Sulitnya Mendapatkan Taqwa(1)

Kuliah Perjuangan


06/07/2006

Ayat seribu dinar ayat 2-3 At Talaq : ........
Artinya : " Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Berdasarkan ayat ini ada 5 perkara yg akan dibahas :
1. Apa itu taqwa?
2. jalan keluar dari kesusahan
3. diberi rizki oleh Tuhan sekira-kira tidak tahu sumber
4. tawakal
5. Tuhan janji dg dirinya setiap apa yang Tuhan jadikan ada sukatan/ketentuannya.

Rupanya Tuhan ini walaupun dia Tuhan, bebas buat apa saja, kuasanya mutlak, patuttnya buatlah apa saja sesuka hatiNya. Macam raja dunia, kalau dia rasa kuat dia buat sesuka hatilah.dia tak sukat dah. Nak buat baik tak sukat, nak buat jahat tak sukat

1. TAQWA
Ini benda rohani dan maknawi. Walau ada benda lahirnya tapi 90% benda maknawi, rohani. Abstract, tak dapat di ukur. Hendak diukur secara dacing tak boleh. Secara jarak pun tak blh. Kilogram?batu?tak boleh kita ukur dengan itu. Kalau begitu bagaimana kita mengukurnya?

Dalam 2 ayat Quran, Allah berfirman :
1. Fattaqullah masttatolum : " Hendalriah kamu bertaqwa pd Allah sejauh yg termungkin"
2. Fattaqullah hakotukotih : " Hendaklah kamu taqwa pada Tuhan sebenar-benar takut."

Dari ayat ini kita dipahamkan bahwa taqwa tak dapat diukur secaras berat ataupun panjang.Tapi Tuhan suruh kita usahakan taqwa sejauh mana yang kita boleh bunt, sejauh mana yang kita tahu. Sekuat mama yang kita boleh. Artinya taqwa ini tak boleh diukur dengan cara berat, jarak, tinggi rendah. Tak tahu bagaimana caranya. Hanya, Tuhan sudah bagi panduan : Pakej taqwa ada 3 , 3 ini merupakan rupa taqwa: iman, Islam, ihsan . Inilah 1 pakej taqwa. Taqwa tak bisa diukur. Tap1 3 pakej itu jalan, panduan. Jadi seseorg yang nak dapat taqwa, 3 itulah iman, islam, ihsan.

Iman pula ada rukunnya:dlm pakej ada pakej dlm rukun ada rukun, ini orang belum perkatakan. Orang Islam sebut taqwa ikut suka-suka tapi tiak paham apa itu taqwa. Jadi bila dikatakan iman ada rukun iman. Dalam rukun iman ada rukun lagi. Kena ada ilmu kena paham, kena yakin, kena hayati

Pakej ke2 Islam. Ada rukun nya dalam pakej ini: Ilmu, paham,amal, hayati : 4 pakej rukun Islam.dlm pakej ada paket lhsan : rukun ihsan: ilmu, faham, hayati, Jadi kalau 3 pekara ini ada, barulah dapat taqwa.

Sebab itulah bila kita paham, hayati 3 benda itu, makin kita rujuk pada taqwa. Makin kita cari taqwa, makin kita rasa tak bertaqwa Makin dekat makin rasa tak dapat. Kita rasa dah dapat taqwa, itu artinya syeitan dab masuk. Dah diperdaya oleh syeitan. Syeitan tipu daya : rasa bertaqwa, rasa sedap. Maka hilanglah kebaikan. macam kita bawa banyak barang, lalu dicuri, hilang. Dah dapat, kena rompak. Dah dapat kena rompak oleh syeitan.

Oleh itu makin cari taqwa makin rasa salah dengan Tuhan, rasa kesal, makin rasa tak ada apa-apa itu orang bertaqwa. Seorang yang cari taqwa, lalu dia rasa dapat, rasa yakin dia taqwa. Orang itu macam orang bawa barang lalu dirompak. Sebab itu saya katakan organ yang berjuang, berkorban atas dasar fadilat sangat bahaya, sebab nampak kebaikan dia. Itu artinya menipu daya Kita tak nak sentiasa dirompak Jadi taqwa benda yang maknawi yang tak bisa diceritakan rupanya. Cuma jalan, panduannya, dicerita. Yakni yang dikatakan tadi 1 pakej.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer