Senario Umat Islam : Dulu, Kini Dan Akan Datang(2)


21/11/2005

Umat Islam Kini

Kini apabila umat Islam melupai Allah SWT, mengabaikan sunnah RSAW maka umat Islam menjadi hina dina di mana-mana. Ini jelas apabila umat islam sendiri dilanda berbagai krisis. Dunia islam porak peranda, pertelingkahan, permusuhan malah peperangan berlaku di mana-mana. Saling tindas menindas, zalim menzalimi, berhasad dengki, jatuh menjatuh, fitnah menfitnah, kutuk mengutuk, tamak haloba, rakus dan berbagai gejala negatif. Hingga ke peringkat seolah-olah menjadi juara gejala negatif dalam beberapa aspek tertentu umpama dadah.

Boleh juga rata-rata umat islam kini dapt digambarkan menurut ciri-ciri berikut antaranya :

1.Boleh dianggap seperti haiwan yang merupakan manusia hanya kerana kehidupan mereka atau kecenderungan mereka hanya kepada makan minum, hiburan dan seks. Persoalan tuhan dan akhirat sudah padam dari fikiran dan hati mereka.

2.Jiwa mereka kosong. Hilang kebahagiaan, putus asa, kecewa, menderita. Tidak boleh disentuh oleh ujian atau musibah, mereka akan menjadi resah, merana dan rusuh.

3.Manakala kalau memperolehi nikmat mereka terlajak dan lupa daratan, menjadi sombong dan membuatkan orang lain tersinggung.

4.Kekuasaan yang dimilikinya akan dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.

5.Lawan atau musuhnya akan dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.

6.Kebenaran sukar diterima, dan tidak boleh ditegur, mereka akan mudah melatah. Teguran dan kritikan dianggap penentangan. Pujian dianggap sokongan dan kesetiaan.

7.Membazir, berpoya-poya adalah resam dan budaya hidup mereka.

8.Hanya memikirkan untung dan seronok tanpa mengira halal haram.

9.Gejala negatif tidak dibendung malah turut memberi laluan dan sumbangan kepada membiak dan merebaknya gejala negatif. Dan tenggelam punca pula untuk menyelesaikannya.

10.Agama dan akhlak dianggap persoalan individu, malah dianggap penghalang kemajuan.

11.Agama hanya sekadar upaya sekali sekala. Itupun hanya label dan tempelan yang sangat bersifat kulit. Kadang-kadang agama bukan untuk penghayatan tetapi sekadar propaganda untuk meraih sokongan.

bersambung

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer