Siapa Kuasa Besar Dunia?(1)


07/01/2006

Bila sebut kuasa besar dunia, tentu kebanyakan orang akan berkata Amerikalah kuasa besar dunia. Kita tengok la senario dunia hari ni, Amerika tidak segan silu lagi menunjukkan kuasanya. Semua negara nak dikontrolnya. Apa yang dia buat kepada Iraq, Afghanistan, semuanya di luar batas peri kemanusiaan bahkan di luar batas peri kebinatangan sekalipun! Apatah lagi di sisi masyarakat antarabangsa. Semua orang sudah berbulu mata melihat tindak-tanduk Amerika. Tapi apa nak buat kan, masing-masing negara terpaksa tunduk kerana takut dengan ugutan dan tekanan Amerika.

Tapi... barangkali ada juga yang menjawab Israel itulah kuasa besar dunia sekalipun negaranya kecil saja. Yahudilah man behind the curtain yang mengkontrol semua negara di dunia termasuk Amerika.

Apa-apa pun jawapannya, tentulah jawapan yang paling tepat adalah jawapan dari Tuhan. Apa tidaknya, Tuhan yang anugerahkan kuasa itu. Sudah tentulah Tuhan tahu kepada siapa Dia serahkan kuasa dunia ini.

Sebenarnya di sisi Tuhan, ada dua golongan saja yang diberi kuasa mengatasi golongan-golongan lain. Dua golongan itu ialah:
1. Golongan kafir
2. Golongan orang bertaqwa.

Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan lain yang dizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini.
Jangan pening kepala pulak. Mari kita analisa betul-betul. Dalam dunia ini sebenarnya ada tiga golongan je, iaitu:
1. golongan kafir
2. golongan orang bertaqwa
3. golongan orang Islam biasa ataupun kaum muslimin

Dalam sejarah, Tuhan gilir-gilirkan kuasa hanya kepada dua golongan, iaitu golongan kafir dan golongan bertaqwa. Tak pernah Tuhan serah kuasa kepada orang Islam biasa.

Allah sendiri tidak ada memberi apa-apa jaminan atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
Allah pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa.

Demikianlah kata-kata Tuhan di dalam Al Quran. Kata-kata Tuhan bukan macam kata-kata kita. Tuhan tak main-main. Sebab itulah tak pernah dalam sejarah umat Islam menguasai dunia. Hanya umat Islam bertaqwa yang diberi kuasa. Sekiranya tidak ada umat yang bertaqwa, sebaliknya yang ada hanyalah orang Islam biasa (ertinya tak bertaqwalah), maka Tuhan akan serahkan kuasa dunia ini ke tangan orang kafir.

Tengok je lah hari ini. Walaupun umat Islam ada kuasa di negara masing-masing, tapi ia cuma kuasa yang bukan kuasa. Hakikatnya terjajah atau terpaksa tunduk kepada kuasa kuffar seperti Amerika. Dalam apa sudut pun, umat Islam seolah-olah tidak ada kuasa. Politiknya tidak terlepas dari pengaruh Amerika. Ekonominya lagi-lagilah terikat dengan Dollar Amerika, termasuklah pinjaman (riba) dari bank dunia ataupun dari EMFnya. Walaupun umat Arab tu Tuhan bagi kekayaan emas hitamnya, tapi disebabkan belum ada taqwa, maka kuasa minyak yang ada di tangan orang Arab itu pun tak mampu nak menjadikan orang Islam menguasai orang lain. Demikianlah di bidang-bidang yang lain. Tak ada satu pun yang umat Islam boleh menandingi mereka.

Kenyataan ini memanglah tidak sedap telinga mendengar dan pahit untuk kita menelannya. Pahit pun kena lah telan juga. Mudah-mudahan ia akan jadi ubat, sebab ubat tu biasanya pahit. Ubat untuk memartabatkan kembali Islam dan umat Islam ialah taqwa. Apa taqwa tu?

Orang yang bertaqwa sudah semestilah mereka itu orang Islam. Tetapi orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Golongan yang bertaqwa atau golongan mukmin ini, apabila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka, rasa takut kepada Tuhan yang Maha Hebat dan Maha Gagah itu, lalu iman mereka pun bertambah. Mereka hanya berkata, Kami dengar dan kami taat. Mereka kuat bergantung dengan Allah. Allah itu idola dan cinta Agung mereka.

Adapun orang-orang Islam ialah golongan yang telah mengucap dua kalimah syahadah dan telah memeluk agama Islam. Akan tetapi tahap keimanan amat rendah dan justeru itu tahap pengamalan Islam mereka sangat rendah. Mereka beramal dengan sesetengah ayat Quran dan meninggalkan sesetengah ayat yang lain. Bahkan ada yang beriman dengan sesetengah ayat dan menolak serta menentang sesetengah ayat yang lain. Mereka mencampuradukkan amalan Islam dengan amalan-amalan yang lain yang kadangkala sangat bertentangan dengan ajaran dan kehendak Islam itu sendiri.

Umumnya, golongan Islam ini hanya tahu dan ada ilmu tentang Allah. Mereka sebenarnya belum betul-betul kenal atau arif tentang Allah. Oleh itu, walaupun mereka percaya dan tidak menafikan kewujudan Allah, mereka tidak dapat merasakan kewujudan Allah itu di hati mereka, jauh sekali untuk merasakan bahawa Allah itu Maha Hebat, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Melihat, Maha Mendengar dan lain-lain lagi. Mereka juga tidak dapat merasakan yang diri mereka itu hakikatnya ialah hamba kepada Allah yang hina dina, berdosa, lemah, dhoif, tidak memiliki apa-apa, pengemis kepada Tuhan dan sebagainya.


....bersambung

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer