Siapa Menolak Sunnahtullah Pasti Binasa(1)

Kuliah Umum


12/04/2006

Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya termasuk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demi untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahaja di dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buat manusia.

Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempat tinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunnatullah. Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taala telah tetap dan peraturkan untuk manusia. Yang wajib kenalah manusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolak sunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. Rosak dan binasa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistem dan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusia di dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yang boleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalah sampai bila-bila.

Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan sunnatullah itu." (Fathir: 43)

Perlu diingat bahawa sunnatullah itu terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama: Manusia menerimanya secara terpaksa
Kedua: Manusia menerima secara sukarela

Firman Allah:
Maksudnya: "Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi tunduk menurut, sama ada dengan sukarela atau dengan terpaksa." (Ar Ra`d: 15)

1. Secara terpaksa (karhan)
Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanya secara terpaksa ( karhan ). Di antaranya seperti:

  • Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan dengan udara bukan dengan air dan lain-lain.
  • Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lainl-ainnya.
  • Makan dan minum melalui mulut bukan melalui dubur dan lain-lain jalan.
  • Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan dan lain-lain.
  • Kalau mahu rehat dan untuk memulihkan kesegaran kenalah tidur dan rehat, bukan melalui bermain atau panjat pokok dan lain-lain.

    Begitulah keadaannya. Banyak contoh-contoh lain lagi yang tidak perlu disebutkan di sini. Kiaskan sahaja.

2. Secara sukarela (tau`an)
Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat peraturan sebagai sunnatullah yang tidak akan diubahi seperti:

  • Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan air mineral, jangan makan dan minum yang haram seperti daging babi dan arak.
  • Inginkan perempuan kenalah berkahwin. Jangan berzina.
  • Inginkan kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga, bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipu dan jangan rasuah.
  • Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, kenalah mengguna hukum Allah Taala yang berdasarkan Al Quran dan Sunnah.
  • Kalau mahu kehidupan di bidang ekonomi berjalan sihat, tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba, monopoli dan memperniagakan yang haram.
  • Jika mahu kehidupan manusia seimbang agar terjamin kebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupan yang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.

Demikianlah beberapa contoh. Terlalu banyak lagi. Kiaskan sahaja.

Kedua-dua sunnatullah itu sama ada yang bersifat terpaksa ( karhan ) mahupun bersifat sukarela atau pilihan ( tau`an ) atau ada usaha memilih untuk melaksanakannya, kalau dilanggar atau tidak dipatuhi, pastilah manusia akan binasa di dunia ini sebelum binasa di Akhirat kelak. Sebab-sebab manusia menolak itu mungkin kerana manusia itu mahu buat peraturan sendiri sebab tidak puas hati dengan peraturan Tuhan itu. Maka mereka pun membuat sunnah sendiri.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer