Tentera- Tentera Tuhan Menyerang


14/01/2006

Turki didakwa lambat tangani selesema burung (Utusan Malaysia)
DOGUBAYAZIT, Turki 13 Jan. - Pegawai tempatan menuduh kerajaan Turki lambat bertindak untuk memerangi selesema burung semasa wabak itu masih terbatas terhadap ternakan ayam.
Datuk Bandar Dogubayazit, Mukkades Kubilay mendakwa kerajaan di Ankara hanya menghantar tiga doktor untuk membantu pihak berkuasa tempatan manakala pekerja tidak cukup untuk membantu membunuh ayam, itik dan angsa sebagai langkah pencegahan.
``Ini situasi luar biasa,'' katanya kepada Associated Press (AP) semalam.

Bagaimanapun pihak berkuasa kesihatan dan pertanian kebangsaan menafikan mereka lambat mengambil tindakan membendung wabak selesema burung.
``Sesiapa yang mengatakan kami lambat bertindak mempunyai niat jahat,'' kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Mine Tuncel.

Ulasan: Diakhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai, mereka pandai, dipandaikan oleh Tuhan,tetapi mereka lupakan Tuhan.Orang yang melupakan Tuhan, dirinya menjadi Tuhan walaupun tidak dilafazkan.
Maka Tuhan istihar perang terhadap mereka yang pandai tapi melupakan Tuhan,Tuhan hantarkan tentera angin untuk memusnahkan, Tuhan hantarkan tentera air untuk merosakkan, Tuhan hantarkan tentera gempa menghancurkan bangunan,Tuhan hantarkan tentera yang sangat halus dikatakan kuman.
Tentera kuman ini lebih memusnahkan mereka yang sudah lupakan Tuhan, tentera ini tidak memusnahkan bangunan, tetapi memusnahkan insan. Melalui tentera-tentera kuman ini, lahirlah penyakit-penyakit HIV, Aids, sakit jantung, kencing manis, barah, paru-paru berair dan lain-lain, yang menakutkan dan mematikan,datang lagi tentera-tentera Tuhan. Selsema burung namanya yang sangat menakutkan.
Tuhan arahkan tentera nyamuk memusnahkan manusia, penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban.
Di mana kepandaian manusia nak melawan Tuhan?
Di mana kuasa manusia nak melawan kekuasaan Tuhan?

Tentera ini ia menyerang tidak mengenal bangsa,bangsa yang kuat macam Amerika turut kena serang.Tetapi tentera Tuhan ini mereka tidak dapat menghalang.
Setiap hari manusia yang pandai-pandai pening kepala,bila berhadapan dengan tentera Tuhan.
Sekarang ini manusia didalam ketakutan sebab bermacam-macam tentera Tuhan menyerang dan mereka tidak dapat melawan, tetapi manusia belum lagi insaf dan surrender kepada Tuhan, mereka cuba cari jalan untuk mengatasi serangan Tuhan.
Tetapi makin mereka cari jalan mengatasi, maka tentera Tuhan makin galak menyerang.Keadaan ini Tuhan terus menyerang, menghantar tentera dengan berbagai-bagai jenis yang tak dapat dihalang.
Hingga lahirlah Imamul Mahdi, orang simpanan Tuhan untuk akhir zaman, barulah Tuhan meredakan terhadap insan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer