu menceritakan tentang hal Ramadhan, katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW berkata! "Di dalam bulan Ramadhan dikunci segala pintu Neraka, dibuka segala pintu Syurga dan dibelenggu segala syaitan." Berkata Nabi lagi: "Seorang Malaikat berseru: "Wahai segala orang yang menghendaki kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah dirimu. "Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan Ramadhan. " (Riwayat Ahmad dan An-Nasai)

9. Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Rasulullah SAW bersabda: "Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara, yang belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelumku:

a. Di permulaan bulan Ramadhan Allah melihat kepada para umatku.

Barangsiapa Allah melihat kepadanya, nescaya tidak diazab-Nya selamanya.

b. Bau mulut mereka di waktu petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.

c. Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka di setiap hari dan malam.

d. Allah menyuruh kepada Syurga-Nya serta berkata kepadanya: "Bersiaplah kamu dan berhiaslah kamu untuk hamba-hamba-Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.

e. Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang lelaki dari Sahabat bertanya: "Apa itu Lailatul qadar ya Rasulullah ?" Nabi menjawab: "Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah upah-upah mereka. "

(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar, Al-Baihaqi darijabir)

10. Sejarah berlakunya perang Badar Al-Kubra. Kemenangan pihak Islam menjadi penentu sejarah kegemilangan Islam.

11. Sejarah berlakunya penaklukan Kota Makkah oleh Rasulullah dan tamatnya agama berhala. Bulan yang berlakunya kemenangan di pihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah. Di saat itu berakhirlah penyembahan berhala di sisi Kaa'bah dan Makkah menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

12. Setiap solat Tarawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bulan yang dipilih untuk solat Tarawih pada malamnya. Solait Tarawih adalah sembahyang sunat yang hanya ada di bulan Ramadhan. Sepanjang malam bulan Ramadhan disunatkan mengeijakan solat tarawih secara berjemaah.

13. Hanya di bulan ini dituntut kita melakukan sebanyak-banyak ibadah berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah seperti membaca Al-Quran, membanyakkan solat sunat dan sebagainya. Bulan ini segala doa dan apa-apa yang diminta insya-Allah dimakbulkan Tuhan.

14. Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan. Pada malam permulaan Ramadhan, Nabi bersabda:

"Pada permulaan malam Ramadhan, para syaitan, dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu Neraka dikunci, tidak ada satu pun yang terbuka. Pintu-pintu Syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci. Pada setiap malam ada yang memanggil: Hai orang-orang yang mendambakan kebajikan menghadaplah, dan hai orang yang mendambakan keburukan, menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membahaskan ramai orang dari Neraka. "

Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan di bulan Ramadhan. Jadi tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh begitu merindukan saat-saat di bulan Ramadhan.

=== sekian ===

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer