Sejarah


10/02/2006

Satu-satu bangsa yang hendak membangunkan .empayar mesti memilki kekuatan mental, fizikal dan roh .
Apabila ketiga-tiga unsur ini dibangunkan, jadilah bangsa , itu satu bangsa yang kuat dan gagah, cemerlang, gemilang dan terbilang. Ertinya, ketiga-tiga unsur itu adalah faktor penting yang rnenjadikan satu-satu bangsa itu `aset` kepada negara.

Namun sejarah pembangunan roh hanya berlaku apabila Rasulullah memperjuangkan Islam bersama para sahabat. Rasulullah telah mengutamakan pembangunan roh atau jiwa lebih dari segala-galanya. Tidak ada bangunan pencakar langit yang dibangunkannya tetapi yang dibangunkan ialah institusi pembinaan roh iaitu masjid-masjid dari batang-batang pokok tamar sahaja. Di sanalah Rasullullah saw mendidik roh dan membangunkan jiwa para sahabat dengan mengenalkan Tuhan kepada mereka hingga setiap orang ditanam rasa cinta dan takutkan Tuhan. Natijah dari itu, para-para sahabat menjadi manusia yang kental jiwa dan memiliki ketahanan roh yang sangat tinggi lalu tidak ada apa yang mereka takutkan melainkan Tuhan sahaja. Jadilah mereka pejuang-pejuang Rasulullah saw yang sangat berani, cerdik dan pandai serta berakhlak dan berdisiplin. Lalu dari Madinah yang kecil lahirlah empayar Islam yang mencakupi 3/4 pelusuk dunia. Ia tertegak megah selama 700 tahun .

Bilamana umat Islam sudah rosak roh mereka.Dirosakkan oleh cinta dunia dan nafsu liar hingga Tuhan tidak lagi dicintai dan ditakuti. Satu demi satu wilayah pemerintahan Islam jatuh ke tangan musuh. Sebelum kedatangan Rasulullah saw, roh tidak diambil kira sebagai faktor yang menjadikan satu-satu bangsa itu kuat hingga boleh membangunkan empayar. Waktu itu hanya akal dan fizikal saja diambil kira. Bangsa Rom dan Parsi waktu itu adalah dianggap bangsa yang kuat akal. Maka berjayalah mereka membangunkan empayar di waktu itu. Tapi dengan kedatangan Islamyang dibawa oleh Rasulullah, Rom dan Parsi jatuh ke tangan Islam.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer