Tamaddun Insaniah Punah Ranah


27/02/2006


Kemampuan yang Tuhan anugerahkan kepada manusia sungguh luar biasa.Negara maju, membangun dan sangat cantik dibuatnya,di masa yang sama akhlak runtuh, punah-ranah separas bumi. Bangunan-bangunan yang dibina pencakar-pencakar langit tapi ego dan kesombongan manusia setinggi langit Jalan-jalan raya berselirat, luas bertaraf super highway, tapi jiwa-jiwa manusia telah sempit.Berjalanlah manusia di atasnya himpit-menghimpit. Ramai yang hatinya sakit.

Manusia sudah terlalu pandai ,berbagai-bagai alat-alat kemudahan hidup yang canggih-canggih diciptanya.Berlakulah keselesaan hidup yang luar biasa... tapi di masa yang sama budi bahasa sudah tiada,satu sama lain curiga-mencuriga. Dengan alat-alat perhubungan yang canggih,dunia sudah dekat dan sempit. Semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja di negara di dunia ini dengan cepatnya.Tapi dengan kemudahan bertemu ini kemungkaran dan maksiat amat pesat.

Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti AIDs menyerang dan membunuh manusia dengan dahsyatnya.Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya amat menonjol .Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai, cerdik pandai tidak terbilang. Tapi di waktu inilah manusia khianat, curang,penipu dan pembohong.Hingga sudah hendak dipercaya pada seseorang.

Makin seseorang itu pandai semakin kita bimbang dan hilang keyakinan. Tamadun kebendaan sungguh mengkagumkan ,tapi tamadun insaniah sangat rendah;bahkan telah punah-ranahKerana itulah manusia semua golongan sudah hidup di dalam ketakutan.Di mana pergi sudah tidak ada keselamatan dan keamanan .Berlaku rompak, samun, kidnap setiap hari .Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya manusia ,ditambah lagi dengan tuduh-menuduh, kata-mengata, fitnah-memfitnah lumrah berlaku. Serang-menyerang, peperangan sudah jadi budaya antarabangsaKaum wanitanya sudah berpelajaran,sama-sama menyumbang membuat kemajuan.Tapi di masa yang sama sifat malunya punah-ranah. Benteng kewanitaannya sudah rebah dan terdedah. Lahirlah budaya bebas, budaya zina, budaya lepak-melepak Dunia sungguh indah dan cantikTapi penyakit masyarakat sudah kronik.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer