Tidak Mesti Seorang Pakar Al Quran Dan Al Hadis Bersikap Al Quran Dan Al Hadis(2)
Kuliah Umum
02/11/2006
6
. MENDENGAR DARI JAUH
Golongan ini golongan umat Islam yang hanya mendengardengar
tentang Islam dari jauh, mendengar melalui ceramah
umum atau mengikut orang ramai. Mereka ini bersandar kepada
ulama pun tidak, jauh sekalilah terus kepada Al Quran dan Al
Hadis. Namun mereka tetap mengaku, Islam yang diamalkan
oleh mereka mengikut Al Quran dan Hadis kerana mereka tahu
sumber ajaran Islam itu adalah dari Al Quran dan Hadis. Tentulah
apa yang diamalkan oleh masyarakat bersumberkan Al
Quran dan Al Hadis.
Golongan ini adalah bilangan yang majoriti atau bilangan
yang teramai hari ini. Dengan kata-kata lain mereka mengamalkan
Islam dengan secara tradisi tanpa mengetahui di mana
sumber ambilannya. Mereka hanya mengikut apa yang mereka
lihat. Kalau ada belajar pun sedikit sangat. Bahkan ada di antara
mereka, fardhu ain pun belum selesai. Golongan ini benar-benar
mengamalkan Islam secara jahil, secara melihat-lihat dan dengardengar
semata-mata tanpa ada kitab tempat rujuk. Mereka ini
adalah golongan fasik atau asi secara tidak sedar. Kebanyakan
mereka mati di dalam derhaka.
7.
MENGKAJI SEBAGAI ILMU SEMATA-MATA
Golongan ini suka mengkaji Al Quran dan Al Hadis atau As
Sunnah sebagai ilmu, bukan mereka beriman kepadanya. Bahkan
mereka pun tidak minat menganut Islam. Pada mereka,
Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadis itu hanya
sebagai bahan kajian.
Setakat mengetahui ilmu untuk dibandingkan
atau dijadikan perbandingan dengan agama atau ajaranajaran
ideologi yang lain.
Mereka ini ada yang belajar dengan tujuan untuk merosakkan
ajaran Islam itu dengan cara mengubah atau menambah, membuang
dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta serta
huraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil. Mereka juga
bertujuan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar mereka jangan menganut agama Islam.
Mereka itu terdiri daripada
sebahagian orang Kristian dan sebahagian orang Yahudi,
juga golongan free thinker. Puak ini dipanggil golongan orientalis.
Mereka belajar dengan tujuan hendak merosakkan ajaran
Islam. Yang mereka harapkan sangat adalah agar umat Islam
dapat pendidikan Barat tetapi jahil dengan ajaran Islam. Dengan
usaha mereka itu telah ramai cerdik pandai di kalangan umat
Islam yang berpendidikan Barat, dapat dipengaruhi oleh mereka.
Mereka itu sebahagian besarnya berkuasa dan mempunyai kedudukan
yang tinggi di negara mereka. Sama ada di bidang politik,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Berdasarkan huraian ini, nyatalah bahawa tidak semestinya
seseorang yang mahir serta pakar Al Quran dan Al Hadis menggambarkan
peribadi Al Quran dan Al Hadis. Begitu juga ada
orang yang boleh berhujah dengan Al Quran dan Hadis, mampu
menulis hebat kertas kerjanya, pandai bercakap, hujah-hujahnya
cukup kuat kerana berlandaskan Al Quran, Al Hadis dan As
Sunnah. Walaupun demikian, tidak semestinya kehidupannya,
rumah tangganya, sikap dan akhlaknya, pergaulannya, perjuangannya
dan cita-citanya mencerminkan Al Quran dan As
Sunnah.
Bahkan zaman sekarang ini berdasarkan penglihatan saya
yang telah menjelajah dunia, khususnya di negara-negara umat
Islam, kebanyakan mereka yang pakar Al Quran dan As Sunnah
lebih bermotifkan mental exercise dan glamour daripada mengamalkan
dan memperjuangkannya.
Lantaran itulah orang ramai tidak pula ingin hendak menjadikan
mereka itu ikutan. Orang ramai sekadar rasa kagum
dengan ilmu mereka kerana pandai dan mahirnya mereka membawa
nas-nas Al Quran dan mendatangkan Hadis dengan sanad-sanad
serta perawi-perawinya sekali.
- 1309 reads
Post new comment