Taqwa, Sumber Kemenangan Umat Islam


22/07/2006

Israel sebuah kuasa tidak bermoral
Oleh: MUSTAFA KAMAL BASRI, HAMDEN RAMLI dan WAN SYAMSUL AMLY

KUALA LUMPUR 21 Julai Israel merupakan sebuah kuasa yang tidak bermoral kerana melakukan tindakan kejam membunuh orang awam termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan.

Tindakan ketenteraan yang dilancarkan oleh Israel itu sangat tidak berperi kemanusiaan kerana kanak-kanak, wanita dan orang tua itu bukan sahaja tidak berdaya tetapi tidak mempunyai senjata untuk mempertahankan diri.

Serangan tentera Israel itu juga telah menyebabkan beratus-ratus yang lain cedera dan kemusnahan ke atas kemudahan awam...........................

Ramai bangsa-bangsa di dunia ini menawan musuhnya dengan kekuatan senjatanya dan fizikal. Mereka boleh mengalahkan mereka tapi risikonya tinggi tetapi ramai orang yang mati, ramai yang cacat dan cedera, pembangunan runtuh, harta musnah. Musuh-musuhnya yang kalah benci dan berdendam sampai mati.Semasa mereka masih lemah, mereka melakukan berbaga-bagai sabotaj dan pembunuhan-pembunuhan curi lari. Yang kuat walaupun menang dan berkuasa, tapi hidup sentiasa bimbang dan di dalam bahaya.Mentadbir negara itu pula terpaksa dibangun dan dipulih semula.

Tetapi berlaku di sebaliknya, jika sesuatu bangsa menawan musuhnya dengan senjata ilmu dan kasih sayang. Musuhnya dapat dikalahkan, namun tidak terasa dikalahkan oleh musuhnya. Kekalahan yang tidak terasa itu pula, mereka merasakan mendapat untung, mendapat kawan, mendapat ilmu dan kemajuan. Musuh-musuh yang mengalahkan itu mereka tidak dianggap musuh.

Musuhnya itu pula dianggap menjadi kawan yang berjasa pula dan penyelamat umat kekuatan ilmu dan kasih sayang menawan musuh-musuhnya sangat positif dan menghiburkan. Musuhnya mendapat kawan, dapat ilmu, dapat kemajuan, tidak ada yang mati, tidak ada yang rosak dan binasa.

Bahkan musuhnya yang ditawan itu sangat senang hati dan dapat hiburan pula.Yang menawan tidak dirasakan musuh, bahkan mereka kawan yang setia lagi berjasa. Bodoh sekalilah bangsa-bangsa yang menawan musuhnya dengan kekuatan senjata dan fizikal. Risikonya amat besar, kematian, kemusnahan, kebencian, dendam yang berpanjangan.

Saya seru umat Islam hari ini tukarlah kaedah perjuangan. Janganlah hendak kalahkan musuh dengan kekuatan senjata dan tenaga. Itu pun umat Islam belum pun mendapat kejayaan dan menerima kemenangan, bahkan kehinaan pula.Tawanlah musuh-musuh dengan ilmu, khidmat dan kasih sayang. Musuh-musuh itu akan jadi kawan bukan lawan, kerosakan dan kemusnahan tidak berlaku, orang pun sayang. Hanya orang yang hasad dengki sahaja dengan kejayaan orang yang rasa tidak senang, Itu biasalah berlaku tapi golongan ini tidak ramai di setiap zaman. Biasanya ini terjadi kepada mereka yang ada kuasa dan cerdik pandai.

Berjuang membunuh musuh bukanlah utama, mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih mulia daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya.Rasulullah pernah berkata ," Aku tidak mahu membinasakan mereka kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam".

Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola. Bukan membunuhnya kecuali tidak dapat dielakkan.

Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang?
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam?
Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata tetapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata?

Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada. Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya. Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa. Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama. Ia adalah merupakan sumber rezeki, sumber bantuan dan sumber kemenangan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer