Sembahyang - Mengapa Kita Diperintahkan....

Kuliah Umum


20/02/2006


Mengapa Kita Diperintahkan Mengerjakan Sembahyang 5 Waktu??
Kita diperintahkan mengerjakan sembahyang dengan tujuan hendak melahirkan berbagai-bagai perasaan kehambaan; kerana kita adalah hamba; seperti rasa hina, takut, malu,gementar, rendah diri, harap, bimbang.

Agar daripada lahirnya pelbagai perasaan kehambaan itu, terbakarlah, musnahlah atau hilanglah sifat-sifat mazmumah yang sangat merosakkan kehidupan manusia. Sifat-sifat itu ia sangat rosak dan merosakkan, mudarat dan memudaratkan. Seperti sifat-sifat sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengadu domba, mengumpat dan menghina.

Dengan kata-kata yang lain, sembahyang yang dapat dihayati dapat membakar dan memusnahkan sifat-sifat mazmumah yang sangat meracun kehidupan bermasyarakat di kalangan manusia. Oleh itu kalau di dalam ibadah sembahyang tidak dapat melahirkan rasa kehambaan kepada Tuhan maka di luar sembahyang mustahil dapat merasakan sifat-sifat kehambaan seperti yang kita sebutkan di atas.

Apabila sifat-sifat kehambaan atau rasa-rasa kehambaan tidak wujud di dalam hati manusia maka yang akan mengisi hati manusia atau jiwa manusia ialah sifat-sifat mazmumah seperti sombong, pemarah, hasad, tamak, bakhil, keras hati, dendam, riyak dan lain-lain lagi.

Penyakit-penyakit jiwa itulah atau sifat mazmumah itulah yang menjadikan manusia berkrisis, bergaduh, bertengkar, jatuh menjatuhkan, bunuh-membunuh dan berperangan. Justeru itu rosaklah kehidupan manusia, binasalah dunia, hilang kasih sayang, rosak perpaduan, hilanglah kebahagiaan dan keharmonian. Maka terseksa hidup manusia.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer