99 Penutup






Untitled Document



PENUTUP
UMAT Islam selalu diingatkan dengan sabda Rasulullah SAW:
"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu,"
Hadis ini sekali imbas menunjukkan bahawa si anak mesti mentaati ibu bapa dalam semua hal. Namun kalau si anak tidak mentaati ibu bapanya, bukan dia saja yang patut dipersalahkan. Ibu bapa mesti bertanya diri sendiri, adakah mereka telah mendidik anak-anak sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Kalau belum, maka si ibu patut menyalahkan diri sendiri terhadap perbuatan anak yang derhaka itu. Tetapi kalau didikan sudah diberi cuma si anak tetap enggan mendengar nasihat (asalkan nasihat itu untuk kebaikan si anak dan ke arah sesuatu yang tidak melanggar perintah Allah), barulah ketika itu kesalahan terletak di bahu si anak sepenuhnya. Terserahlah kepada Allah untuk menghukumnya.
Hadis di atas sebenarnya mengajak ibu bapa agar menyayangi anaknya dan mengharapkan mereka agar masuk Syurga bersamanya. Sebab itulah perlunya didikan yang serius diberi kepada anak-anak agar mereka berjaya di dunia dan lebih-lebih di Akhirat.

Moga-moga panduan yang teiah kita turunkan di sini sedikit sebanyak ada manfaatnya. Semoga dengan itu juga akan lahirkan generasi baru yang terdiri daripada orang-orang soleh. Itulah generasi idaman yang dinanti-nanti oleh dunia pada hari ini. Yakinlah harapan itu akan menjadi kenyataan sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah:
"Sesungguhnya bumi ini akan dipusakakan kepada hamba-Ku yang soleh." (Al Anbia': 105)
Generasi soleh tidak akan lahir melainkan setelah ada usaha dilakukan ke arah itu. Inilah tugas pendidik dan ibu bapa hari ini khususnya dalam era kebangkitan Islam di akhir zaman ini.
96

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer