Tangan Kanan Membangun Tangan Kiri Meruntuhkan


23/01/2006

Kita orang Melayu khususnya mahu maju amnya umat Islam pun begitu. Para pemimpin besar dan kecil bercakap merangsang memberi semangat ke arah itu tetapi secara umum rakyat dan pemimpin sikapnya tidak begitu. Adakalanya sikap kita double standard, tangan kanan membangun tangan kiri meruntuhkan.

Begitu juga dasar setengah-setengah hal di satu sudut hendak membanteras gejala masyarakat, di satu sudut yang lain menggalakkan. Yang lebih malang lagi tabiat orang Melayuatau orang Islam yang negatif tidak berubah ini menjadi penghalang kepada kemajuan.

Di antaranya dasar masyarakat melahirkan budaya lepak , samada disedari atau tidak, pergaulan bebas menjadikan muda-mudi jiwanya rosak. Apabila jiwa mereka rosak, terlibat dengan dadah, pergaduhan, rokok, zina, rogol, vandalism, curi, membuang masa sia-sia. Perangai-perangai ini menghalang kemajuan atau melambatkan kemajuan di samping memecah belahkan perpaduan.

Tabiat hasad dengki pula ada yang hendak maju, ada yang hendak meruntuhkan atau menghalang. Setengahnya yang ada kuasa, menyalah gunakan kuasa. Ada orang tidak ada daya dan semangat maju dibantu akhirnya gagal maju. Ada yang berdaya dan bersemangat maju, berusaha gigih tidak dibantu bahkandisekat tidak boleh maju.

Berlakunya begini kerana sikap orangkitanawaitunyatidaksama. Ada yang berslogan maju bertujuan politik bukan dari hatinya.

Adayangberkuasa memilih-milih orang memberi bantuan kerana kroninya untuk ambil hatinya, yang tidak dibantu adalah musuhnya.

Yang hasad dengki sakit hati kemajuan orang dihalang-halangnya, ertinya semua golongan ada mempunyai penyakit hati yang tersendiri.

Tetapi tidak ada golongan yang pandai mengubati agar kemajuan tidak terhalang menuju sasarannya. Kalau begitu bercakap hendakkan kebaikan senang. Memberi kaedah bagaimana masyarakat boleh baik itu susah.

Kemajuan di semua bidang ada hubungan dengan pembangunan insan. Berubah fikirannya, jiwanya, nafsunyadan sikapnya kemajuan mudah dibangunkan. Membangun material rupanya ada hubungan dengan membangun insan.

Membangunkan insaniahitulahyangtidakadaorang yangboleh melakukan kecuali dia orang Tuhanyangmampumelakukan. Fikirkanlah membangunkan insaniah lebih dahulu membangunkan material mudah dibangunkan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer