Siapa Kuasa Besar Dunia?


30/11/2005

Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan sahaja yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dari dua golongan ini tidak ada golongan lain yang dizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini.

Kalau kita analisa betul-betul setiap golongan yang wujud di dunia ini, golongan lain yang tidak termasuk ke dalam golongan kafir dan golongan bertaqwa tidak lain dan tidak bukan ialah golongan orang-orang Islam. Tidak ada lagi golongan di dunia ini selain dari golongan kafir, golongan Islam dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Ini bermakna golongan orang Islam tidak akan menjadi kuasa dunia.

Golongan kafir termasuklah golongan yang menolak Allah bulat-bulat seperti Komunis dan golongan yang musyrik iaitu yang menyekutu dan mensyarikatkan Allah seperti Kristian, Yahudi, Majusi, penyembah berhala dan lain-lain lagi. Golongan orang-orang yang bertaqwa pula sudah tentulah mereka itu orang-orang Islam. Tetapi orang-orang Islam tidak semestinya tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.
Allah sendiri tidak ada memberi apa-apa jaminan atau menjanjikan apa-apa pertolongan atau kemenangan kepada orang-orang Islam. Akan tetapi Allah banyak menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada orang-orang yang bertaqwa seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: Allah pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.

Maksudnya: Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa.

Adapun orang-orang Islam ialah golongan yang telah mengucap dua kalimah syahadah dan telah memeluk agama Islam. Akan tetapi tahap keimanan dan justeru itu tahap pengamalan Islam mereka sangat rendah. Mereka beramal dengan sesetengah ayat Quran dan meninggalkan sesetengah ayat yang lain. Bahkan ada yang beriman dengan sesetengah ayat dan menolak bahkan menentang sesetengah ayat yang lain. Mereka mencampur adukkan amalan Islam dengan amalan-amalan yang lain yang kadangkala sangat bertentangan dengan ajaran an kehendak Islam itu sendiri.

Umumnya, golongan Islam ini hanya tahu dan ada ilmu tentang Allah. Mereka sebenarnya belum betul-betul kenal atau arif tentang Allah. Oleh itu, walaupun mereka percaya dan tidak menafikan kewujudan Allah, mereka tidak dapat merasakan kewujudan Allah itu di hati mereka, jauh sekali untuk merasakan bahawa Allah itu Maha Hebat, Maha Perkasa, Maha Gagah, Maha Agung, Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Melihat, Maha Mendengar dan lain-lain lagi. Mereka juga tidak dapat merasakan yang diri mereka itu hakikatnya ialah hamba kepada Allah yang hina dina, berdosa, lemah, dhoif, tidak memiliki apa-apa, pengemis kepada Tuhan dan sebagainya.

Di samping itu, golongan Islam ini juga lemah dalam bermujahadah. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat mengawal hawa nafsu mereka dan tidak mampu menyuci dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari segala sfiat-sifat mazmumah yang keji dan jelek seperti hasad dengki, tamak haloba, pemarah, cinta dunia, bakhil, riyak, penting diri, sombong, angkuh dan sebagainya.

Golongan yang bertaqwa atau golongan yang mukmin pula, apabila disebut nama Allah, gementar hati-hati mereka, bertambah iman mreka. Mereka hanya berkata Kami dengar dan kami taat. Mereka kuat bergantung dengan Allah. Allah itu idola dan cinta Agung mereka.
Apabila golongan orang mukmin atau orang yang bertaqwa tidak wujud atau tidak ada di muka bumi ini, maka Allah akan serahkan kuasa di dunia ini kepada golongan kafir. Akan tetapi, jika golongan bertaqwa sudah muncul atau sudah wujud maka Allah akan pindahkan kuasa dari tangan orang kafir kepada golongan orang yang bertaqwa. Golongan orang bertaqwa lebih berhak menguasai dunia ini daripada golongan kafir. Hatta, golongan yang bertaqwa mempunyai hak warisan terhadap kuasa dunia ini seperti yang Allah firmankan: Akan Aku wariskan bumi ini kepada orang-orang yang bertaqwa.

Begitulah yang dapat kita lihat dalam sejarah tentang dua kuasa besar kafir iaitu Rom dan Parsi. Mereka menguasai seluruh dunia di zaman mereka. Tetapi apabila muncul orang-orang yang bertaqwa yang telah dididik oleh Rasulullah SAW dan yang mengamalkan Al Quran, kedua-dua kuasa besar kafir tersebut telah tumbang dan tewas kepada golongan orang-orang yang bertaqwa ini. Setelah tujuh ratus tahun golongan orang-orang yang bertaqwa ini berkuasa hingga menjadi empayar yang memerintah tiga perempat dunia, mereka telah digantikan oleh golongan orang-orang Islam yang telah hilang ketaqwaan mereka yang dunia telah masuk ke dalam hati-hati mereka. Mereka telah mula meninggalkan Tuhan dan mengabaikan Al Quran.

Justeru itu, akhlak mereka jatuh hingga menyapu bumi, persatuan dan perpaduan mereka runtuh dan kasih sayang sesama mereka bertukar menjadi kebencian, iri hati dan buruk sangka. Kerja mereka hanya merebut kuasa dan merebut harta. Hasilnya, Allah tarik semula kuasa dunia yang telah diberikan-Nya itu dan diserahkan semula kuasa tersebut kepada kafir Barat hinggalah ke saat ini.

Picture credit : Chinadaily.com Satu lagi ketentuan Tuhan yang patut kita tahu ialah bentuk kekuatan yang ada pada golongan kafir ialah quwwah atau kekuatan lahir. Untuk menewaskan kuasa golongan kafir ini memerlukan quwwah atau kekuatan lahir yang jauh lebih kuat, lebih hebat dan lebih canggih dari apa yang ada pada mereka. Akan tetapi, umumnya, quwwah atau kekuatan lahir yang ada pada golongan orang kafir ini jauh lebih kuat, lebih hebat dan lebih canggih dari apa yang ada pada golongan Islam. Pembuatan persenjataan dan alat peperangan pun dimonopoli oleh orang kafir.

Picture credit : Iraqmonitor.org Oleh itu kita lihat, umat Islam tidak ada daya upaya untuk menentang golongan kafir ini. Malahan, kita lihat, golongan kuasa besar kafir ini dengan mudah boleh memperkotak katik umat Islam di mana sahaja di dunia ini, membunuh dan memusnahkan negara mereka dan menjajah mereka. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:

Di satu zaman nanti, umat Islam akan dikeronyok-keronyok oleh orang-orang kafir seperti anjing-anjing yang mengeronyok bangkai.
Ada sahabat yang bertanya: Adakah bilangan umat Islam ketika itu sedikit, ya Rasulullah?
Rasul menjawab, Tidak, bahkan mereka ramai. Tetapi mereka ibarat buih di laut.
Inilah yang berlaku di Bosnia, di Kosovo, di Palestin dan di Afghanistan.
Golongan yang bertaqwa tidak berhadapan dengan orang kafir menggunakan quwwah atau kekuatan lahir. Mereka menggunakan kekuatan taqwa. Kekuatan taqwa adalah sembilan puluh peratus lebih kuat dan lebih ampuh dari kekuatan lahir, malahan ia boleh melumpuhkan kekuatan lahir. Kekuatan taqwa ialah kekuatan yang datang dari Tuhan. Kekuatan yang dibantu oleh Tuhan dan tentera-tentera Tuhan sama ada yang lahir mahupun yang ghaib. Bantuan-bantuan Tuhan ini banyak yang berbentuk khawariqul adah atau yang ajaib, pelik atau yang mencarik adat.

Kalau di akhir zaman, umat Islam ramai tetapi lemah ibarat buih di laut, golongan orang bertaqwa ini pula sedikit bilangannya tetapi kuat dan padu. Oleh kerana Allah sendiri yang turun tangan dan memberi pertolongan, golongan orang yang bertaqwa ini tidak perlu ramai. Memang sukar pun untuk mendapat golongan bertaqwa yang ramai kerana hendak menjadi orang yang bertaqwa bukan mudah. Hendak mengekalkan ketaqwaan pula lagi susah dan payah. Golongan bertaqwa ini mendapat kemenangan bukan kerana hasil usaha mereka tetapi sebagai anugerah dan pemberian dari Tuhan.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer