Rumahtangga Syurga(2)


15/01/2006

Lembaran Kasih Buat Isteriku;

Wahai isteriku ,
Terima kasih juga kuucapkan padamu kerana sudi menerima aku menjadi suamimu. Tuhanlah yang sebenarnya berkehendak untuk jodohkan kita. Kau kuharapkan menjadi wanita yang mampu mengisi berbagai keperluan hidupku. Kerana aku sendiri tidak mampu hidup sendirian. Dan di antara kita mudah-mudahan terjadilah satu jalinan kerja yang mantap untuk mempastikan seluruh cita-cita hidup kita sampai kepada matlamatnya.

Guruku sudah pun mengajarkanku segala bekal-bekal untuk menjadi seorang suami yang baik. Kerana orang-orang yang soleh tahu, peri susahnya mengemudi rumahtangga supaya mencapai kebahagiaan hingga ke anak cucu. Ia lebih susah dari kerja seorang doktor terhadap pesakitnya. Walaupun kedoktoran juga cukup sulit, sebab itu ia memerlukan bertahun-tahun masa untuk dikursuskan, namun menjadi seorang suami lebih payah dari itu.

Pertama, aku mesti mampu mengenali watak dan psikologi seorang wanita yang baru aku kenali , yang dia itu teman sehidup sematiku, yakni isteriku. Supaya aku tidak akan marah, benci atau dingin terhadapnya, kena pula aku cuba menerima segala perangai, ragam, hobi dan pantang larangnya. Kalau aku tak mampu sesuaikan diri, tak boleh bersabar dan tak pandai mengimbangi antara kesukaannya dengan ketidaksukaanku, ada kemungkinan rumahtangga ini akan muram, huru-hara dan berkecai.

Untuk itu, aku mestilah menjadi seorang guru kepada isteriku , untuk kupandu dia agar pandai menghadapi masalah. Dia tak boleh mengambil sikap mementingkan diri di waktu kepentingan rumahtangga tergugat. Dia mesti kupandu agar ikut sama bertanggungjawab menyelamatkan keadaan.

Isteriku yang baik ,
Aku juga mesti mampu untuk jadi pemimpin dalam keluarga. Dan kau adalah pengikutnya. Rumahtangga perlukan arah tuju, disiplin, cara hidup dan kelengkapan-kelengkapan yang cukup. Kita dalam perjalanan mencari kebahagiaan dunia Akhirat. Untuk itu kita tiada pilihan melainkan mengikut petunjuk Tuhan, displin Islam, cara hidup mukmin dan mengutamakan Akhirat daripada dunia ini. Aku akan pastikan isteriku adalah seorang mukminah yang memuja Tuhan lebih dari cintakan suami. Dan anak-anakku nanti yang kuharap ramai bilangannya, akan kujadikan makmum-makmumku untuk ikut sembahyang jemaah setiap waktu bersama ibu dan ayahnya.

Beratnya tanggungjawab ini wahai cahaya hidupku. Kalau aku gagal ertinya aku seorang pejuang yang tewas. Ertinya aku pulang nanti membawa tangan kosong....

Sedihnya, cemasnya, bimbangnya aku wahai teman hidupku. Hanya dikau yang ada untuk membantu. Tanpa pengorbanan, taat setia dan kasih sayangmu yang suci, hancurlah hasratku untuk membina syurga di dunia. Aku akan senasib sahaja dengan mereka yang ceria di hari menjadi raja sehari, tapi tak pandai menghadapi ribut taufan, kemudian mereka bermasam muka buat selamanya.

Kalau begitu wahai isteri ,
Percayalah bahawa sudah kudoakan pada Tuhan agar menjadikan aku seorang khadam yang akan memikul beban hidup kita sepenuhnya. Aku akan lebih bersabar dari kamu demi cintaku pada Tuhanku, supaya terbangunnya rumahtangga role model ini. kesediaanmu untuk bersabar denganku,redhadengan kekurangan, memaafkan kesalahanku dan taat dengan permintaanku, demi rumahtangga dan cahayamata, aku dahului dengan ucapan tahniah dan terima kasih.Percayalah bahawa sudah kudoakan pada Tuhan agar menjadikan aku seorang khadam yang akan memikul beban hidup kita sepenuhnya. Aku akan lebih bersabar dari kamu demi cintaku pada Tuhanku, supaya terbangunnya rumahtangga role model ini.

Post new comment

The content of this field is kept private and will not be shown publicly.

Theme by Danetsoft and Danang Probo Sayekti inspired by Maksimer