Sensitif Dengan Soal Maruah


07/07/2006

Remaja dizaman Rasullullah SAW sangat pemalu dan amat menjaga maruah. Mereka sekali-kali tidak mengusik wanita-wanita apalagi untuk menceroboh, bahkan merekalah yang melindungi wanita.

Suatu hari ketika seorang wanita Islam sedang membasuh kain, seorang pemuda Yahudi mengikat hujung kainnya dengan tali yang diikat ke suatu batu, sementara kawan-kawannya yang lain memerhati. Wanita itu tidak menyedarinya dan ketika dia bangun, kainnya tertarik ke atas hingga ternampak sedikit bahagian betisnya. Pemuda-pemuda Yahudi itu ketawa beramai-ramai. Kerana terkejut dan malu, wanita itu menjerit meminta tolong.

Seorang pemuda Islam yang lalu di situ segera menerpa ke arah pemuda Yahudi itu kerana menyangka dia hendak menceroboh wanita Islam. Kawan-kawan pemuda Yahudi itu tampil lalu membunuh pemuda tersebut. Peristiwa itu hampir-hampir mencetuskan peperangan di antara orang Islam dan Yahudi.
Begitulah sikap pemuda Islam zaman dahulu yang sangat sensitif tentang soal maruah.


..........................

" Maruah diri itulah dia harga diri. Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga. Harga diri tidak boleh dijual beli. Di dalam Islam mempertahankan maruah diri syahid hukumnya. "

Maruah Diri Adalah Harga Diri
Maruah diri adalah harga diri kita. Maruah diri itulah identiti diri atau jati diri. Ada maruah adalah harga diri. Harga diri itulah kepercayaan orang pada diri kita.Tidak ada maruah, harga diri punah. Punah harga diri, hilanglah wibawa. Musnah harga diri hilang keyakinan manusia. Di antara harga diri yang mesti dijaga: pemalu, merendah diri, ramah mesra. Pakaian jangan menjolok mata, bertolak ansur, berlapang dada sesama manusia. Jangan ingin nama dan glamor sekalipun kita ternama. Pemurah, bertimbang rasa, berperi kemanusiaan sesama manusia. Jangan mementingkan diri, mengangkat diri, membesarkan diri. Lebih-lebih lagi khianat, berbohong, mungkir janji, hilang kepercayaan orang. Jagalah maruah diri. Ia adalah harga diri kita.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer