Tidak Takut Dan Tidak Cintakan Tuhan Asas Kejahatan


25/08/2006

Penyakit paling besar yang menimpa dunia hari ini tetapi orang tidak anggap ianya sebagai penyakit dan mungkin orang Islam pun tidak menganggapnya sebagai penyakit ialah tidak takut dan tidak cinta Tuhan. Tidak takut dan tidak cinta Tuhan adalah penyakit besar yang sedang melanda dunia.

Orang yang tidak takut dan tidak cinta Tuhan, kalaupun dia tidak mengganggu orang lain, dia tetap dianggap jahat. Itu mengikut pandangan Tuhan. Sedangkan mengikut pandangan manusia, selagi kejahatan itu belum dilahirkan, itu belum dianggap jahat. Namun di sisi Tuhan tetap dianggap jahat sebab asas kejahatan itu sudah ada pada dirinya. Mengapa?
Ini kerana:
1. Mudah Terdedah dan Terjebak Kepada Kejahatan Bila seseorang itu tidak takut dan tidak cinta Tuhan ertinya jati din orang itu sudah roboh. Dengan kata-kata yang lain, ketahanan dirinya sudah roboh. Bila ketahanan sudah roboh, mudahlah kejahatan-kejahatan itu masuk kerana asas atau denak untuk melakukan kejahatan itu sudah wujud.

Bila orang tidak takut Tuhan, dia tidak takut hendak buat jahat dengan makhluk Tuhan. Bila orang tidak cinta Tuhan, automatik dia tidak cinta dengan makhluk terutama manusia. Sebab itu sepertimana yang dikatakan tadi, kalau dia belum ganggu orang pun, tetapi asas atau benih kejahatan sudah ada dalam dirinya. Jati dirinya sudah tumbang. Pintu kejahatan sudah terbuka luas. Hanya menunggu hendak buat atau tidak.

2. Ikut Jahat Atas Kejahatan Orang Lain Bila tidak takut dan tidak cinta Tuhan, kadang-kadang dengan kejahatan orang lain dia pun ikut jahat. Contohnya: Katalah dalam pergaulan, ada kawan-kawan yang buat silap. Kawan itu mengata dan menghinanya. Dia tidak tahan dan tidak sabar. Dia pun mengata dan menghina. Ertinya dengan kejahatan orang, dia pun ikut jahat disebabkan jati dirinya sudah terdedah. Padahal asalnya orang lain yang buat jahat. Patutnya kalau orang buat jahat, biarlah orang itu sahaja yang jahat. Tetapi dia tidak tahan. Dengan kejahatan orang, dia pun ikut buat jahat sama.

Berbeza dengan orang yang takut dan cintakan Tuhan, hatinya bersih daripada benih kejahatan. Bila benih kejahatan tidak ada, tidak mungkin benih itu akan tumbuh dan subur. Boleh tumbuh dan subur itu kalau ada benihnya. Kalau dibaja, akan suburlah is tetapi kalau benih pun tidak ada, tidak mungkin akan subur. Bila ada perasaan takut dan cintakan Tuhan, macam-macam kejahatan tidak jadi hendak masuk.

Contohnya: Katalah kita seorang suami. Suatu hari kita balik ke rumah pukul 12 malam. Bila ketuk pintu dan beri salam, isteri tidak bangun-bangun. Setelah lama mengetuk, barulah dia buka pintu. Apa hati kita kata? "Mungkin dia mengantuk. Takkanlah orang mengantuk tidak dimaafkan." Kita masih boleh lapang dada. Tapi kalau tidak takut dan tidak cinta Tuhan, kalaupun bukan penampar yang naik ke muka isteri, sudah tentu kita marah-marah dan mengamuk dengan isteri.

Kita bergaul dengan kawan-kawan. Tiba-tiba ada orang buat jahat terhadap kita. Dimakinya kita. Hati kita bersangka baik, "Dia tidak perasan agaknya. Dia tersilap agaknya." Ataupun kita takwilkan, "Dosa apa yang aku buat sampai Tuhan hukum. Sampai kawan boleh buat jahat begini kepada aku. Kawan baik pula tu. Ini mesti ada dosa aku yang Tuhan hendak qisaskan." Bila sudah ada takut dan cintakan Tuhan, kita boleh berlapang dada dan berbaik sangka. Sebaliknya kalau tidak takut dan tidak cinta Tuhan, tentu timbul pergaduhan, sakit hati dan dendam. Daripada dua contoh di atas, kalau kita kaji secara halus atau tersirat, kita akan dapati pula bahawa: 1. Setiap perkara yang kita tidak suka yang berlaku pada kita adalah disebabkan dosa-dosa kita sendiri Oleh kerana Tuhan sayang kepada kita sebagai hamba-Nya, kesalahan kita itu cepat dibalas sebagai penghapusan dosa. Dalam kitab ada menceritakan kisah satu keluarga yang mana si suami adalah seorang tauke emas. Dia keluar pagi, malam barn balik. Suami isteri ini orang beragama. Mereka ada orang gaji iaitu seorang lelaki yang baik.

Suatu hari sewaktu si suami tiada di rumah, orang gaji itu telah menghulurkan satu barang kepada isteri tuan rumah dari sebalik pintu. Mereka tidak memandang satu sama lain. Entah macam mana sewaktu menghulur barang itu, orang gaji itu telah memegang tangan puannya. Perempuan itu dapat merasa orang gaji itu memegang tangannya dengan bernafsu. Perempuan itu tidak marah tetapi dia dosa siapa yang menyebabkan perkara itu berlaku. Adakah dosa dia atau dosa suaminya.

Bila suaminya pulang, dia pun bertanya, "Saya minta abang jangan bohong. Waktu di kedai emas, apa yang berlaku?" Suaminya itu orang yang takut Tuhan. Dia berkata, "Tadi abang ada tersilap. Syaitan menggoda abang. Ada perempuan beli cincin, abang sarungkan cincin dan abang pegang tangannya dengan bernafsu." Perempuan itu pun berkata, "Patutlah saya kena hukum, abang pun kena hukum. Orang gaji yang baik itu pegang tangan saya. Ini hukuman pada abang."

Inilah cerita dalam kitab. Kadang-kadang kerana Tuhan sayang seseorang itu, Tuhan tidak biar lama kesalahannya. Tuhan hukum dengan segera supaya dia terlepas daripada hukuman di Akhirat kelak. Bilamana orang sudah takut dan cintakan Tuhan, ertinya ketahanan dirinya atau jati dirinya sudah wujud.

2. Gejala masyarakat payah hendak dibanteras kerana orang yang hendak baiki kejahatan pun sama-sama jahat

Di sini baru kita tahu rahsia mengapa gejala dalam masyarakat payah hendak dibanteras. Ini kerana orang jahat dan orang yang hendak baiki kejahatan pun sama-sama jahat serta tidak takut Tuhan. Contohnya, antara murid dengan guru. Guru pening kepala dengan kejahatan murid seperti tidak ikut kelas, tidak berdisiplin, tidak buat kerja rumah, tidak hormat guru dan lain-lain. Dia fikir, "Jahat betul murid aku ini."

Kenapa dia rasakan muridnya jahat? Oleh kerana dia tidak buat kejahatan yang sama dengan kejahatan yang muridnya buat maka dia rasa muridnya jahat. Padahal sebenarnya dia sendiri buat kejahatan lain, maka Tuhan balas. Contohnya, guru tidak bergaduh tapi murid bergaduh. Kenapa dia tidak boleh mendidik muridnya agar tidak bergaduh? Ini disebabkan dia pun buat kejahatan. Cuma kejahatannya tidak sama. Di rumah, sekejapsekejap dia tempeleng isteri atau sepak isteri. Jadi dia jugs jahat. Bagaimana guru jahat hendak baiki murid yang jahat?

Jadi kalau hendak tangani kejahatan atau gejala sosial di kalangan pemuda pemudi, guru-guru, nazir atau menteri jangan hanya can salah muda mudi. Selidikilah kejahatan sendiri dan bertaubat. Kalau terus bertindak sedangkan kita yakni menteri, guru besar, nazir, guru-guru tidak nampak kejahatan sendiri, maka Tuhan tidak akan tolong.

Oleh itu setiap orang yang hendak tangani gejala masyarakat, dia mesti fikir dulu apa dosanya. Dia mesti bertaubat dan meminta tolong dengan Tuhan. Setelah itu barulah berusaha menangani masalah. Di sini baru Tuhan akan tolong. Hari ini tidak berlaku begitu. Guru, guru besar atau menteri hanya nampak murid yang at dan tidak rasa dirinya jahat.

Begitulah juga kalau orang politik hendak baiki masyarakat. Masyarakat ada kejahatan sendiri manakala orang politik pula ada kejahatan sendiri. Mungkin dia tidak bergaduh macam masyarakatnya tetapi mungkin dia amalkan rasuah dan salah guna kuasa. Bagaimana orang jahat hendak baiki kejahatan orang lain?

Selama ini tidak pernah ada orang mengatakan segala kejahatan adalah berpunca dari manusia tidak takut dan tidak cintakan Tuhan, sekalipun ulama. Kalau ada orang yang memperkatakan pandangan yang sedemikian, mungkin dia dikatakan sesat hanya kerana pandangannya berbeza dan pandangan orang lain. Ini perkara yang sangat tersirat. Tidak takut dan tidak rintakan Tuhan adalah asas kejahatan.

Bagi orang yang takut dan cintakan Tuhan, dia tidak cepat bertindak. Dia fikir dahulu. Mungkin kerana ada dosanya. Dia pun bertaubat. Kalau dia fikir-fikir tetapi dia tidak jumpa dosanya maka dia berkata kepada Tuhan, walaupun dia tidak jumpa dosanya dia tahu dia ada salah, jadi dia minta ampun. Setelah barulah dia minta Tuhan tolong dia. Sebab itulah Rasulullah walaupun orang baling batu dan pasir padanya, dia doakan paya orang itu diberi petunjuk.

Jadi kalau orang buat jahat pada kita, kita pun hendak beritindak balas, ertinya kita sama-sama jahat. Orang yang baik tidak terus bertindak. Yang paling baik, dia fikir,ada dosanya sehingga orang buat jahat padanya. Dia sentiasa baik sangka dengan Allah. ltulah kesan dan cinta dan takut pada Allah.

Justeru bagi orang yang hendak baiki masyarakat, tidak cukup sekadar buat akta dan peraturan. Akta itu benda luaran. Itu cara terakhir. Patutnya dia betulkan hati manusia dahulu supaya orang takut dan cintakan Tuhan. Mengapa perlu baiki hati dahulu? Ini kerana kejahatan datang dan hati yang tidak takut dan tidak cintakan Tuhan.

Contohnya: - Kalau ada orang yang tidak mahu membantu jirannya yang miskin sedangkan dia tahu jirannya itu susah dan dia pula ada kemampuan, orang tidak akan berkata, "Tidak patut tangan orang itu tidak membantu." Tetapi orang akan kata, "Tidak ada hati perut orang itu." - Kalau ada orang hasad dengki dengan orang lain, orang akan kata, "Jahat betul hati dia." - Kalau orang tempeleng orang lain, kita tidak kata, "Sampai tangan orang itu." Kita akan kata, "Sampai hati orang itu." Takut dan cinta Tuhan adalah ibu segala kebaikan. Manakala tidak takut dan tidak cinta Tuhan pula ibu segala kejahatan. Itulah jati diri yang sudah rosak. Cukup sekadar itu. Mudah-mudahan is menjadi bahan berfikir untuk semua orang terutama guru-guru dan para pemimpin.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer