Syarat- Syarat Usaha Umum Jadi Ibadah

Kuliah Umum


28/06/2006

Dalam Islam, ibadah ada dua jenis atau dua bentuk, iaitu yang pertama ibadah khusus dan yang kedua ibadah umum.

IBADAH KHUSUS
Iaitu ibadah yang terkandung di dalam Rukun Islam yang lima:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Sembahyang lima waktu
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Zakat
5. Mengerjakan haji

Itulah ibadah asas atau ibadah yang menjadi tiang-tiang seri di dalam Islam. Ia adalah merupakan fardhu ain ke atas setiap mukalaf iaitu setiap orang mesti melibatkan diri tidak ada kecualinya sekalipun dia raja.

IBADAH UMUM
Ibadah umum ini boleh dibahagi kepada dua kategori:

1. Ibadah fardhu kifayah.
Ibadah ini kena dibuat atau dibangunkan tetapi jika ada sebahagian umat Islam membangunkannya untuk keperluan masyarakat umum, maka orang lain akan terlepas daripada dosa. Misalnya memperjuangkan kemerdekaan, melaksanakan pendidikan umat, membangunkan ekonomi negara dan masyarakat, mentadbir negara, membina pusat-pusat rawatan dan perubatan, mencari ahli pasukan keselamatan seperti tentera dan polis, membuat rancangan pertanian, mengusahakan kemudahan-kemudahan awam dan lain-lain lagi.

2. Perkara mubah.
Perkara-perkara yang boleh dibuat atau ditinggalkannya. Misalnya makan minum, tidur baring, rehat, berjalan-jalan, joging, memanjat gunung, merentas hutan dan lain-lain. Kalaulah ibadah khusus seperti melaksanakan Rukun Islam yang lima itu ada syarat rukunnya, ia akan jadi ibadah jika syarat-syarat rukunnya dilaksanakan. Kalau tidak menempuh syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadah itu tidak dianggap ibadah.

Ia jadi sia-sia sahaja, tidak dapat pahala apa-apa bahkan berdosa pula. Ertinya seseorang itu belum lagi dianggap mengerjakan Rukun Islam yang lima, sekalipun dia tidak pernah meninggalkannya. Begitu jugalah dalam melaksanakan ibadah fardhu kifayah dan perkara-perkara mubah, ada syarat rukunnya. Siapa yang membangun atau mengusahakannya kenalah dia melaksanakan syarat-syarat dan rukunnya. Ikut syarat dan rukunnya, jadi ibadah. Tidak ikut syarat rukunnya, tidak jadi ibadah. Kalau berjaya, hanya sekadar untung di dunia. Di Akhirat tidak dapat apa-apa.

Oleh yang demikian, janganlah dianggap asalkan sudah berjuang, membangun, mentadbir, melagang pendidikan, membuat pertanian, membangunkan pasukan keselamatan, melaksanakan kemudahan perhubungan umum, membuat kemajuan, bertamadun, ia dengan secara automatik jadi ibadah. Belum boleh lagi jadi ibadah kalau syarat-syarat rukunnya tidak diambil kira dan diperhatikan. Inilah dia disiplin di dalam Islam. Islam menyuruh kita berdisiplin. Di dalam buku ini saya tidak perlu menyebut syarat rukun ibadah fardhu ain iaitu Rukun Islam yang lima. Biasanya orang yang ingin mengerjakannya ia mesti belajar syarat rukunnya lebih dahulu dan kebanyakan umat Islam faham.

Seperti sembahyang, kalau tidak mengikut syarat rukun mengerjakannya, sembahyang itu batal atau tertolak. Yang ramai umat Islam tidak faham ialah ibadah umum. Ia jarang sekali mereka perhatikan dan ambil kira syarat rukunnya. Yang kita dengar selalu ialah bekerja juga boleh menjadi ibadah. Begitu juga dengan mentadbir, membuat kemajuan, berjuang dan berekonomi. Itu betul kerana ibadah menurut Islam itu luas. Tentang bagaimana untuk itu semua diterima Allah sebagai ibadah, tidak kita dengar sekalipun di dalam ceramah-ceramah pengajian agama.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer