Syawal Masa Untuk Bermuhasabah


22/10/2006

PULANGNYA PERANTAU...

Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma beberapa hari lagi telah menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Mereka tidak ingin melepaskan peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama kaum keluarga dengan menggunakan pengangkutan awam.

ULASAN

Terjemahannya: Berapa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapat apa-apa selain lapar dan dahaga.

Kalaulah puasa kita tidak menghilangkan keluh kesah, tamak haloba, sombong, hasad dengki, marah dan cinta dunia kita itu, ertinya yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga. Dan kalau begitu apa ertinya hari raya pada kita? Kemenangan apa yang hendak kita syukurkan pada hari raya? Sepatutnya pada hari raya kita menangis atas kekalahan kita berhadapan dengan nafsu kita itu. Tangisi juga ujian-ujian Allah yang kita gagal menghadapinya. Hari raya sebaik-baiknya hari bertaubat dcngan Allah alas segala kebiadapan yang kita lakukan pada-Nya.

Kita mimpikan sebuah negara yang aman makmur dan mendapat keampunan dari Allah SWT. Dan kita berharap serta bcrjuang dan berkorban untuk maksud itu. Hingga kadang-kadang kita terfikir kitalah generasi yang boleh menegakkan kembali Islam di dunia sepertimana sejarah perjuangnn salafussoleh Sedangkan iman dan taqwa serta akhlak dan ibadah kita tidak seperti mereka.


Apahal dengan kita? Cita-cita besar, angan-angan panjang tapi taqwa kita makin hari makin kurang. Amal ibadah kita dan perjuangan kita bukan menambah taqwa tapi menjahanamkan kita. Kita berjuang dengan kekuatan semangat dan nafsu, bukan dorongan taqwa. Sebab itu hasilnya bukan saja Islam belum tegak dalam negara dan masyarakat tapi diri sendiri pun makin ganas dan akhlak buruk sekali. Bagaimana Allah, boleh percaya untuk memberi kemenangan pada kita? Apa jaminan yang kita boleh mengamankan dunia?

Di seluruh dunia hari ini, keamanan sudah tidak wujud lagi. Maksiat jadi budaya hidup yang diperjuangkan. Perpaduan hancur lebur, hatta dalam rumahtangga pun tiada lagi kasih sayang yang hakiki lagi. Perang dan rusuhan makin bertambah dan menjadi-jadi. Krisis politik makin kusut dan meruncing. Penyelewengan dan penipuan dalam ekononi makin menjadi-jadi. Rusuhan tidak dapat dibendung lagi. Manusia benar-benar hidup dalam nafsi-nafsi. Tuhan tidak ada tempat dalam kehidupan. Al Quran hanya untuk berhibur-hibur. Undang-undangnya dipertikaikan dan tidak diterima dalam perundangan hidup manusia abad ini.

Sungguh dunia hari ini dan kehidupan manusia-manusia sudah rosak sama sekali. Kalaulah hal ini dibiarkan terus-menerus berlaku, kita bimbang kita dan anak cucu kita akan terseret sama dalam kemurkaan Allah dunia dan Akhirat. Tapi apa daya usaha yang boleh kita lakukan untuk menghadapi masalah dunia ini? Kita masih terlalu lemah dalam apa ha1 sekalipun.

Mendengar pekikan-pekikan dari pejuang Islam di seluruh dunia, rasanya seolah-olah mudah saja dunia ini hendak diIslamkan kembali. Dan rasanya apa juga masalah dunia akan dapat diselesaikan tidak berapa lama lagi. Tapi bila dilihat pada realiti yang wujud, kita jadi kecewa bila melihat Islam yang ditempikkan itu hanya jadi angin yang tidak boleh dilihat. Usaha-usaha praktikal untuk mengkotakan cita-cita perjuangan yang ditempikkan itu belum dimulakan lagi. Lantaran itu, pejuang-pejuang Islam sendiri masih terlibat secara langsung dengan ekonomi riba, pendidikan sekular, politik demokrasi kotor, sosial lucah yang menghalalkan percampuran lelaki perempuan, hiburan-hiburan yang melalaikan, makanan syubhat, pakaian dan hiasan ala Yahudi, rumah bagai muzium dan anak isteri yang tidak dididik dengan Islam.

Dari hal yang kecil kepada yang besar, mereka belum menukarkannya dari jahiliah kepada Islam. Ramadhan yang sudah silih berganti datangnya dan ibadah-ibadah lain yang banyak dilakukan tidak pun mendorong mereka untuk berubah dari memperturutkan nafsu kepada mentaati Allah. Tegasnya ibadah mereka tidak mengembalikan mereka kepada fitrah murni yang taat kepada Allah.

Apa harapan untuk mereka mengubah dunia jahiliah ini kepada dunia Islam? Kita hairan dan masyarakat akan tertanya-tanya bila dan bagaimana peralihan hidup kepada Islam mahu dimulakan. Supaya kita dan mereka tidak lagi berada dalam suasana dan sistem mungkar yang diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam. Supaya Islam bukan lagi untuk slogan dan tempikan tetapi untuk diamalkan dan dikerjakan. Supaya Islam dan mereka tidak lagi berada dalam suasana dan sistem mungkar yang diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam. Supaya Islam bukan hanya dalam kertas, di pentas dan diseminarkan tapi untuk dibangunkan, dilaksanakan dalam kehidupan dan buktikan secara realiti. Supaya Allah dan Rasul serta orang mukmin dapat menilai. Supaya ternyata siapa yang benar-benar inginkan Islam pada orang ramai, untuk menarik perhatian masyarakat kepadanya.

Bercakap tentang Islam memang mudah. Tapi mengamalkan Islam itu susah. Orang yang bercakap tentang kebaikan belum tentu dapat melakukan kebaikan tersebut. Sebab untuk bercakap kita memerlukan ilmu tapi untuk beramal memerlukan iman dan taqwa. Sebab itu Sayidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata. Orang alim yang tidak bertaqwa, katanya tidak akan berbekas di hati manusia Seperti hujan yang turun di atas batu yang licin atau di atas telur burung kasawari.

Maknanya, cakap orang yang berilmu tapi tidak bertaqwa itu tidak boleh mengubah orang dari kurang baik kepada lebih baik. Tegasnya, orang yang tidak dapat hendak beramal dengan kata-katanya. Di dengar sedap, tapi tidak dapat hendak beramal dengannya. Hanya berteori tapi tidak untuk dipraktikkan.

Mengapa orang yang tidak bcrtaqwa tidak dapat menegakkan Islam dengan kehidupan, dan tidak dapat membuatkan orang lain beramal dengan ajarannya? Ini berdasarkan firman Allah:

Terjemahannya: Dan Allah itu pembela orang-orang yang bertaqwa.(Al Jaathiyah )

Allah tidak kata Dia akan bela orang Islam. Maknanya Islam saja tapi tidak bertaqwa, tidak akan dibela atau ditolong oleh Allah. Bila Allah tidak mahu tolong, maka usaha atau perjuangan tidak akan sampai ke matlamatnya. Islam yang kita ingin, tidak ketemu jalan-jalan untuk melaksanakannya. Tinggallah cita-cita sebesar gunung tapi keupayaan terdampar di bumi.

Oleh itu, perjuangan kita kalau mahu dibantu oleh Allah hendaklah diasas dan didorong oleh iman dan taqwa. Senjata perjuangan Islam yang terpenting ialah iman dan taqwa yang dimiliki oleh tiap-tiap peribadi pejuang-pejuangnya. Sebab itu program-program untuk mendapatkan iman dan taqwa mesti jadi program terpenting dalam perjuangan kita. Dan kalau ada aktiviti-aktiviti yang boleh melemahkan iman dan taqwa, itu mesti dihindarkan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer