Tunas- Tunas Baru Yang Sudah Punah Ranah Dan Terbiar


06/08/2006

Tunas-tunas baru dikalangan bangsa Melayu yang bakal menjadi aset kepada Negara dan bangsa untuk masa hadapan,pada masa sekarang ini sudah punah ranah. Mereka dipunah ranahkan oleh gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat,dipunahkan oleh dadah, oleh pergaulan bebas,oleh budaya-budaya lepak,oleh vandalisma, oleh rokok,oleh hiburan-hiburan yang tidak sihat. Perosak-perosak yang datang dari timur dan barat. Mereka dirosakkan oleh black metal,skin head, oleh budaya-budaya liar,yang datang dari dalam dan luar.

Semua anggota masyarakat, dari rakyat jelata dan penguasa negara, ulama-ulama dan pemimpin masyarakat, bahkan semua golongan sudah sangat cemas, tetapi mereka kebingungan, tidak tahu cara-cara dan kaedah-kaedah membaiki anak-anak muda yang sudah rosak ini. Kadang-kadang cuba dibaiki tetapi usaha membaiki itu merosakan lagi mereka.Mereka-mereka yang arif dalam bidang agama macam acuh tak acuh dengan gejala yang tidak sihat itu dan yang dijaga sangat adalah badan-badan Islam dan dakwah. Kadang-kadang tanpa usul periksa mereka kumpulan-kumpulan ini disesatkan.

Jadi tunas-tunas baru dikalangan orang Melayu terbiar, mereka bertambah liar.Kadangkala ada juga pihak-pihak yang bertanggungjawab menghighlightkan gejala-gejala yang tidak sihat itu untuk menunjukkan yang mereka juga mengambil berat.

Sehingga hari ini gejala masyarakat yang tidak sihat nampaknya tidak ada satu formula untuk menangani mereka. Ada pihak-pihak tertentu cuba mengatasi gejala yang tidak sihat itu, tetapi usaha-usaha mereka itu hanya menyebabkan gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat itu menjadi berkembang biak.Seolah-olahnya usaha mereka itu samada disedari atau tidak, mengembang biakkan gejala yang tidak sihat di tengah masyarakat. Kalau ada pihak yang sedar dan insaf membuat teguran, mereka pula dianggap sudah ketinggalan zaman, dianggap sudah tidak mengikut mainstream lebih-lebih lagi yang menegur itu ahli agama

Gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat itu yang dilakukan oleh tunas-tunas baru dikalangan bangsa Melayu, bukan boleh diubat dengan hiburan, bukan boleh dibaiki dengan teguran yang menghina dan mencerca bukan boleh diubati dengan pembangunan dan kemajuan.
Kadang-kadang gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat itu ia berkembang biak ditengah-tengah pembangunan dan kemajuan itu. Gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat itu boleh diubat dan dipulihkan dengan didikan, beri mereka iman, beri mereka Tuhan, beri mereka pendekatan kasih sayang.


Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer