Undang- Undang Manusia Tidak Mampu Menandingi Undang- Undang Tuhan


19/09/2006

Soal perlunya undang-undang tidak ada sesiapa yang menolaknya Undang-undang itu perlu untuk membendung kejahatan, peperangan dan sebagainya. Semua orang mengharap kehidupan yang aman, damai dan harmoni. Tetapi undang-undang tersebut mula hendak disusun atau digubal, belum pun peringkat perlaksanaan tapi sudah mula timbul perbalahan, krisis, mencetuskan kejahatan atau masalah

Perbalahan terjadi sebab undang-undang yang hendak dibuat itu atas pelbagai dasar iaitu:

1. Ada yang berdasar akal.
2. Sesetengah golongan menggunakan fitrah.
3. Sesetengah golongan menggabungkan akal dan fitrah.
4. Sesetengah golongan atas dasar ideologi.
5. Sesetengahnya atas tujuan kepentingan sesiatu kelompok dan hendak menenekan kelompok yanglain

Maka sebab itu timbul krisis walhal undang-undang belum dikuat kuasakan lagi. Bila diamalkan atau dikuatkuasakan, timbul lagi krisis kerana:

1. Ada puak yang tidak puas hati apabila ada orang yang tidak bersalah dihukum mengikut peraturan undang-undang itu.

2. Hukuman yang dijatuhkan tidak seimbang dengan kesalahan menyebabkab ada golongan terasa teraniaya kerana bila peraturan itu digubal berlakulah:

a. Hukuman ringan bagi kesalahan yang berat.
b. Hukuman berat bagi kesalahan yang ringan

Maka berlakulah kejahatan.

Sejak adanya undang-undang yang sudah beratus ribu tahun dilaksanakan itu, semakin banyak kejahatan, pergaduhan dan sebagainya. Diharapkan undang-undang itu dapat membendung kejahatan tetapi tidak sampai matlamat. Ia tidak memberi kesan kerana:

1. Tuhanlah yang berhak membuat undang-undang kerana Tuhan yang meciptakan manusia dan dunia ini.

Manusia mengambil hak (kuasa) Tuhan, maka Tuhan belepas diri. Inilah sebenarnya punca masalah sekarang. Oleh kerana manusia yang membuat undang-undang dan peraturan,seolah-olah hendak menjadi Tuhan dan hendak mengambil alih peranan Tuhan maka Tuhan berlepas diri. Maka undang-undang yang dibuat tidak ada berkat. Undang-undang itu menipu diri. Itulah rahsia tersembunyi dan tersirat yang menyebabkan semakin banyak undang-undang, semakin banyak kejahatan dan jenayah.

Itulah faktor terbesar kegagalan undang-undang bikinan manusia. Ahli-ahli undang-undang hanya mampu mencari punca masalah lahiriah sedangkan mereka tidak nampak punca terbesar. Seolah-olah Tuhan berkata :" Engkau hendak jadi Tuhan, engkau tidak mahu jadikan Aku Tuhan." Mana boleh manusia yang bukan tuhan hendak jadi Tuhan, tentu akan gagal.Itulah kegagalan yang ahli undang-undang tidak nampak. Itu jugalah yang menyebabkan undang-undang tidak memberi kesan sebaliknya menambahkan penyakit.

2. Kemampuan akal sangat terbatas

Oleh kerana orang yang membuat undang-undang berdasarkan akal semata-mata, akal yang tidak nampak kebenaran itu menyebabkan:

a. Kesalahan yang kecil dihukum berat manakala kesalahan berat dihukum ringan.
Akibatnya orang yang tidak puas hati memberontak dan menyimpan dendam kesumat lalu hendakbertindak balas. Mereka tidak hormat kepada orang yang membuat undang-undang. Bahkan orang yang membuat undang-undang pun banyak buat salah.

b. Oleh kerana kemampuan akal tidak sampai kemana maka ada kes yang jahat, dikategorikantidak jahat. Sebaliknya ada kes tidak jahat, dikategorikan jahat.

Akal ada kepentingan. Contohnya, orang tidak jahat dianggap jahat. Ada pemimpin yang berkuasa di sebuah negara, jika ada pemimpin lain yang menggugat kepentingannya; bukan semestinya kepentingan rakyat dan negara; demi hendak mempertahankan kedudukan dan kepentingannya, maka dia mentafsirkan pemimpin itu menggugat negara, lalu dipenjarakan. Bila terjadi demikian, berapa ramai orang yang gelisah. Lebih-lebih lagi yang kena hukum. Dari situ lahir lagi kejahatan.Kejahatan tidak dapat dihentikan tapi bertambah-tambah.

Contoh lain, orang yang tidak jahat dianggap jahat kerana menggugat pemimpin.Untuk menyenangkan tindakan maka diisytiharkan orang itu menggugat keselamatan negara. Sebaliknya pula, kes-kes jahat yang dibuat kerana hendak mempertahankan pemimpin atau kumpulannya yang terdorong oleh kejahatan nafsu ditafsirkan tidak jahat Berlaku demikian kerana disitu pemimpin dapat untung. Misalnya pergaulan bebas. Dibolehkan kerana pemimpin itu juga ikut sama terlibat. Pemimpin faham kalau muda-mudi lalai, mudahlah dia menonjolkan dirinya.

Bila orang yang jahat dianggap tidak jahat, maka lahirlah lebih banyak kejahatan lagi. Undang-undang tidak mampu membendung kejahatan itu bahkan ia bertambah.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer