Susah Sungguh Beradab Dengan Allah


03/05/2006

Tuhan mewajbkan manusia beradab dan berakhlak dengan Allah dan dengan manusia. Tetapi,umumnya manusia menitikberatkan adab ini bila berhubung sesama manusia sahaja. Adab dengan Tuhan tidak dipedulikan sangat. Sepatutnya adab dengan Tuhan itu yang lebih utama.Kalau adab dengan Tuhan beres, automatik adab sesama manusia terbina.

Beradap dengan Tuhan itu sangat susah.Kalau hati belum takut dan cinta dengan Allah,inilah yang menghalang manusia untuk beradap dengan Tuhan.Hati yang tidak kenal Tuhan itu meyimpan penyakit-penyakit mazmumah.Selagi hati manusia belum bersih dari penyakit hasad dengki,gila dunia,dendam,gila nama,bakhil,ujub dan banyak lagi sifat terkeji bagi hati,selagi iutulah Tuhan tak dikenali, dihormati, disanjung, dibesarkan dan dimuliakan.

Bukti-bukti susahnya kita hendak beradab dengan Tuhan, antaranya ialah:
* Tuhan adalah cinta agung dan `sahabat` yang sangat setia yang melindungi, memberi rezeki dan menjaga keselamatan kita. Begitu besarnya budi Tuhan kepada kita. Agung dan berkuasa-Nya Dia ke atas kita tidak terhingga.

Sepatutnya Tuhanlah yang paling kita cintai dan besarkan. Tapi hanya akal kita yang mengakuinya, manakala hati yang kotor dengan mazmumah menyebabkan kita lebih mencintai dan membesarkan dunia. Ertinya kita sudah biadab dengan Tuhan yang Maha Berjasa.

* Payah hendak rasa Tuhan itu ada, dan tahu tentang kita. Merasai kewujudan dan kehadiran Tuhan, merasai Tuhan sentiasa melihat, mendengar, menguasai dan lain-lain itu adalah rasa-rasa bertuhan yang dituntut oleh Allah agar kita sentiasa mengingatinya.

Kita bersembahyang sehari semalam lima kali. Lima kali secara rasmi kita dibawa mengingati Tuhan, tapi apa yang kita ingat dalam sembahyang kita?
Sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: "Dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku."
Orang yang mengingati Allah akan rasa Allah itu ada dan Allah tahu tentangnya lahir dan batin. Datang rasa takut dan gementar akan kehebatan Allah. lnilah yang dikatakan orang yang beradab dengan Allah.

Jika secara rasmi melalui sembahyang pun kita gagal untuk beradab dengan Tuhan, maka pada waktu-waktu biasa, ketika bekerja, bersama anak isteri, berhibur, lebih-lebih lagilah sukar. Ini membuktikan sembahyang kita belum membakar mazmumah yang menjadi penghalang untuk kita beradab dengan Tuhan. Riyak, ujub, gila dunia, sombong, takabur, tamak, bakhil, sebenarnya masih bersarang di hati.

* Dalam hidup ini pernahkah kita merasakan yang kita dalam genggaman Tuhan? Tuhan boleh buat apa sahaja kepada kita dan bila-bila masa, disakitkan, dimiskinkan, dibalakan atau dimatikan-Nya sahaja kita. Tuhan, apabila ia hendak buat sesuatu, hanya berkata, "Kun" fayakun. Begitu dahsyat sekali kuasa Tuhan. Adakah hati kita tidak merasa takut, gementar dan sesak nafas kita?

Kalau belum rasa apa-apa, tandanya mazmumah masih menjadi penghalang untuk kita beradab dengan Tuhan.

Kita masih tidak takut dengan kehebatan Tuhan. Masih sombong dan merasa kecil kuasa Tuhan. Bagaimana perasaan kita apabila ditangkap polis dan dibawa ke pengadilan kerana dituduh melakukan berbagai kesalahan sivil. Resah, gelisah, kecut perut dan rasa kecil berhadapan dengan hakim, sangatsangat mengharapkan keampunan hakim.

Cukup beradab kita di depan hakim. Kadang-kadang kesalahan itu bukan kita yang lakukan, tetapi takutnya amat sangat.

* Seperkara lagi yang susah untuk kita beradab dengan Tuhan ialah apabila berlaku sesuatu ketentuan Tuhan kepada kita, payah kita hendak berbaik sangka dengan-Nya. Jika didatangi ujian, payah hendak sabar. Bila berhadapan dengan masa depan, selalu sahaja bimbang. Jarang kita menyerahkan nasib kepada Tuhan dengan penuh keyakinan dan ketenangan.

Ketentuan Tuhan berlaku setiap detik dalam hidup kita. Apa yang berlaku di dalam dan di luar diri kita ini, semuanya sudah ditetapkan oleh Tuhan sejak azali lagi. Ketentuan Allah penuh bijaksana, berhikmah, adil, indah dan menyelamatkan seluruh makhluk.

Tidak ada satu pun kecacatan apabila Tuhan yang menentukan, kerana Tuhan Maha Sempurna dan Maha Suci dari membuat kesalahan dan kecuaian. Tidak redha dan buruk sangka dengan ketentuan Tuhan boleh menjadikan seseorang itu kufur dan rosak aqidah. Seolah-olah apa yang ditaqdirkan oleh Tuhan itu ada kelemahan dan tidak tepat. ltulah nafsu manusia, apabila sesuatu yang berlaku menguntungkannya, dirasakan sangat balk ketentuan Allah itu. Jika merugikannya dikira ketentuan Tuhan itu cacat. Mulalah dia merungut-rungut, melatah dan melenting tanda tidak puas hati. Begitulah manusia, amat buruk adabnya dengan Penciptanya.

Demikianlah antara contoh-contoh susahnya hendak beradap dengan Tuhan.
Sekian.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer