Sejarah Bertinta Emas Pernah Terukir Di Bumi Aceh


08/10/2005

Jejak Rasul 11: Mahkota Alam tidak pilih kasih jatuh hukuman

MASJID Baiturrahman yang teguh berdiri selepas Banda Aceh, Aceh, Indonesia yang dulunya dikenali sebagai Kota Raja dilanda tsunami pada 26 Disember tahun lalu memaparkan ketabahan warganya.

Wajah Baiturrahman masih seperti dulu, kini lebih dihargai warga Kota Raja yang terselamat daripada tragedi gempa dan ombak besar yang meragut puluhan ribu nyawa.

Pembinaan masjid itu diarahkan oleh Sultan Iskandar Muda yang memimpin Aceh sehingga berjaya meluaskan jajahannya ke Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah dan seluruh Pantai Barat bagi memonopoli perdagangan lada.

Ketika era baginda, Melaka yang dikuasai Portugis diserang dengan hebat sekali oleh armada Aceh.

Sultan Iskandar Muda mempunyai rasionalnya tersendiri apabila melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu kerana langkah sultan di Tanah Melayu berbaik dengan Belanda tidak disenangi Aceh.

Pada 1613 tentera Aceh menawan Batu Sawar, pusat pemerintahan Johor dan seluruh penduduknya termasuk keluarga sultan dibawa ke Aceh.

Namun akhirnya Sultan Johor dibebaskan oleh Sultan Iskandar Muda dan dibenarkan pulang ke Johor.

Ulama Aceh kurun ke-17, Nuruddin ar-Raniri menyebut dalam kitab Bustan as Salatin, bahawa Sultan Melaka Iskandar Muda bergelar Mahkota Alam melaksanakan pentadbiran dan peraturan berlandaskan hukum Islam.

Rakyat taat mengerjakan kewajipan agama, menjauhi arak dan judi. Ekonomi Islam turut diamalkan melalui sistem baitulmal serta sistem percukaian yang baik bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

Pada zaman Sultan Iskandar Muda juga perlembagaan negara Aceh dibentuk dan disebut sejarah sebagai adat atau kanun mahkota alam, berasas kepada hukum Islam bersumberkan al-Quran, sunnah, ijmak ulama dan qias.

Kanun yang dikenali sebagai adat Aceh itu membuktikan kesungguhan sultan yang didampingi ulama melaksanakan Islam dalam sistem pemerintahannya dan ia jelas tercatat dalam sejarah.

Malah diceritakan, Sultan Iskandar Muda menjatuhkan hukuman rejam terhadap puteranya Meurah Popo kerana perlakuannya menyalahi Islam dan memalukan istana.

Demi kedaulatan hukum serta maruah, sultan memastikan Meurah Popo mendapat balasan atas kemungkarannya hinggakan namanya juga seolah-olah dipadam dari catatan sejarah.

Ketika dicegah oleh penasihatnya, baginda berkata: Mati anak ada makamnya, mati hukum ke mana lagi akan dicari keadilannya.

Akibatnya, takhta Aceh kehilangan putera mahkota dan ada peneliti sejarah mengemukakan teori konspirasi kononnya Meurah Popo sengaja difitnah agar takhta Aceh tiada pewaris.

Sebelum Iskandar Muda menghembus nafas terakhir, baginda menamakan anak angkatnya dari Pahang sebagai pengganti yang hanya memerintah Aceh selama lima tahun sebelum dia juga meninggal dunia.

Sejak itu pewaris takhta Aceh bersilih ganti sebelum Tanah Rencong kehilangan sultan terakhirnya awal kurun ke-20.

ULASAN

Dalam kehidupan ini, kebanyakan manusia takutkan kesusahan dan ujian. Mereka takut miskin. Mereka takut jadi susah. Mereka takut jatuh sakit. Mereka takut kehilangan harta benda. Mereka takut turun pangkat atau hilang jawatan. Mereka takut dihina. Mereka takut dipulaukan dan sebagainya. Kalau boleh, manusia ingin selalu senang, kaya, sihat, tidak diganggu atau dizalimi dan sentiasa hidup dalam keadaan tenang, aman, damai dan harmoni.

Namun, hidup di dunia tidak akan sunyi dari ujian dan kesusahan. Selagi dunia bernama dunia, ujian dan kesusahan akan tetap ada. la adalah adat dan resam hidup. Hadis ada menyebut:

Maksudnya: "Dunia itu negara bala dan ujian".

Sebenarnya, yang benci dan takutkan kesusahan dan ujian itu ialah nafsu. Nafsu tidak suka pada kesusahan. Nafsu tidak suka pada ujian, pada lapar dan dahaga, pada kemiskinan, pada kemelaratan, pada sakit, pada mujahadah, dan pada apa sahaja yang tidak sesuai dengan kehendak dan keinginannya.

Kalau tidak ada ujian dalam hidup, nafsu akan jadi subur dan iman akan jadi lemah. Iman hanya akan meningkat dan nafsu hanya akan tunduk melalui ujian dan kesusahan. Itulah hikmah Tuhan datangkan ujian. Untuk menyuburkan iman dan melemah-kan nafsu. Jelas bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayang Tuhan.

Allah SWT ada berfirman:

Maksudnya: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan berkata: 'Kami telah beriman sedang kamu tidak diuji lagi." (Al-Ankabut: 2)

Untuk selamat di akhirat, kita kena membaiki diri. Cara untuk membaiki diri ialah dengan bermujahadah dan dengan melalui berbagai-bagai ujian dan mehnah dari Allah.

Pada hakikatnya, tidak ada ujian yang berat ataupun ringan. Yang ada hanyalah kuat atau lemahnya hubungan kita dengan Tuhan. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, ujian yang berat dirasakan ringan. Orang yang lemah hubungannya dengan Tuhan, ujian yang ringan pun terasa berat.


Ujian adalah untuk orang baik dan juga orang jahat. Untuk orang beriman dan tidak beriman atau lemah iman. Malahan orang baik dan beriman lebih banyak diuji dan lebih berat pula ujiannya. Para nabi dan rasul adalah mereka yang paling berat diuji. Kemudian para wali dan orang-orang soleh. Kemudian orang-orang awam lain mengikut peringkat iman yang ada pada mereka. Orang baik diuji untuk meningkatkan darjat mereka. Orang jahat diuji untuk menginsafkan dan menghapuskan dosa-dosa mereka. Kalau pun mereka bertaubat, belum tentu diterima taubat mereka itu tetapi ujian dan mehnah boleh menghapuskan dosa-dosa mereka sekiranya mereka sabar dan redha.

Jalan ke syurga itu penuh dengan ujian, kesusahan dan penderitaan. Jalan ke neraka pula penuh dengan kesenangan dan nikmat. Justeru itu, menempuh dan menjalani ujian dan kesu-sahan dari Allah menjadi syarat untuk ke syurga.

Sejarah Bertinta Emas Pernah Terukir Di Bumi Aceh

Aceh seindah lukisan dalam sejarah sepanjang abad

Thanks ya atas sharingnya

Aneuk Aceh

Saya sebagai orang Aceh khusus nya dan sebagai orang nusantara umum nya.berterima kasih kepada anda yang telah meng upload sejarah2 islam di nusantara kita yang tercinta ini.terima kasih juga kepada pihak penerbit jejak rasul 11

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer