Tawakkal


09/08/2006

"Tawakkal " itu meletakkan pergantungan hati kepada Allah semata-mata, tidak pada diri, harta atau pada sesiapa sahaja....

Kisah I
Sayidina Umar telah berjumpa sekumpulan penduduk Yaman yang tidak berusaha, sebaliknya hanya bertawakkal buta. Sayidina Umar bertanya, "Mengapa kamu tidak berusaha?"

Mereka menjawab, "Kami hanya bertawakkal kepada Allah."

Kata Umar, " Kamu berbohong, kamu bukan orang yang bertawakkal. Orang yang bertawakkal itu menaburkan benih ke dalam tanah yang subur, lalu dipelihara menurut ketentuan-ketentuan orang yang bercucuk tanam, dan barulah menyerah diri bertawakkal kepada Allah."

Kisah II
Nabi Musa a.s tidak mahu mengubat sakitnya walaupun kaumnya telah menunjukkan ubat dari tumbuh-tumbuhan yang terkenal mujarab.

"Aku tidak akan berubat sampai aku disembuhkan-Nya tanpa berubat," kata Musa a.s.

Namun penyakitnya tidak juga sembuh-sembuh. Allah mewahyukan agar Nabi Musa berubat sepertimana yang disyorkan oleh kaumnya. Nabi Musa melaksanakannya dan dia pun sembuh. Allah berfirman kepadanya, " Engkau hendak membatalkan hikmah-Ku dengan tawakkalnya engkau kepada-Ku. Siapakah yang menyimpan ubat dalam tumbuh-tumbuhan sebagai manfaatnya, selain Aku?"

Kisah III .
Sayidina Umar r.a pernah menolak untuk masuk ke tempat yang terkena wabak taun. Lalu Sahabat-Sahabat yang berpendapat tiada salahnya untuk masuk ke tempat itu dan bertawakkal kepada Allah bertanya: "Adakah kita lari dari taqdir Allah Taala?"

Umar menjawab, "Benar, kita lari dari taqdir Allah kepada taqdir Allah."

Usaha Dan Tawakal..... berusahalah, bekerjalah, bertawakkal dengan Tuhan jangan lupa.Yakin dengan usaha dan kerja tanpa tawakkal mentuhankan diri namanya. Jangan bertawakkal sahaja tanpa usaha dan bekerja.Ini menafikan usaha dan menolak syariat di dalam kehidupan.Usaha dan tawakkall dua perkara yang mesti ada bersama.Tidak boleh dipisahkan di antara kedua-duanya.Apabila berjaya malulah kepada Tuhan,kerana usaha kita Dia jayakan.Merendah dirilah kepada-Nya Puji dan pujalah kepada Tuhan dengan sepuas-puasnya. Janganlah bangga dengan kejayaan, sombong dan takbur namanya.Sombong dan takbur dimurkai Tuhan,tidak sepatutnya kita lakukan.Begitulah caranya kita berusaha dan bekerja.Kita berusaha jangan tinggalkan Tuhan.Tuhan adalah segala-galanya buat kita. Jangan lupakan Tuhan di dalam berusaha dan bekerja.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer