00 Prakata






Untitled Document



PRAKATA


SEGALA puji bagi Tuhan yang menjadikan sekalian alam. Salawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan seluruh Sahabat baginda.
Masalah keruntuhan akhlak muda-mudi kini dan pelbagai gejala buruk serta maksiat yang berleluasa telah memeningkan kepala semua pihak. Para pemimpin mengeluh dengan kerenah mereka, para guru merasa putus asa dengan gelagat mereka dan para ibu bapa pula berlepas tangan dengan sikap anak-anak yang payah dilentur.
Setiap han semakin ramai anak muda yang terlibat dengan gejala dadah, kes curi, perogolan, penzinaan dan berbagai-bagai maksiat lagi.

Boleh jadi si pendidik atau kita sebagai ibu bapa yang menjadi puncanya. Para pendidik mungkin tidak ada pendidikan akhlak yang jelas. Mungkin juga kita telah mencuaikan pendidikan anak-anak sejak dari kecil lagi. Kita hanya menjaga pertumbuhan jasmani dan mental, manakala soal iman dan akhlak mulia tidak pernah kita sentuh. Di sekolah pula pelajaran agama hanya sekadar ilmu. bukan sebagai didikan. Anak-anak tidak dikenalkan dengan Allah, dengan hari akhirat, dengan syurga dan neraka.

Ada di kalangan ibu bapa pula yang sering bertengkar di hadapan anak-anak. Ini sangat memberi kesan buruk kepada mereka. Anak-anak akan rasa jemu dan bosan berada dalam suasana begitu. Kebahagiaan di rumah yang diharapkan tidak wujud. Pada mereka, keluar dari rumah adalah lebih baik.

Sesetengah ibu bapa cuba hendak mendidik anak mereka agar menjadi orang yang berakhlak mulia tetapi keghairahan mereka itu menjadikan mereka bertindak kasar terhadap anak-anak yang melakukan kesalahan. Mereka tidak cuba mengawal mazmumah (penyakit hati) seperti pemarah, tidak sabar dan sebagainya. Akibatnya anak itu membenci ibu bapa dan bertindak liar dan kasar.

Tidak kurang juga pengaruh kawan-kawan turut mencorak peribadi anak-anak. Inilah antara sebab-sebab berlakunya kerosakan akhlak muda-mudi sekarang ini, yang semuanya tidak lari dari masalah lemah iman dan ketiadaan didikan akhlak serta kasih sayang

Mengapa lahirnya generasi sebegini?

Buku kecil ini disusun sebagai panduan ringkas untuk ibu bapa dan para pendidik Mudah-mudahan ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pendidik kini sama ada ibu bapa, guru-guru, pemimpin masyarakat ataupun muda-mudi yang bakal mendirikan rumahtangga. Moga-moga ia dapat menjadi titik-tolak ke arah perubahan generasi muda kini kepada generasi soleh yang berjiwa besar. berani, berdisiplin, rajin dan sabar yang akan membina empayar Islam yang gemilang dengan tamadun dan ketaqwaan mereka Inilah harapan kita kepada anak-anak generasi hari ini.
Akhirnya diharapkan usaha penyusunan buku kecil ini diberkati Allah, semoga ianya dinilai sebagai amal bakti dan ibadah kepada-Nya. Segala pahalanya jika ada ya Allah, semuanya dihadiahkan kepada tuan guru yang mulia yang tidak jemu-jemu memimpin manusia agar kenal dan cintakan Tuhan.
Hamba yang dhaif,


Penyusun

Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer