Sayangi Keluarga Anda . Kes- Kes Contoh.
10/09/2006
Berpisah Tanpa Bercerai
Perkahwinan Amran dan Noriah atas dasar cinta sama cinta.Turut direstui oleh keluarga kedua-dua pihak.selepas`tujuh bulan,rumahtangga mula retak,bermasam muka, bertengkar, tuduh menuduh.kadan-kadang berpunca dari hal-hal yang remeh temeh.Usia rumahtangga akhirnya menjangkau tujuh tahun dan memperolehi tiga cahaya mata.Di tahun ketujuh,mereka berdua yang di ibarat kucing dengan anjing itu telah duduk berpisah tetapi tidak bercerai. Namun tanda-tanda ke arah itu sudah semakin ketara.Mereka tidak mempunyai masalah material dan seksual.
Kes ini selesai dalam tempoh 40 minit sahaja.Isi penyelesaian kes ini seperti berikut :
a. Percakapan seperti marah-marah. tuduh menuduh, bahasa
kasar dan kesat, sindir menyindir, tengking menengking,
semuanya adalah
manifestasi dari sifat-sifat dalaman (hati)
yang tidak kelihatan. Jelmaan dari hati yang jahat (mazmumah)
itu yang dilihat dalam bentuk yang dapat dilihat itu
.
Hakikatnya kita sedang melihat dua keping hati yang
sama-sama jahat dan berpenyakit (mazmumah), yang
hanya dapat diatasi dengan pembersihan hati dengan takut
dan cintakan Tuhan.
b. Selepas bercerai, apa yang mereka berdua bakal lakukan?
Mungkin suami akan kahwin lain dan mungkin isteri juga
akan berkahwin lain. Apa jaminan pasangan yang bakal
dikahwini akan lebih baik? Bagaimana andainya berulang
keadaan yang sama? Apakah akan mengambil jalan keluar
yang serupa? Dan selepas itu bercerai lagi?
Kita mesti bawa Tuhan bersama dalam hidup ini. Kena
rasakan bahawa Tuhan yang telah tentukan jodoh.
Terimalah
hakikat bahawa sama ada suami atau isteri, tetap ada
kebaikan dan kelebihan serta memiliki keburukan dan
kekurangan. Terimalah itu semua untuk dikongsi mengatasinya.
c. Mesti kenal Tuhan dengan hati.
Punca kejahatan manusia
ialah kerana tidak takut kepada Tuhan.
Takutkan Tuhan
menjadikan manusia (suami dan isteri) sabar dan bertanggungjawab.
Sabar dan bertanggungjawab hanya berlaku
apabila takutkan Tuhan. Tanpa rasa bertuhan dan rasa
kehambaan, sifat-sifat baik dan positif itu tiada tempat sandaran
atau tunjang tempat bertaut.
d. Mesti faham kerja Tuhan.
Setiap apa yang Tuhan cipta atau
apa sahaja peristiwa dan kejadian semuanya tidak sia-sia,
ada hikmah, iktibar, pengajaran dan didikan dari Tuhan.
Oleh itu apabila perangai, tabiat, sikap, tingkah laku suami
atau isteri atau kedua-duanya berubah, ianya merupakan
isyarat dari Tuhan bahawa mereka cuai dengan Tuhan,mengabaikan Tuhan, meminggirkan Tuhan, lantas Tuhan
datangkan 'isyarat panggilan' agar berpalinglah kepada
Tuhan. Masing-masing kena bertaubat dan bersungguh-sungguh
membaiki diri. Apabila sama-sama sudah berpaling
menyahut 'panggilan' Tuhan, maka Tuhan turunkan
rahmat-Nya. Tanda rahmat Tuhan ke atas manusia ialah
tenang, damai, berkasih sayang, lemah lembut dan bertoleransi.
Kini rumahtangga mereka kembali bahagia seperti yang
diidam-idamkan.
- 1346 reads
Post new comment