Warkah Tazkirah


05/04/2006

Seriusnya Rasulullah Dengan Tuhan......
Rasulullah SAW, manusia agung yang sangat serius dengan Tuhannya. Pernah [[Sayidina Umar bin Khattab r.a.]] ketika berziarah ke rumah baginda, merasa terharu menyaksikan seorang kekasih Allah sedang berbaring di atas tikar yang merupakan susunan pelepah-pelepah kurma.

Nampak bekas jalur tikar di tubuhnya. Di dalam rumah baginda yang penuh barakah itu, tidak ternampak peralatan lambang kemewahan, hanya ada almari yang berisi segantang gandum kasar. Kemudian Sayidina Umar r.a. menangis di hadapan Nabi SAW.

Rasulullah bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Umar?"

"Aku melihat para Kaisar dan Kisra serta raja--raja lain tidur di atas katil mewah beralaskansutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini," jawab Sayidina Umar.

"Wahai Umar, tidakkah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan Akhirat sedang mereka memilih dunia."

Itulah jawapan seorang hamba pilihan Tuhan. Luluhlah hati Sayidina Umar mendengar jawapan daripada Rasulullah SAW itu. Begitulah gambaran peribadi seorang yang sangat mencintai dan takut dengan Tuhan . Bukan hanya dalam keadaan susah beliau boleh mengekalkan kehambaannya tapi dalam keadaan mewah dan kedudukan yang tinggi sekalipun Rasulullah tetap merasakan kehambaannya.

Lantaran itulah baginda memilih kemiskinan daripada kemewahan.Inilah lambang keseriusan hatinya dengan Tuhan . Begitu serius untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Serius dalam mencari cinta dan redha Tuhan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer