Senario Umat Islam : Dulu, Kini Dan Akan Datang(1)


15/11/2005

Umat Islam pernah berada di era kegemilangan. Ianya telah menjadi bukti sejarah. Kegemilangan umat ketika itu bukan sahaja berjaya menguasai dunia tetapi juga turut melalui tempoh yang panjang iaitu 700 tahun atau tujuh abad. Zaman kegemilangan umat itu adalah di atas kehendak dan pertolongan Allah SWT kerana mereka memiliki ciri-ciri peribadi agung. Peribadi-peribadi agung itu sangat dipandang oleh Allah SWT hingga layak memperolehi naungan Allah SWT, hingga bangsa-bangsa lain seronok bernaung di bawah mereka.

Martabat dan maruah umat itu diangkat oleh Allah SWT bukan tanpa sebab atau secara tidak sengaja melainkan kerana mereka amat berpegang dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka benar-benar berperanan sebagai hamba. Sifat dan rasa kehambaan mereka amat kuat sehingga memusnahkan segala sifat mazmumah dan sifat keji. Mereka juga benar-benar menghayati rasa berTuhan. Mereka benar-benar merasai di dalam kekuasaan Allah SWT. Taqwa mereka sangat tinggi. Syariat sangat dijaga dalam semua aspek. Sangat takut dan cemas berhadapan dengan akhirat lantaran itu mereka takut untuk berbuat dosa.

Mereka juga memiliki sifat-sifat kekhalifahan yang sangat menonjol. Mereka begitu bersungguh-sungguh melaksanakan ajaran islam dalam aspek hablumminnannas atau urusan hidup berpandukan syariat islam. Ertinya mereka yang habluMinallah dan hablumminnannas sama kuat dan sama naik. Memimpin dan ibadah berjalan serentak. Semakin banyak urusan kehidupan maka semakin sibuk pula dengan Tuhan. Dan begitulah sebaliknya apabila memperolehi kekuatan dan ibadah kepada Allah SWT maka semakin gigih pula memimpin dan mencatur urusan kehidupan manusia.

Mereka inilah yang ditujukan oleh Rasulullah SAW daripada sabdanya yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah, dengan kitab ini (Al Quran) meninggikan darjat satu kaum dan menjatuhkan kaum-kaum yang lain. (Riwayat Muslim)

bersambung.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer