Zalim Dengan Tuhan - Musuh Tuhan


16/09/2005

Umat Islam menjadi musuh Tuhan tanpa disedari
Kita masih fokus dengan topik penzaliman kepada Tuhan. Sedarkah kita bahawa walaupun kita mengaku kita ini beragama Islam, sebenarnya kita adalah musuh Tuhan?
Dalam Al Quran Allah berfirman :
"Iqra bismirabbik."
Maksudnya : Hendaklah kamu membaca atas nama Tuhan-Mu.
Ini bermakna apa sahaja hendak dibuat mesti atas nama Tuhan. Membaca, bertindak, berjuang, membangun, berpendidikan, berekonomi, berkebudayaan, berhibur, berhubung, mentadbir, mesti atas nama Tuhan. Mesti dikaitkan dengan Tuhan, mesti ada hubungan dengan Tuhan. Kalau kita tidak lakukan atas nama Tuhan maka sebenarnya kita melakukan penzaliman paling tinggi.
Kalau begitu yang dimaksudkan, kita juga ada melakukan zalim peringkat tinggi ini. Yang paling banyak, ada pada orang kafir dan orang munafik. Tapi pada kita orang Islam pun unsur-unsur itu ada. Mana orang Islam hari ini yang betul-betul cinta dengan Tuhan, takut dengan Tuhan, menghubungkan hidupnya dengan Tuhan? Maaf, sekalipun ulama, orang Islam hari ini sekadarkan percaya wujudnya Tuhan ; Tuhan itu begian-begian. Sekadar betul akidah atau sekadar tidak jatuh kafir. Atau Akidah sekadar cukup makan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Majoriti umat Islam, dengan Tuhan tak ada pun rasa takut, rasa cinta, tak ada usahahendak menghubungkan diri dengan Tuhan.
Jadi awal-awal lagi umat Islam telah melakukan penzaliman peringkat atas. Kemudian hendak minta bantuan Tuhan, hendak minta pertolongan Tuhan untuk menghancurkan musuh-musuh Tuhan. Padahal kita juga sudah jadi musuh Tuhan kerana awal-awal sudah melakukan zalim peringkat paling atas. Akhirnya kita sama-sama hancur, kerana kita sudah masuk dalam golongan musuh Tuhan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer