Taqwa

Kuliah Umum


09/07/2005

TAQWA

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Saya ambil sebuah hadist :

Huraianya :
Hendaklah kamu takutkan Allah dimana sahaja kamu berada dan hendaklah ikuti kejahatan itu dengan kebaikan dan hendaklah kamu berakhlak baik sesama manusia dengan sebaik2 akhlaq.

Karena taqwa itu begitu penting, tak habis2 lagi kita memperkatakan taqwa. Taqwa inilah yg tak selesai lagi pada diri kita. Jadi dalam hadis ini masih kita akan perkatakan taqwa. Mudah2an tak jemu karena dah selalu kita perkatakan. Karena kita belum bertaqwa, Allah tak tolong kita, buktinya hutang masih banyak. Jadi saya kena fahamkan lagi tentang Taqwa.

Hadis di atas pendek sahaja tapi disinilah rahasia kejayaan kita. Inilah keselamatan kita dunia akhirat. Disinilah rahasia Tuhan bantu atau tidak. Kalau umat Islam boleh faham satu hadis ini pun sudah cukup. Bila dihayati dan diamalkan selesai masalah umat Islam, sedangkan hadis banyak. Hadis shahih sahaja ada 7000 hadis. Tapi cukup memahami hadist yang tadi kita sebutkan, fahami betul2 untuk difahamkan ke seluruh dunia, termasuk ulama dan rakyat, bila faham satu hadis ini Insya Allah selesai masalah Umat Islam.

Perincian, perbahasan yg akan dihuraikan dalam hadis ini ada 3 perkara yang besar :

1.Hendaklah takutkan Allah dimana sahaja kita berada,
2.kalau terbuat kejahatan cepat2 dibayar dengan kebaikan
3.dengan manusia kena berakhlaq dengan sebaik2 akhlaq

1.Hendaklah Takutkan Allah dimana sahaja kita berada

Tuhan meminta kita melalui lidah RSAW untuk bertaqwa dimana sahaja kita berada. Disini baru kita paham tak sepertimana Umat Islam lain paham hari ini. Umat Islam di akhir zaman ini kalau disuruh bertaqwa, yang mereka nampak Mekah, pergi umroh. Kejap2 umroh. Tak betul itu. Sedangkan bertaqwa itu dimana sahaja. Boleh dibuat dimana sahaja bahkan di depan, belakang, tepi rumah kita boleh bertaqwa. Tak payah pergi Mekah-Medinah. Tapi sekarang ini sudah jadi satu trend bila sudah buat jahat untuk taubat pergi umrah. Hingga pergi umrah sudah jadi komersil, melalui travel agent pergi Mekah, sedangkan taqwa itu dimana2 pun boleh buat. Hanya soalannya ada ilmu atau tidak sahaja, hayati atau tidak, boleh di applykan atau tidak.

Di bendang kita boleh dapat taqwa. Niat aku akan ke bendang untuk menghasilkan padi untuk orang ramai. Niat sahaja sudah dapat pahala, walaupun setelah tanam padi habis di makan binatang. Tikus makan pun dapat taqwa sebab dia ada niat ingin berkhidmat, itu sedekah secara tak langsung. Lebih2 lagilah kalau yg makan hasil padi kita adalah manusia, lagi besar taqwa. Yang sedekah secara langsung misalnya jual murah2 dapatlah taqwa. Itu di bendang, asalkan buat kerja di bendang tidak tinggal perkara yg asas, sembahyang kena jaga dan perkara fardhu lain kena jaga, dapat taqwa. Di bendang sahaja berapa banyak pahala taqwa yg kita dapat. Bukannya ke Mekah sahaja baru dapat taqwa, pergi Mekah itu bukan setiap masa. Ke Mekah hanya wajib bagi orang yg mampu.

Di pasar lagi banyak dapat taqwa. Siapa berniaga di pasar dengan niat untuk berkhidmat, untuk mudahkan orang beli belah, belum buat apa2 lagi hanya niat sahaja sudah dapat taqwa. Niat seorang itu lebih baik dari amalnya. Bila niaga di pasar jual barang murah2, sudah dapat taqwa lagi. Ada orang tak cukup duit untuk beli barang kita, kita halalkan, dapat taqwa lagi. Waktu nak balik ada lebih2 barang , sedekahkan, dapat taqwa lagi.

Berapa banyak taqwa dapat di situ. Kalau kita boleh bertolak ansur, berlebih kurang, berapa banyak taqwa yg dapat di pasar. Selama ini orang fikir untuk mendapatkan taqwa, mereka mau pergi berjihad, dapat mati syahid, ingin pergi ke Afghan, pergi Palestine, dapat mati syahid di sana. Ini orang jahil yg tak faham.

Kata Rasulullah :

Orang yg berniaga, dia amanah dan jujur, itulah jihad fi sabilillah

Tak payah ke Palestin, Afghan, kita tak larat untuk lawan Amerika dan Yahudi, sedangkan orang yg jujur dalam perniagaan itulah jihad fi sabilillah. Di pasar pun boleh dapat pahala jihad, ia pakej besar. Bila kita jujur dalam perniagaan seolah-olah kita sedang bertembak2 dengan musuh. Mujurlah taqwa itu bukan barang. Kalau barang jenuh kita nak kutip. Karena ia bentuk maknawi, rohani, ia mudah. Cuma tak mudah untuk diamalkan dan dihayati. Buktinya sekarang orang fikir untuk dapat taqwa dia ke Mekah, dia tak nampak taqwa di bendang dan di pasar. Tak nampak taqwa dengan jiran, dengan kawan, dengan rakyat, masyarakat dll. Sebab itu apa kata Rsaw, hadis itu banyak ulama tafsirkan tak betul, betul secara lahir tapi yg tersirat tak betul.

Rasul saw bersabda lagi yang maksudnya : Tuhan telah jadikan bagi aku bumi ini semuanya mesjid,

Selama ini ulama-ulama, tok2 guru terjemahkan secara tak betul. Betul secara lahir, tapi yg tersirat tak betul, dia tak faham. Dia kata di manapun boleh sembahyang, di bumi manapun boleh sembahyang. Ini rahmat Rsaw. Itu betul juga tapi kehendak sebenar bukan itu, lebih2 lagi sekarang ini di zaman moden masjid sudah banyak, tak sesuai sembahyang di pasar dll. Sudah ada masjid cantik2, berkarpet lagi.

Apa maksud yg tersirat di sebalik hadis ini? Artinya di pasar amalkan roh mesjid, mesjid lambang sembahyang dan ibadah. Bila kamu ke pasar amalkan kehendak sembahyang. Di pasar, di bendang, kalau ada jiran, berbaik2 dengan jiran itu roh sembahyang. Kalau awak berkawan bawa kehendak sembahyang dalam berkawan, waktu kita cari rezeki, waktu memandu, waktu berjalan, roh sembahyang bawa sekali. Itulah dia huraian yg sebenar yg tersirat dalam hadis tadi. Maksud sebenar hadis tadi itu ialah roh sembahyang itu bawa ke mana2 : dengan keluarga, kawan, waktu berjuang, musafir dan sebagainya dan sebanyak apa yg kita buat. Itu maksud yg tersirat. Tafsir asal tak betul. Nak sembahyang, nak wirid di bendang boleh, tapi maksud besarnya, bawa ruh sembahyang ke mana saja. Kalau maksud tersurat hari ini sudah batal. Mesjid sudah banyak sedangkan dulu tak banyak surau mesjid.

Taqwa sudah disempitkan oleh ulama, padahal ia boleh dibuat di mana2 sahaja asalkan kita faham.


2.Iringi Kejahatan dengan kebaikan

Iringilah kejahatan itu dengan kebaikan. Padahal taqwa itu umum. Bila kita buat jahat kemudian bertaubat, kalau kita terbuat salah, kemudian buat baik untuk mengcover, itu sudah termasuklah kupasan taqwa. Mengapa tambah lagi dalam hadist tadi dengan menyebut : Kalau buat salah iringkan dengan buat baik. Untuk tampung. Itukan taqwa, tapi mengapa di ulang lagi, iringi kejahatan dengan kebaikan. Bila buat jahat iringi dengan kebaikan ertinya taubat dulu baru iringi dengan kebaikan untuk cover kejahatan. Mengapa Rsaw khususkan yg ini, sepatutnya dirangkumkan sahaja.

Rsaw tahu di akhir zaman banyak orang Islam yg jahil, pada mereka bertaubat itu bukan taqwa, pergi Mekah baru taqwa. Lepas buat jahat dicover dengan kebaikan itu bukan taqwa. Sebab itu disebut, buat baik, buat dosa, makan ubat lepas itu makan racun. Begitulah dengan Tuhan. Mana boleh buat baik lepas itu buat jahat, buat baik lepas itu buat jahat, kalau terbuat juga cepat2 taubat. Itu maksudnya iringi kejahatan dengan kebaikan. Sebab Tuhan tahu di akhir zaman ada orang campurkan kebaikan dengan kejahatan.


3.Dengan manusia hendaklah berahklaq baik

Mengapa? Ini adalah ibadah hablumminannas. Hablumminannas ini kadang2 lebih banyak pahala dari hablumminallah. Sebab kita bergaul dengan manusia setiap hari, setiap masa, manakala habluminAllah hanya masa-masa tertentu sahaja. Habluminannas berlaku di pejabat, di masjid, naik kenderaan, di bangunan, di pasar, di bendang dll. Jadi karena hal bergaul dengan manusia ini sering berlaku maka sebab itulah diperintahkan supaya berakhlak baik yakni menghiburkan manusia. Kena hiburkan manusia sebab urusan dengan manusia ini banyak, hendaklah berakhlaq dengan manusia bererti hendaklah hiburkan manusia, sebab masa untuk hiburkan manusia lebih banyak dari masa kita dengan Tuhan.

Kalau orang tak faham taqwa, dia fikir sembahyang, puasa, zikir sahaja. Dia tak dapat pahala hiburkan manusia, kita maaf kan orang dan meminta maaf, berkasih sayang, bekerjasama, tak hasad dengki, itu semua cerita menghiburkan manusia, itu semua adalah berakhlaq baik dengan manusia. Kalau kita ada ilmunya, kalau kita faham, amalkan dan hayati sebenarnya hal hablumminans terlalu luas, tapi kefahaman ini di sini terabai. Ada orang sembahyang Dhuha, baca Quran, puasa dll tapi berniaga di pasar banyak orang tak senang, sakit hati, sebab bergaul dengan orang tak berakhlaq. Tak ada kerjasama, hasad dengki, ada barang mahal tekan pelanggan. Kalau tengok sembahyang Dhuha hebatnya, tapi dengan manusia tak ambil kira, tak ada ertinya perhubungan dengan Tuhan kalau tak berhubung dengan manusia.

Seolah2 Tuhan berkata :Apa pasal engkau tak mau berhubungan dengan orang lain sedang kalau ada ibadah dengan Aku, ada hubungan dengan hamba2 Aku. Sebab itu aku suruh engkau berhubungan dengan Aku melalui sembahyang, puasa, baca Quran, wirid, zikir dll, supaya engkau pandai hubungan dengan orang lain.

Orang jahil, ibadahnya OK, tapi bila berhubung dengan manusia maka orang boleh hilang keyakinan dengan Islam. Di pasar jadi orang jahat sebab tak faham hadis, padahal kalau faham selesai urusan umat Islam. Kalau kita faham ilmunya, fahami dan hayati kita akan dapat sifat taqwa di mana pun.

Uraian ini sudah tak difahami oleh umat Islam termasuk ulama. Ulama hanya tafsir, tengok, diantara rahmat Islam, mudah nak sembahyang di mana-mana. Ini tafsir tersurat, tafsir lahir.

Sekian

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer