Sistem Pendidikan & Analisa Keberkesanannya (2)

29/04/2006

Bahagian Kedua :

Di sini, mari kita lihat di satu sudut yang sangat menjadi perkara asas. Sebenarnya belajar, di samping ianya fitrah semula jadi manusia iaitu sukakan kepandaian dan hendak menjadi pandai, ia juga adalah perintah Tuhan kepada manusia.

Oleh kerana perintah Tuhan itu sama dengan fitrah kehendak manusia, maka ramailah yang di dalam syarahannya menyatakan kehendak Tuhan itu dengan mendatangkan dalil-dalil Al-quran untuk menyokong kehendak naluri manusia itu. Ayat yang paling famous ialah "iqra" , yang bererti "bacalah" . Itulah ayat pertama yang Tuhan turunkan kepada Rasulullah sebagai panduan umat akhir zaman. Atas dasar ini, manusia sudah ikut perintah Tuhan.

Tapi kita lupa bahawa Tuhan suruh belajar itu atas namaNya. Lihat apa yang Tuhan kata di dalam Al-quran, yang bermaksud: "bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menciptakan" . Ertinya Tuhan suruh belajar atas nama Tuhan. Belajar kerana Tuhan, bukan kerana fitrah, bukan kerana naluri, bukan kerana bangsa, negara dan bukan juga kerana inginkan kejayaan, bukan kerana inginkan pembangunan, berkemajuan dan sebagainya. Semuanya mesti atas dasar Tuhan. Yang lain itu akan mengikut sahaja kemudian.

Kalau belajar niat atas dasar Tuhan, yang lain seperti fitrah, naluri, ingin maju, ingin berjaya dalam hidup, ingin membangun, ingin bertamadun dan lain-lain kehendak hati, pasti akan mengikut sama dari belakang, tidak perlu diniatkan atau di`set`kan dalam fikiran bahawa aku belajar untuk kemajuan kerana kemajuan itu pasti akan lahir dengan berpendidikan. Maka belajarlah atas nama Tuhan.

Kerana belajar, berjaya, membangun, berkemajuan, bertamadun atas nama Tuhan, selamat dan menyelamatkan. Pembangunan yang tiada kesan sampingan, tiada pergaduhan, tiada pertembungan, tiada peperangan, tiada perselisihan. Manusia hidup berkasih sayang, aman damai, tidak resah gelisah, hidup rasa bersama dan berkerjasama, bertolong bantu antara satu sama lain.

Lahir daripadanya manusia yang pemurah, pemaaf, suka meminta maaf dan lain-lain sifat mahmudah (terpuji) yang sangat diperlukan oleh semua manusia, lebih daripada memerlukan emas, perak dan harta kekayaan, malah isi dunia ini.

Apa ertinya emas dan perak malah harta bertimbun-timbun kalau hidup tidak bahagia, resah gelisah, tidak aman dan damai, bergaduh, berperang, hasad dengki, berdendam, sombong dan bongkak, riak, ujub, besar diri, bangga diri wujud di dalam hati manusia. Tiada siapa yang mahu hidup begitu walaupun penuh dengan kekayaan. Begitulah pentingnya sifat mahmudah tadi, lebih penting dari harta dan kekayaan dunia.

Sebaliknya belajar, membangun, berkemajuan, bertamadun yang dibangunkan tidak atas dasar Tuhan atau tidak kerana Tuhan, adalah pembangunan yang tidak selamat dan tidak menyelamatkan.Manusia membangun dan berkemajuan tetapi akhlak muda-mudinya runtuh menyembah bumi.Semakin tinggi manusia mengejar degree semakin ramai yang tidak bermoral.Buktinya kita dapat lihat sekarang apa yang terjadi,di samping belajar,berkemajuan,membangun dan sebagainya ada side effect yang kita tidak terbendung lagi.

Nampaknya di situlah puncanya segala sesuatu masalah.Tuhan tidak dibawa di dalam sistem pendidikan kita,bila Tuhan tidak disertakan,Tuhan lepas tangan tidak mahu bela.Seolah-olah Tuhan berkata, kalau kamu nak maju ,mesti buat atas nama Aku dan kerana Aku.Kalau engkau tidak sertakan Aku, Aku lepas tangan, Aku tidak bela .Maka itulah yang berlaku sekarang,manusia sudah lupa Tuhan,malah di dalam sistem yang terpenting ini pun kita abaikan Tuhan di dalamnya.Maka Tuhan tidak peduli lagi.Berlakulah apa yang kita tidak ingini.

Mari kita mengorak langkah,sertakan Tuhan di dalam sistem pendidikan kita,bawa Tuhan di dalamnya,ajar anak-anak kita kenal Tuhan,tidak hanya sekadar tahu,tetapi merasainya.Berpelajaran dan berpendidikanlah bersama Tuhan agar kita menjadi satu bangsa yang berjaya,membangun dan bertamadun dengan selamat dan menyelamatkan,cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sekian.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer