Unsur- Unsur Yang Mencorak Manusia(2)

Kuliah Umum


27/07/2006

Yang paling jahat ialah kategori kedua iaitu manusia yang ikut nafsu. Kalau ikut nafsu, dia tidak kira halal dan haram. Apa sahaja yang dia teringin, dia buatlah. Aku mahu bebas. Aku tidak mahu ada orang ganggu. Apa peduli dengan orang. Apa sahaja aku hendak, aku buat. Tetapi kenyataannya, tidak semua yang diinginkan itu dia dapat. Ada yang dapat dan ada yang tidak. Maka manusia yang merujuk kepada kemahuan dan pertimbangan nafsu, ini orang yang paling jahat. Kadang-kadang dia jadi manusia syaitan dan kadang-kadang jadi manusia haiwan. Waktu dia ganas, waktu dia menzalim, waktu dia kasar, waktu dia tidak peduli walaupun terpaksa bunuh orang asalkan dia dapat apa yang dia inginkan, waktu itu hakikatnya dia syaitan yang berupa manusia. Contoh lain, orang ini, waktu dia hendak makan, dia hendak makan apa sahaja. Kalau dia tidak dapat, dia curi atau rampas. Yang penting, dia dapat makan. Begitu juga kalau dia hendak tunaikan tuntutan biologinya, dia tidak kira lah siapa di depannya. Kalau tidak zina, dia rogol. Samada dia pujuk rayu atau secara paksa. Waktu itu dia adalah binatang berupa manusia.

Selepas itu dia tidur. Kalau dia rasa tidur itu perlu lama-lama maka dia tidak kiralah. Bila dia bangun? Bila dia terasa lapar. Orang ini dia tidak ada tanggungjawab lain. Dia tidur semahu-mahunya dan hanya bangun kerana lapar. Kalau ada kawan-kawan yang bersifat nafsu, itu yang dia layan. Kalau tidak, dia hanya tidur. Macam ular kekenyangan. Ular sawa itu kalau ia kenyang, sebulan ia boleh tidur. Bila lapar baru ia bergerak semula. Waktu itu, manusia itu hakikatnya telah menjadi binatang yang berupa manusia.

Golongan yang kedua ini sangat merosakkan dunia dan manusia. Yang akal tadi, boleh juga nampak kebaikan dalam sesetengah hal. Begitu pun, sesetengahnya rosak juga walaupun ada sesetengah hal baik. Tetapi yang baik itu pun tidak dapat pahala sebab dia bukan merujuk kepada syariat Tuhan tetapi kepada akalnya. Otaknya jadi Tuhan. Bukan Tuhan menjadi Tuhannya.

Golongan yang kedua pula, nafsunya adalah Tuhannya. Bukan Tuhan yang jadi Tuhannya Inilah yang Tuhan katakan dalam Al-Quran , Apakah tidak engkau melihat manusia menjadikan nafsunya sebagai Tuhan? Dalam dunia hari ini, golongan manusia inilah yang ramai. Yang mazhab falsafah tadi tidak ramai. Golongan yang kedua lah yang ramai.

Yang sedikit adalah golongan yang ketiga iaitu orang yang merujuk kepada rohnya . Yang berpegang pada Tuhan. Bertunjangkan tauhid takutkan Tuhan. Dia ini benar-benar dipimpin oleh rohnya. Kalau rohnya yang bertunjangkan tauhid kata boleh buat, dia buat. Kalau rohnya kata dia tidak boleh buat, dia tidak buat. Walaupun terpaksa berhadapan dengan kesusahan. Bahkan susah kerana merujuk kepada Tuhan itu, itu juga satu kebahagiaan baginya. Kenapa? Dia dapat pahala di situ. Kehendak-kehendaknya yang halal, dia tidak dapat. Yang tidak halal, dia tidak hendak sebab takutkan Tuhan. Di situ dia mendapat pahala. Di satu segi, dia tidak dapat kehendaknya tetapi dari segi lain, dia dapat pahala di akhirat. Kerana Tuhan, dia tidak dapat kehendaknya tetapi dia dapat pahala. Dia sedar hakikat itu.

Sebab itu dia tahan diuji dan redha dengan Tuhan. Begitu juga bila diperintah buat, kerana Tuhan suruh buat, walaupun terpaksa berhadapan dengan ujian, dia tidak susah hati. Dia rasa bahagia. Tidak apa aku susah kerana Tuhan. kalau kerana anak isteri, aku sanggup susah, apa salahnya aku susah kerana Tuhan. Orang yang merujuk kepada hati yang bertunjangkan tauhid sahaja yang akan tahan diuji. Golongan yang pertama (yang merujuk akal) tidak kuat. Waktu aman boleh tetapi waktu tercabar tidak tahan sebab dia bersandar dengan otak. Apa yang otak boleh janjikan. Dia tidak bersandar dengan Tuhan. Golongan kedua pula (merujuk dengan nafsu), dia tidak tahan diuji. Dia akan lawan dan buat apa sahaja. Ini berat. Ini betul-betul sudah jadi haiwan atau binatang. Begitulah kehidupan manusia. Umumnya, di dunia ini ada 3 kategori iaitu:
1. Yang merujuk kepada akal
2. Yang merujuk kepada nafsu
3. Yang merujuk kepada roh

Inilah yang mencorak hidup manusia. 3 makhluk yang kita tidak nampak. Fizikal terpaksa merana dibuat oleh ketiga-tiga makhluk yang tidak boleh dilihat oleh mata itu.

SEKIAN

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer