06 Didikan Sebelum Berkahwin






Untitled Document



BAB 6
DIDIKAN SEBELUM BERKAHWIN
ANAK-ANAK yang sudah masuk ke alam remaja sudah layak untuk mendirikan rumahtangga. Keinginan untuk berkahwin datang sendiri setelah mereka
menjangkau remaja. Sama ada mereka mampu atau tidak bukanlah soalnya namun rasa keinginan itu tetap membara. Atas dasar itu, tanggungjawab ibu bapalah
untuk mengawasi dan mendidik mereka agar keinginan
itu dapat disalurkan ke jalan yang diredhai Allah serta tidak terlibat dengan berbagai maksiat seperti bergaul bebas dan berzina.
Selain itu ibu bapa dan pendidik mestilah sentiasa
menasihati dan memberi galakan ke arah amalan
kebaikan.
Antara perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh

ibu bapa dan para pendidik ialah: 1. Dorongan ke arah bekerja
Anak-anak lelaki hendaklah didorong bekerja di bidang yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka. Walau apa pun pekerjaan yang mereka ceburi ibu bapa hendaklah sentiasa menasihatinya, antaranya.
? Niat bekerja hendaklah semata-mata kerana Allah Allah suka orang mukmin yang bekerja mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarganya. Di samping itu, pekerjaan yang dilakukannya itu jugalah sebagai khidmat kepada masyarakat. Nabi ada berkata, Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain'
? Dalam bekerja itu pula mereka mesti amanah dengan tugas, bersifat jujur dan cergas dalam kerja. Perkuatkan keyakinan kepada mereka bahawa setiap pekerjaan yang mereka lakukan itu semuanya diperhatikan oleh Allah dan para malaikat. Gelagat mereka akan dibentangkan semula di Akhirat kelak.
? Hindari maksiat di tempat kerja
Anak perempuan pula eloklah digalakkan supaya bekerja di rumah membantu ibu sebagai suri

rumahtangga. Selain itu mereka boleh bekerja di etmpat-tempat atau bidang yang sesuai dengan wanita asalkan keselamatan mereka dan syariat terjaga. Begitu juga aurat dan maruah mereka terkawal serta terhindar dari pergauan bebas dengan lelaki.

Antara pekerjaan
yang sesuai untuk perempuan ialah :

1. guru dan pendidik terutama
kanak-kanak
2. jururawat dan bidan untuk merawat pasakit terutamanya perempuan

 




3 doktor yang berkhidmat khusus kepada kaum wanita
4 Jurujual. Golongan perempuan adalah golongan pembeli yang majoriti, ¦
5 penulis dan wartawan untuk majalah dan akhbar yang berunsur Islam (membawa mesej dakwah dan tarbiah).
Jangan biarkan anak-anak perempuan bekerja mengikut kehendak nafsu seperti bekerja di tempat di mana berlaku pergaulan bebas, di tempat-tempat yang mudah mengancam keselamatan diri atau mudah mendapat perhatian orang lelaki atau tidak selamat dari submer
pendapatan yang haram
Dorongan ke arah berkahwin
1 Menyegerakan anak perempuan berkahwin.
? Anak-anak perempuan yang sudah masuk ke usia
20-an memang sudah patut berumantangga. Ibu bapa hendaklah memahami tingkah laku mereka ketika itu Mereka mungkin segan dan malu untuk

memaklumkan hasrat itu kepada ibunya, lebih lebih lagi kepada bapanya.
? Ibu bapa yang beriman akan segera mencarikan pasangan untuk anak perempuannya seorang lelaki yang beriman dan bertaqwa. Ini sering berlaku di zaman Rasulullah SAW. Tapi kalau seseorang perempuan itu membuat tawaran ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang soleh dan cadangan itu dikemukakan kepada walinya atau pemimpinnya maka ianya tidak salah, ini juga pernah berlaku di zaman Rasululalh SAW.
? Ibu bapa jangan membiarkan anak perempuan bercinta-cintaan sebelum kahwin. Perbuatan itu adalah haram dan ibu bapa turut menanggung dosa jika membiarkannya.
? Walau bagaimanapun ibu bapa hendaklah mengenal pasti anak menantunya itu benar-benar kufu. Untuk itu, di sini diberi sedikit panduan dalam memilih bakal menantu.
1. Seorang lelaki yang beriman dan kalau boleh bertaqwa.
2. Ada wibawa sebagai seorang pemimpin agar dapat memimpin anak isterinya nanti.
3. Lelaki yang penyabar dan berakhlak mulia
4. Berilmu agama dan beramal dengan ilmunya
5. Keturunannya orang baik-baik walaupun tidak kaya.

6 Lelaki yang tidak melakukan maksiat atau sekurang-kurangnya dia sudah bertaubat.
2. Mencarikan Jodoh anak lelaki
? Anak-anak lelaki mungkin agak bebas sedikit
daripada anak perempuan. Mereka boleh mencari sendiri mana-mana perempuan yang disukainya. Bagaimanapun, anak yang baik akan meminta jasa baik ibu bapanya untuk mencarikan jodoh untuknya. Dengan itu mereka akan selamat dan terlibat dengan perkara-perkara yang haram terutama pergaulan bebas dan selamat dari mengikutkan nafsu semata-mata dalam
mencari jodoh.
? Untuk memilih menantu perempuan
Rasulullah SAW ada memberi panduan:
"Perempuan dikahwini dengan empat sebab, sebab hartanya, keturunanmu kecantikannya Jati agamanya. Pilihlah yang beragama neseaya ia menguntungkan kamu. " (Riwayat Bukhari dan Muslim)
? Ibu bapa bolehlah merisik mana-mana
keluarga soleh yang mempunyai anak perempuan yang ada pengetahuan agama, beramal dan baik akhlaknya. Boleh juga mereka meminta bantuan danpada sahabat-sahabat yang amanah untuk mencarikan

jodoh anaknya. Usaha begini tentu lebih berkat dan anak itu mencarinya sendiri.
1 Memberi nasihat dan ilmu mengenai rumah-tangga.
? Setelah dipastikan mereka bersedia untuk berkahwin maka ibu bapa hendaklah membimbing anak-anaknya dalam memahami ilmu-ilmu fardhu ain khususnya ilmu mengenai kehidupan berumahtangga
? Jika ibu bapa mampu membimbing sendiri eloklah berbuat begitu tetapi jika tidak mampu hendaklah menyuruh mereka belajar dengan tuan guru atau ulama yang beramal dengan ilmunya.
? Selain itu. para ibu elok mencontohi sikap wanita-wanita solehah zaman dahulu yang memberi panduan-panduan dan petua-petua untuk kebahagiaan rumahtangga kepada anak perempuan mereka yang akan berkahwin.

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer